Kari Kambing Pekat Tanpa Santan, Rasanya Tetap Memukau Tak Cukup Sepinggan Nasi
Ramai orang Malaysia takut makan daging kambing kerana katanya, ia menjadi punca pening kepala selepas memakannya dan ramai tidak suka dengan bau hamis kambing yang kuat.Sebenarnya, daging kambing ada khasiatnya tersendiri dan kajian membuktikan daging kambing mempunyai kandungan kolestrol, kalori dan lemak paling rendah berbanding sumber daging lain.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/19/113223jqxxy0skb18rzh2h.pngKredit Foto - FB Sheena Supramaniam
Biarpun kari ini dimasak tanpa menggunakan santan, rasanya tetap memukau, tidak pedas dan daging langsung tiada bau hamis. Apa yang menarik tentang kari ini, rasanya makin sedap jika dipanaskan keesokan harinya.
Resepi Kari Kambing Pekat Tanpa Santan
Bahan-bahannya :
[*]1-1.5 kg daging kambing
[*]* 2 inci halia
[*]* 7 ulas bawang putih
[*]* 5 ulas bawang merah - Bahan bertanda * dikisar
[*]**2 batang kayu manis
[*]**2 biji bunga lawang
[*]**3 biji bunga cengkih
[*]**3 biji buah pelaga
[*]**1 sudu besar jintan manis
[*]**2 tangkai daun kari - Bahan bertanda ** bahan rempah tumis
[*]4 biji tomato
[*]3-5 sudu serbuk kari daging/ayam
[*]2 sudu serbuk kunyit
[*]Serbuk cili ( ikut tahap kepedasan disukai)
[*]Air secukupnya
[*]Garam secukupnya
Cara memasaknya :-
1. Basuh daging kambing bersama serbuk kunyit sehingga bersih dan toskan.(4 kali cuci)
2. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/19/111156nyqbmxy00urrmul0.png
3. Masukkan daging kambing.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/19/111156kid7i77dyi99tsij.png
4. Masukkan serbuk kunyit.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/19/111156il6i9x8l4ju974qz.png
5. Tambahkan sedikit air sehingga menutupi daging kambing.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/19/111156mancycyrj7u01atn.png
6. Masak sehingga mendidih dan masukkan tomato.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/19/111156hlguozhhzurz5mgl.png
7. Pindahkan dalam periuk seperti dalam gambar. Pressure cooker old school. Kacau setiap 15-20 minit sehingga daging masak sepenuhnya. ( maksimum satu jam )
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/19/111156nozyt421blp4sq6h.png
8. Masukkan serbuk kari daging/ayam, serbuk cili, kentang dan tomato. Biarkan seketika hingga kentang lembut dan gulai kari masak.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/19/114813dqwxkj4j0wfyxzqy.png
9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Resepi kari kambing ini sangat sesuai dimakan bersama nasi hujan panas, nasi jagung atau nasi minyak, mahupun nasi putih biasa dan roti jala.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. - CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/19/111737m3oab5om45744aao.jpg
Kredit resepi: Sheena Supramaniam Alamak aii.. lebur lagi la diet aku... Nak buat tapi tukar daging lembu la...kambing dah try makan sampai skrg masih tak boleh sb baunya tu Ni resepi kat group maSakan di fb ni...Bru je bca smlm....Laju wartawan sini..
MayaDelaRosa replied at 21-8-2019 01:58 PM
Ni resepi kat group maSakan di fb ni...Bru je bca smlm....Laju wartawan sini..
benda bagus kita kongsi hihihi:lol:
MayaDelaRosa replied at 21-8-2019 01:58 PM
Ni resepi kat group maSakan di fb ni...Bru je bca smlm....Laju wartawan sini..
ingtkan aku sorg je yg prasan. hahaha
Suka kari...tapi tak pernah masak sendiri kari kambing risau kut berbau.
Lengkong replied at 21-8-2019 06:55 PM
Suka kari...tapi tak pernah masak sendiri kari kambing risau kut berbau.
Basuh dengan garam bukit. Pastu gaulkandgn asam jawa. Baru bilas.,, Ni style mamak ni menyelerakan mata.kail replied at 10-9-2019 08:42 PM
menyelerakan
trylah..kalau tak makan kambing, bole cuba daging lembu/ayam
natrahn replied at 11-9-2019 11:01 AM
trylah..kalau tak makan kambing, bole cuba daging lembu/ayam
hehehe mcm tau2 je sy x brapa suka makan daging kambing..
tp apapun akan dicuba suatu masa nanti dengan daging ayam
mata.kail replied at 11-9-2019 01:03 PM
hehehe mcm tau2 je sy x brapa suka makan daging kambing..
tp apapun akan dicuba suatu masa nanti...
hihi...sayapun kurang sikit kalau kambing masak kari...kambing bakar tekak boleh terima lagi.. saya pun dah cuba dengan daging ayam...nalareke sangat heheheh
natrahn replied at 11-9-2019 01:22 PM
hihi...sayapun kurang sikit kalau kambing masak kari...kambing bakar tekak boleh terima lagi.. s ...
ramai pla yg x brapa suka makan daging kambing..
okay akan dicuba nanti nyum3 dengan daging ayam..
yummeh kari kambing...selalu masak letak santan..lepas boleh la cuba tanpa santan.. memang menyelerakan..bertambah- tambah la nasi kalau makan gulai kari kambing ni haaa Iols xpandai masak dn xminat masak tp boleh eh tambah rempah kari macam tu je? tomato berapa kali nak masuk...
serbuk kari patut masuk awal nak bagi sebati ngan daging Kambing / mutton biasa ok lagi. Masak kari dan sup mamak sedap. Tapi lamb tu, lemaknya melekat2. Lepas makan sakit kepala. Yang selalu dibakar tu pakai lamb kan? Daging lagi cepat masak dan banyak lemak
alamak...... {:childlikeo
nak cubalah.... last gambar tu.. sedapnya
Pages:
[1]
2