Daftpunk_shine Publish time 18-8-2019 05:43 PM

Kakak..mak buat apa dengan hp?

Usia perkahwinan saya dengan isteri sudah mencecah 19 tahun. Saya mempunyai enam orang anak. Semuanya sudah besar dan ada yang masih bersekolah. Saya merupakan pembantu kedai di sebuah negeri di utara tanah air.

Isteri saya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Bagi membantu ekonomi keluarga, dia menjalankan perniagaan makanan secara kecil- kecilan dari rumah. Untungnya tidaklah besar mana, cuma bolehlah sedikt sebanyak membantu ekonomi kami sekeluarga.

Terus terang saya cakap, saya memang tidak tahu tentang media sosial ini. Gajet- gajet atau sebarang aplikasi langsung saya tidak kenal. Saya hanya tahu menggunakan telefon bimbit lama yang hanya ada butang panggil dan menerima panggilan. Itupun jenuh anak sulung saya mengajarnya. Hendak taip sms pun saya tidak pandai.

Disebabkan isteri saya berniaga, isteri saya meminta untuk membelikan sebuah telefon pintar. Katanya dengan adanya telefon itu akan memudahkan dia memasarkan barangannya ke dalam internet. Saya sendiri tidak tahu apa itu internet. Oleh yang demikian saya keluarkan wang simpanan untuk membelikan sebuah telefon pintar kepadanya.

Pada mulanya, saya lihat memang ada sedikit peningkatan pada jualannya. Namun setelah beberapa bulan berlalu, saya nampak telefon itu tidak pernah renggang daripadanya.

Bulan berganti bulan, saya nampak dia semakin dingin dengan saya. Apabila saya mengajak tidur bersama, dia mengelak. Cara cakapnya juga semakin kasar. Makan minum saya terabai.

Satu malam, kebetulan saya tersedar awal. Saya tengok dia tiada di sisi saya. Apabila melihat jam menunjukkan jam pukul 1.00 pagi. Saya bangun untuk ke dapur. Sebaik sahaja saya keluar dari bilik, saya nampak isteri saya sedang duduk melayani telefonnya.

Malam keesokannya saya sengaja mengunci jam awal. Saya mahu melihat adakah dia akan mengulangi perkara semalam. Memang benar, walaupun jam sudah melewati pukul 2.00 pagi dia masih lagi asyik dengan telefon bimbitnya.

Saya pergi ke bilik anak sulung saya. Kebetulan dia juga belum tidur. Asyik bermain telefonnya.

“Kakak! Abah nak tanya ni. Mak buat apa sebenarnya dengan telefon dia,” kata saya.

“Mak duk chatting ayah. Duk wechat,” balasnya.

“Apa benda tu. Ayah tak pernah dengar pun,” balas saya.

“Saya nak terangkan pun susah. Senang cakap mak duk bersembang dengan lelaki tapi dengan cara menaip,” katanya.

Apabila mengetahui hal itu, saya terus naik angin. Saya keluar dari bilik dan terus merampas telefon di tangan isteri saya lalu menghempaskannya ke lantai. Berderai semuanya. Kami bertengkar hebat.

Setelah didesak beberapa kali, dia akhirnya mengaku dia kini sedang berbaik kembali dengan bekas kekasihnya dahulu. Kekasih lamanya kini kononnya seorang yang berjaya dan dia sanggup menjadikan isteri saya sebagai isteri keduanya. Isteri saya sanggup dimadukan.

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Air mata saya tidak henti- henti mengalir. Terbayang wajah anak-anak saya yang sedang membesar.

Keesokan harinya isteri saya balik ke rumah ibunya. Katanya dia sudah benar- benar tawar hati.

Saya cuba memujuknya untuk kembali tetapi dia tetap berdegil. Bermacam-macam alasan diungkit. Tidak saya sangka dia membuat tuntutan cerai di mahkamah, dia meminta saya melepaskannya cara baik. Jauh di sudut hati sayamasih sayangkan hubngan ini. Tidak terlintas langsung saya untuk menceraikannya.

Kini saya dalm proses mahkamah. Dia tetap berdegil dengan pendiriannya. Saya kongsikan cerita ini untuk tatapan orang lain supaya tidak berlaku perkara yang sama.

Hati manusia cepat berubah apabila menerima sesuatu keseronokan. Dia mudah lupa apa yang ada di depan mata. Belajarlah mencintai orang yang berada di depan mata kita sekarang ini kerana orang itu kita sudah kenal hati budinya. Orang yang baru dikenali belum tentu sebaik orang yang berada di depan mata kita sekarang.


