Burong_Hantuk Publish time 20-8-2019 03:45 PM

Mukim Pantai memang 'banyak' kampung bunian

seramsss :L
https://scontent.fkul3-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/50502965_320590435239025_5698121987637903360_o.jpg?_nc_cat=107&_nc_oc=AQn3h-GnRPX2V5JrZnu7cmGjTUtfdH98dYzfbGKGJTolMoWb2keHdnqkS4l6U7WD6qI&_nc_ht=scontent.fkul3-1.fna&oh=bdf931a192bed47b9c6a4b2122e5e355&oe=5DCE7EFF




https://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.752687.1537618795!/image/image.jpeg_gen/derivatives/landscape_620/image.jpeg
MAYAT lelaki yang meninggal dunia semasa mendaki Gunung Berembun, Seremban.


https://scontent.fkul3-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/66243767_2537595682918693_8537488888082464768_n.jpg?_nc_cat=106&_nc_oc=AQkSMCB_EALKgvHXQiy8nlb8lXSmVUKH8YnN-TkP2WrieVUeVx4RzEjC-ZWVeSMA-PY&_nc_ht=scontent.fkul3-1.fna&oh=0af3fd533c5f9652c21da92adbf59aaf&oe=5E12E35B

https://scontent.fkul3-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/24129565_1680243228687331_6509743654157339967_n.jpg?_nc_cat=111&_nc_oc=AQm1GFcm4jbDGqVRDx29-vaL0FQTwfPk7-fDMZh9S_K_Kmq85waNLogNPHu-XUGRFOA&_nc_ht=scontent.fkul3-1.fna&oh=c3790113ca33d7a3a19071c65dcda6fd&oe=5DD40AC7


SEREMBAN - Di sebalik dunia nyata, menjadi kepercayaan sebahagian masyarakat yang mendakwa wujud alam bunian yang terselindung di sebalik pandangan manusia.


Mukim Pantai yang mempunyai 15 kampung dan berada di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng turut dikatakan mempunyai penempatan bunian.

Di kampung terbabit juga sering dikaitkan dengan kejadian orang sesat atau hilang ketika mendaki Gunung Berembun yang tidak jauh dari Pekan Pantai.


Penduduk mendakwa cerita itu disampaikan dari generasi ke generasi dan kebanyakan penduduk asal mengetahuinya namun Shaari Md Arshad, 71, berkata, mereka tidak tahu lokasi sebenar 'kampung' itu.


"Dengarnya terdapat banyak kawasan (kampung). Itu cerita orang tua dulu dan kita pun tak ada bukti tapi kalau tanya mana-mana penduduk di sini, mereka tahu.

"Ada juga kawasan yang tempatnya keras, kita tak boleh masuk sampai sekarang iaitu di Batu 7. Banyak yang cuba masuk untuk ambil harta-karun di situ tapi ada saja halangan," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, lebih meyakinkan penduduk apabila ada seorang penduduk di situ yang mengaku berkahwin dengan orang bunian.

"Saya masih ingat namanya Ajis dan sekarang sudah meninggal dunia. Orangnya tak cakap banyak tapi kerap hilang dalam tempoh lama.

"Bila ditanya, katanya pergi jumpa anak sehingga keluarga terpaksa mengurungnya di rumah supaya tidak hilang lagi," katanya.

Wujud juga cerita bahawa penduduk yang ingin membuat kenduri kahwin akan pergi ke kawasan jeram tidak jauh dari Kampung Kolam Air untuk 'meminjam' pinggan mangkuk.

"Keesokannya pinggan mangkuk itu akan didapati di situ. Khabarnya lama-kelamaan tidak ada lagi sebab penduduk tidak pulangkan semula pinggan yang pecah.

"Macam-macam cerita. Ada juga pemandu bas yang nampak orang berarak ramai-ramai seperti ada kenduri kahwin tapi sebenarnya tidak wujud," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/08/16/429460.jpg

Oleh sebab itu katanya, kehilangan Nora Anne Quoirin selama 10 hari menimbulkan persoalan penduduk kerana hilang dalam tempoh lama, ibarat ada yang 'menyimpan'.

Shaari berkata, jika kes melibatkan pendaki Gunung Berembun, ia sudah menjadi perkara biasa namun boleh dikesan dalam tempoh beberapa jam.

