ccdj Publish time 20-8-2019 12:04 PM

Hilang Yang Kembali (TV3 Samarinda) - Aqasha, Emelda Rosemilia, Nafiz Muaz

Edited by ccdj at 21-8-2019 12:02 AM

JUDUL : HILANG YANG KEMBALI
EPISOD : 12 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Ogos 2019
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran

Sinopsis:
Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.


Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.


Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.


Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.


Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

Ost Hilang Yang Kembali
ccDWzeXb_5s

ccdj Publish time 20-8-2019 12:20 PM

Edited by ccdj at 20-8-2019 08:37 PM

Promo:
AxY3vWmfNVQ
XV1pBMN1IIE

ccdj Publish time 20-8-2019 12:21 PM

Edited by ccdj at 21-8-2019 09:22 PM

Trailer Ep 1:
/8cvQEtq-sP4
Trailer Ep 2:
rafxbnD3p2g

sharlenetexas Publish time 21-8-2019 10:42 PM

Menarik cite ni. Adakah itu Daniel yg sebenar?

dineo Publish time 21-8-2019 10:46 PM

sharlenetexas replied at 21-8-2019 10:42 PM
Menarik cite ni. Adakah itu Daniel yg sebenar?

menarik citer ni, azham rani sbg penculik and pemeras child labour keje di ladang

sharlenetexas Publish time 21-8-2019 10:48 PM

dineo replied at 21-8-2019 10:46 PM
menarik citer ni, azham rani sbg penculik and pemeras child labour keje di ladang

Heols tu buta ke?

ccdj Publish time 21-8-2019 10:49 PM

sharlenetexas replied at 21-8-2019 10:48 PM
Heols tu buta ke?

Ha'ah,buta..

ccdj Publish time 21-8-2019 10:51 PM

sharlenetexas replied at 21-8-2019 10:42 PM
Menarik cite ni. Adakah itu Daniel yg sebenar?

Mgkin ya, mgkin bkn.. Kena tgk sampai habis.. Tapi so far jln citer quite interesting,ada elemen misteri yg buat kita tertanya-tanya citer di sebalik kehilangan Daniel

Naatasha Publish time 21-8-2019 11:09 PM

Baru tgok malam ni. Best! I jarang tengok tv tapi cerita ni menarik. Tapi mcm seram sikit :sweat3:

cikkilata Publish time 21-8-2019 11:13 PM

Tu la... samada mmg danial atau budak yg bekerja sama ladang dgn danial menyamar jd danial.. tp sesuatu sgt la kehilangan danial tu..

amira_adlina Publish time 22-8-2019 02:58 AM

Iols dpt rasakan zamarul hisham dgn aqasha ade kaitan dgn kehilangan daniel..sbb ape masa aqasha carik dan kena pukul dgn pempuan misteri tu dia xciter kat farra kan

LiliSam Publish time 22-8-2019 12:28 PM

best cerita ni..misteri

LiliSam Publish time 22-8-2019 12:29 PM

cikkilata replied at 21-8-2019 11:13 PM
Tu la... samada mmg danial atau budak yg bekerja sama ladang dgn danial menyamar jd danial.. tp sesu ...

tu la..rasa mcm tu gak..tp sng sgt plak kalau gitu jln cerita nya kan

ccdj Publish time 22-8-2019 06:10 PM

Teaser Episod 3 mlm ni:
gQ0Lhs4iqQ4

amira_adlina Publish time 22-8-2019 11:00 PM

Cerita dia kejam la xdpt bygkn bdk2 yg hilang kene seksa gtu :dizzy::L

nitty Publish time 22-8-2019 11:04 PM

Alahai...lamanya nak tunggu isnin. suspen je ending jap td

cikkilata Publish time 22-8-2019 11:28 PM

Tu la...x sabo nak tggu isnin..

putehh Publish time 23-8-2019 10:44 AM

tak logik citer ni..ada ke culik budak2 sbb nk usahakan ladang jagung.....hahhhahhah
xde idea lain ke....


** dulu ada tgk gak cerita kt TV9 penerbit sama Aliah Lee....sama gak citer pasl hilang ni...
citer die mcm ni la..suspen je...tp hampeh...xde idea lain agaknye...pasl hilang je....

shizikato Publish time 23-8-2019 01:33 PM

ccdj replied at 21-8-2019 10:51 PM
Mgkin ya, mgkin bkn.. Kena tgk sampai habis.. Tapi so far jln citer quite interesting,ada elemen ...

kan..mmg best citer ni..suspen..betul ke tu danial anak dia yg hilang..dan time razif kena pukul kat umh tu nape dia xciter ngn bini dia..

LiliSam Publish time 23-8-2019 04:20 PM

shizikato replied at 23-8-2019 01:33 PM
kan..mmg best citer ni..suspen..betul ke tu danial anak dia yg hilang..dan time razif kena pukul k ...

ni masa bila
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: Hilang Yang Kembali (TV3 Samarinda) - Aqasha, Emelda Rosemilia, Nafiz Muaz


ADVERTISEMENT