Sumber : Mastika Mei 2016

crazybeach Publish time 18-8-2019 06:28 PM

hasanah versi wechat ke nih. motip kau nak emosi drama queen bagai gi hempaskan semakphone tuh. rampas then simpan elok2 dah la boleh buat bahan bukti bini kau tu curang. si anak nya pulak dah tahu mak kau melayan laki lain ko buat bodoh jah dekk?

otai_g Publish time 18-8-2019 07:14 PM

mastika mei 2016? Keh2.

zaman skang org sibuk2 nk setup kekayaan. Yg mastika dok sibuk cerita hal ehwal rumah tangga org. Nk cerai, cerai je lah. Apa nk pnjg2 cerita.

salmon-suki Publish time 18-8-2019 07:17 PM

Ceraikn jela bini tuh..pstu tgk ler caner ngn hidup dia bila dah cerai nti..ex kekasih tu msti saja nak sedap2 jah..kalau guna wechat ni mmg manusia bbnu..

Lain ye kalau cainis ke ape,sbb apps tu mmg drpd dorg..

shernazz Publish time 18-8-2019 07:19 PM

Ikut pada diri sundiri
Iols bisnes ada customer lelaki pung relaks saja..
Tapi iols bgtau la yang iolsada delivery ke custoner lelaki .

bangcak Publish time 18-8-2019 08:07 PM

Geng2 muda mcm kita nih takpe.
Mmg kita membesar dlm dunia social media.
Kita bleh handle suma tu.
Kesian kat anak2 skang.
geng2 tua renta byk yg culture shock dgn
wasap/forum suma nih.
Abes tinggal anak tinggal somi.

Lengkong Publish time 18-8-2019 08:26 PM

Dah bini tawar hati lepaskanlah cara baik. Jaga anak perempuan yang nak membesar tu. Bahaya anak perempuan main hpon sampai malam..ikut cite atas tu lah.

diggerr Publish time 18-8-2019 08:30 PM

Pilih jalan yang trrbaik

bangcak Publish time 18-8-2019 09:37 PM

Lengkong replied at 18-8-2019 08:26 PM
Dah bini tawar hati lepaskanlah cara baik. Jaga anak perempuan yang nak membesar tu. Bahaya anak per ...

Bukan anak pompan main tepon.
Sila baca tajuk.
Kakak... "MAK" buat apa dgn hp

Mary_jane Publish time 18-8-2019 09:43 PM

Gigihlah aku baca, mestika rupanya. Choi. :curse:

rainbowrainz Publish time 18-8-2019 09:47 PM

Doniya doniya hurmmmm

Bangbot Publish time 18-8-2019 09:59 PM

Bangbot heran...konon ko x pandai pakai smartphone..abis tu ngapo ko bole join forum Cari ni dek oiii... bangbot sungguh2 nelayan mampu beli sematpon murah2 dekkk...:lol:

najib888 Publish time 18-8-2019 10:28 PM

Bangbot replied at 18-8-2019 09:59 PM
Bangbot heran...konon ko x pandai pakai smartphone..abis tu ngapo ko bole join forum Cari ni dek oii ...

Tak yah heran sangat bangbot.. tu cerita ditaip semula dari majalah Mastika 2016

ikanmasin Publish time 18-8-2019 11:08 PM

dicopy paste dr mastika rupanya ...

Lengkong Publish time 18-8-2019 11:09 PM

bangcak replied at 18-8-2019 09:37 PM
Bukan anak pompan main tepon.
Sila baca tajuk.
Kakak... "MAK" buat apa dgn hp

Sorry silap. Tq bangcak tolong betulkan


miznora Publish time 18-8-2019 11:36 PM

Orang tua kalau becinta memang susah.. Habis tak ingat anak bini. Tak kirala laki ke bini orang

sabundettol Publish time 18-8-2019 11:47 PM

Kalau terjadi kat akulah kan...mmg nyawa aku pun tiada dah didalam dunia ini hahahhaa

Iris. Publish time 19-8-2019 12:45 AM

bangcak replied at 18-8-2019 12:07 PM
Geng2 muda mcm kita nih takpe.
Mmg kita membesar dlm dunia social media.
Kita bleh handle suma t ...

Bagus ni nasihat untuk golongan senja yang masih gigih berporem...

awanysss Publish time 19-8-2019 09:22 AM

kes kembali kpd ex melalui fb ni mcm trend pulak skrg. umur dah nenek2 atuk2 tp perangai hazab.. selalu perempuan la kena tipu, konon nak jd bini kedua. smpai kesudah tak nikah2..

farlis Publish time 19-8-2019 11:30 AM

Mastika... Aku mmg pangkah mastika
Pages: [1] 2
View full version: Kakak..mak buat apa dengan hp?


ADVERTISEMENT