Sementara itu, Imam I Masjid Kariah Pantai, Kahar Sukin, 73, yang juga penduduk asal di situ turut mengakui mendengar cerita wujud perkampungan bunian di kawasan Pantai.

"Itu cerita orang tua dululah yang disampaikan dari mulut ke mulut. Betul atau tidak, saya tak dapat pastikan.

"Katanya bila pinggan yang dipinjam daripada 'mereka' pecah tapi tidak dipulangkan, itu yang 'dia' marah. Lagipun ada kawasan jeram di situ dan banyak orang bayar nazar," katanya.



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/08/16/429459.jpg

Bagaimanapun, menurutnya, sebagai orang Islam cerita tahyul dan perbuatan khurafat seperti itu tidak seharusnya dipercayai tetapi jika alam ghaib memang disebut dalam al-Quran.

Tok Batin Kampung Kolam Air, Ali Ngongor, 56, berkata, mereka juga percaya yang wujud perkampungan bunian di kawasan berkenaan, namun tidak pasti lokasinya.

"Kita tak sama dengan dengan alam 'dia', kalau tidak sudah tentu kita tahu dekat mana (kampung bunian).

"Soal orang cakap kerap berlaku kejadian mistik di sini, sudah tentulah sesiapa yang sesat mendaki Gunung Berembun tak dapat dicari, tapi jumpa juga," katanya.






Burong_Hantuk Publish time 20-8-2019 03:46 PM

https://scontent.fkul3-2.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/49726439_2422852751275657_1562655826957565952_o.jpg?_nc_cat=100&_nc_oc=AQn8MIxHJb9tCHE2q3xyvvEOjf2SCIo_2Yx3a8GFuFkd2I2Pv4GnzHB_LX7X5EfFlTg&_nc_ht=scontent.fkul3-2.fna&oh=3e51a2080e4240e064e6163eb7fb1502&oe=5DDC0C4C


https://scontent.fkul3-2.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/49236715_2422850104609255_871648726366552064_o.jpg?_nc_cat=104&_nc_oc=AQktJhL-8uCL_y-oOYPrKupnLoWTg2WSYmWz_R0I6dSclzy1cRwnSG31Ke2qV7Ty9Ig&_nc_ht=scontent.fkul3-2.fna&oh=38e98ca3a8a8474b59751c41db04d619&oe=5DD033B5

https://scontent.fkul3-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/49586745_2422850891275843_7895698809873760256_o.jpg?_nc_cat=106&_nc_oc=AQmg-vfSg1FB_s5U75JtN-ffyxM5pa-sr1qyV-3ASREGWKUIm8Ib3mRiXrxR0tTbFYI&_nc_ht=scontent.fkul3-1.fna&oh=a190adf790b3398a832e3255ddb4a246&oe=5E161EE0




Burong_Hantuk Publish time 20-8-2019 03:53 PM

https://scontent.fkul3-2.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/64239714_450270839108028_6038164169188966400_n.jpg?_nc_cat=109&_nc_oc=AQk_uB_T6h7mFQNpGU1LnUH-DrdzV2tTC16eAhgHR519zkGjfhtcmNyLn3suk3OlYo0&_nc_ht=scontent.fkul3-2.fna&oh=0f378a84aba17c2ba5aa9795cf787b13&oe=5DE066D2


https://scontent.fkul3-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/935971_10201971726356364_1327568297_n.jpg?_nc_cat=108&_nc_oc=AQluaXkwXcpHRB5GL-6NyZUgSQDvX1MeYsiNpbxix6cM2jF7hZg6nr-Lsc-sCYEOCLo&_nc_ht=scontent.fkul3-1.fna&oh=1fd7166353a111e87ff6cd049137f64d&oe=5E1434EA


https://scontent.fkul3-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/53208718_2158363414494331_3544028367789490176_n.jpg?_nc_cat=111&_nc_oc=AQlR0kaSfNiQDOnVFo5CzITRIkA5FVoHoEQx_IY6wbKQ9ueQ71mVdQVtic_6qSd_5ks&_nc_ht=scontent.fkul3-1.fna&oh=5df36edf3f17f059e2384c63db1c33fa&oe=5DD494C0

Burong_Hantuk Publish time 20-8-2019 03:57 PM

https://blue.kumparan.com/image/upload/fl_progressive,fl_lossy,c_fill,q_auto:best,w_640/v1546518344/bunian3_1_ibivix.png

https://scontent-lax3-1.cdninstagram.com/v/t51.2885-15/e35/s320x320/68931122_382526302464796_2051278483158650405_n.jpg?_nc_ht=scontent-lax3-1.cdninstagram.com&oh=2e152b133b0277064c79d999d69cb9f4&oe=5DE2D095&ig_cache_key=MjExMDg1Nzg0OTEwMjY5MDUxMg%3D%3D.2


https://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.199197.1457593984!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_620/image.jpg

“SEBAIK-BAIK jin adalah sejahat manusia”, tanggapan ini yang lazimnya tersebar dalam kalangan masyarakat Melayu hingga menjadi asas kepada cerita-cerita seram yang diterbitkan. Persoalannya, adakah ia benar dan disandarkan kepada al-Quran dan hadis.

Alam jin merupakan benda ghaib, maka pencerahan mengenainya perlulah disandarkan kepada hujah-hujah yang terkandung daripada kedua-dua sumber rujukan utama agama Islam itu. Justeru, elakkan daripada membicarakan soal perkara ghaib hanya bersandarkan kepada asas rapuh, tidak berasas yang diselang-selikan dengan fakta karut dan khurafat.


Menyentuh mengenai perkara ini, penulis buku, Ayat-Ayat Syaitan, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz menegaskan bahawa kenyataan sebaik-sebaik jin adalah sejahat manusia amat tidak tepat dan ia secara tidak langsung menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah dan disebut kisah mereka dalam al-Quran.

“Mereka adalah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama serta akan dihisab di akhirat kelak (al-Rahman ).

“Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri dan takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.

“Sekiranya kenyataan ‘sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia’ ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat nabi jauh lebih jahat daripada manusia. Sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik,” katanya yang juga pensyarah di Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Tambah Abdullah Bukhari, generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka. Firman Allah: “Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayat-Ku (perintah-perintah-Ku), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?),” - al-An’am .

Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya daripada golongan jin yang begitu sensitif terhadap al-Quran.

“Rasulullah SAW keluar membaca Surah al-Rahman kepada para sahabatnya dari awal hingga akhir surah. Mereka hanya berdiam. Baginda lalu bersabda: Aku pernah membacanya (Surah al-Rahman) kepada para jin pada malam jin (malam baginda bertemu dan berdakwah kepada para jin). Reaksi mereka jauh lebih baik berbanding kamu semua. Setiap kali aku membaca, “Maka yang mana satukah antara nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan - wahai manusia dan jin”, mereka akan berkata: Tiada satu pun antara nikmat-Mu wahai Tuhan kami yang kami dustai, maka bagi-Mu sahajalah segala pujian,” - Sunan Tirmizi dan Tafsir Ibn Kathir.

Ayat itu berulang sebanyak 31 kali dalam Surah al-Rahman.


CiliPadiSedap Publish time 20-8-2019 07:04 PM

kenapa gambar bunian pakai kelambu satu badan tu?

kivio Publish time 20-8-2019 10:56 PM

CiliPadiSedap replied at 20-8-2019 07:04 PM
kenapa gambar bunian pakai kelambu satu badan tu?

Ko ingat best ke kalau kene denggi?
Prevention is better than cure


CiliPadiSedap Publish time 21-8-2019 07:33 AM

kivio replied at 20-8-2019 10:56 PM
Ko ingat best ke kalau kene denggi?
Prevention is better than cure

:lol: sorry, kaka fikirni fashion bunian nelofa terbaru;P rupanya takut nyamuk. sekuat kuat panglima jalal nyamuk pun takut

Mleeen82 Publish time 21-8-2019 11:43 AM

kivio replied at 20-8-2019 10:56 PM
Ko ingat best ke kalau kene denggi?
Prevention is better than cure

Bunian pun kena jugak ke?{:mlproud:}

CatMiow Publish time 22-8-2019 07:01 AM

Aku rasa aku ni puteri bunian kot,sebab laki aku hatinya bersih dan rapat pada ibunya :lol::lol::lol:

P/S jin pun pandai cari manusia baik,manusia jantina perempuan pula cari lelaki perangai Mcm setan.

Persoalannya kenapa bunian nak sorok nora anne? sedangkan dikhabarkan golongan bunian suka pada kesempurnaan.Nora kan anak yang berkeperluan khas, yang mana akalnya tidak sempurna.

acikhan Publish time 22-8-2019 11:46 AM

Selama Haku duduk d area Seremban jln pantai nie, first time haku tau gunung berembun nie... Haku paling jauh pg pun lenggeng je tapi serius la jln Sana mmg sunyi tp sejuk n damai je sbb kiri kanan Ade sg atau lata.. n depan cikit Ade ampangan! N depan2 lg baru sampai jelebu

chandrahusin Publish time 22-8-2019 11:56 AM

acikhan replied at 22-8-2019 11:46 AM
Selama Haku duduk d area Seremban jln pantai nie, first time haku tau gunung berembun nie... Haku pa ...

Wah! org kampung! :bye:

aku pun duduk area2 dekat Pantai ni jgk
ramai je saudara mara kat Pantai ni
mmg ada je dgr cerita2 mcm ni dr arwah Mak aku
psl pinjam pinggan mangkuk tu mmg arwah Mak aku pun pnh bgtau
pinggan mangkuk tu diletak dia tepi kaki bukit
lps guna letak balik sana
jgn ada yg pecah/retak/sumbing
mmg diorg marah katanya

acikhan Publish time 22-8-2019 01:41 PM

chandrahusin replied at 22-8-2019 11:56 AM
Wah! org kampung!

aku pun duduk area2 dekat Pantai ni jgk


Jln pantai belah ne tu? Haku jln pantai je tp x la sampai btl2 jln pantai tu...hihi...Haku dekat2 ngan kedai makan man tomyam tu je! Hahahaha...

sarah82 Publish time 22-8-2019 02:30 PM

kivio replied at 20-8-2019 10:56 PM
Ko ingat best ke kalau kene denggi?
Prevention is better than cure

Adoiii.. Aku bersetuju sambil tekan perut tahan gelak.. Kelakar

chandrahusin Publish time 22-8-2019 03:45 PM

acikhan replied at 22-8-2019 01:41 PM
Jln pantai belah ne tu? Haku jln pantai je tp x la sampai btl2 jln pantai tu...hihi...Haku dekat2...

oo org Simpang Jelobu laaa
aku belah2 Paroi sana
hihihi
Sori TT.. terjejak kasih plk :$

nad014 Publish time 22-8-2019 03:47 PM

kivio replied at 20-8-2019 10:56 PM
Ko ingat best ke kalau kene denggi?
Prevention is better than cure

kelihatan beliau amat memahami bangsa itew

msrosse Publish time 22-8-2019 06:07 PM

Boringnya tak habis2 dgr citer pinjam pinggan mangkuk bunian ... sengkek sgt ke kaum manusia nih sampai sesusah kena meminjam? kat kedai eco rm 2 hengget jer kot! :L

AznieBunnie Publish time 23-8-2019 10:53 AM

msrosse replied at 22-8-2019 06:07 PM
Boringnya tak habis2 dgr citer pinjam pinggan mangkuk bunian ... sengkek sgt ke kaum manusia nih sam ...

hahahhaha... tak terjangka reply ni.
hahahhaha... saya terhibur! ;P

MissVixen Publish time 23-8-2019 12:07 PM

Banyak cerita seram negeri sembilan ni. Kalau kawasan kuala pilah tu banyak rumah tradisional minang dengan halaman besar tinggal begitu je. Seram bila lalu waktu senja.

epuepy Publish time 26-8-2019 11:31 AM

kivio replied at 20-8-2019 10:56 PM
Ko ingat best ke kalau kene denggi?
Prevention is better than cure

hahahaha. bunian kelubung sebab takut kena denggi {:mllaugh:}

epuepy Publish time 26-8-2019 11:35 AM

msrosse replied at 22-8-2019 06:07 PM
Boringnya tak habis2 dgr citer pinjam pinggan mangkuk bunian ... sengkek sgt ke kaum manusia nih sam ...

sama. setujuk! balik2 mesti ulang tayang citer sama.
btw, kt tempat diorg tu ada kilang produce pinggan ke smpi berbondong2 manusia dtg meminjam?

Pages: [1] 2
View full version: Mukim Pantai memang 'banyak' kampung bunian


ADVERTISEMENT