Daftpunk_shine Publish time 18-8-2019 03:38 PM

Bunian itu jin!

Anda pernah baca pelbagai versi kisah bunian? Mungkin anda tertanya- tanya, sebenarnya bunian itu makhluk apa? Separuh jin, separuh manusia? Atau bukan ketegori kedua-duanya?

Menurut pandangan seorang pengamal perubatan Islam, Ustaz Fauzi Mustaffa “apa yang masyarakat Melayu sebutkan sebagai bunian itu sebenarnya adalah jin. Perlu kita fahami, jin itu sendiri ada banyak jenis. Sebagai contoh, jin yang dikenali sebagai bunian itu adalah makhluk halus yang hidup secara berkelompok.

“Mereka hidup bermasyarakat, bergotong-royong, ada perkampungan, ada kenduri kendara. Saling tolong menolong. Kehidupan mereka secara lazimnya sama seperti kita.

“Apa yang membezakan ialah kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar. Cuma kita boleh kategorikan bunian ini jenis yang baik lah. Kalau jin yang jahat ni biasanya lebih suka hidup bersendirian dan berpindah-randah.

“Tak semestinya bunian itu islam. Kita kena faham, jin juga sama seperti manusia. Bunian ni macam masyarakat majmuk. Ada jin islam, ada jin bukan islam. Ada jin islam baik, ada jin islam yang jahat.

“Walaubagaimanapun, Islam melarang sama sekali manusia untuk berkahwin atau mempunyai hubungan dengan orang bunian, jin atau apa saja makhluk halus lain. Tak kiralah jin itu islam ataupun tidak.

“Perkahwinan antara manusia dan jin juga dilarang kerana ia boleh menimbulkan fitnah. Kata Imam Malik, andai katalah jin jantan berkahwin dengan manusia perempuan. Kemudian yang wanita itu mengandung, tak ke pelik?

“Jangankan berkahwin, kalau boleh bersahabat pun tak perlu. Sebab apa yang dibimbangkan ialah kita mungkin dipengaruhi atau ditipu oleh makhluk halus berkenaan. Yalah sedangkan manusia pun menipu, inikan pula jin yang kita sendiri pun tak boleh nampak.

“Nabi Muhammad sendiri pun tidak pernah bersahabat dengan jin. Apa yang nabi buat ialah berdakwah kepada golongan makhluk halus ini.

“Kalaulah sekiranya ada makhluk halus, jin atau bunian yang datang untuk berdamping atau bersahabat, cubalah tolak dengan baik. Bukan suruh menyombong, tapi cakap elok-elok. Beritahu mereka kita tak perlukan bantuan mereka. Takut-takut nanti kita terhutang budi, lain pula yang berlaku.

“Allah dah ciptakan manusia ini sebaik-baik kejadian. Semuanya cukup cantik. Cukuplah sekadar kita berhubungan sesama kita. Kalau ada terjumpa orang mendakwa berkahwin dengan bunian, tak perlulah nak taksub atau percaya. Zaman sekarang ni sesiapa pun boleh dakwa begitu, “ ujar Ustaz Fauzi.

Sumber : Mastika Mac 2017
Oleh : Mohd Hafiz Mohamed Sakmi

Kakalongmu Publish time 18-8-2019 04:01 PM

Betullah tu...bunian memang jin. Cuma nama jer tukar Kat meleis nih :D

Thanatus Publish time 18-8-2019 04:03 PM

Ada jugak manusia yg gigih nak berkawan dgn jin bunian... fefeeling ada kelebihan katanya bersahabat dgn jin/bunian;P

Padahal dah dinyatakan dlm Al-Quran:
"Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

Tapi ada yg tetap hadap mintak bantuan dgn panglima, puteri bunian... dah tak percaya dgn firman Allah ke? Berdoa & meminta pertolongan dgn Allah dah lah... jin jugak yg dia gigih mintak tolong & berkawan.:mad:

sharlenetexas Publish time 18-8-2019 04:06 PM

Ada jin introvert, ekstrovert?

CiliPadiSedap Publish time 18-8-2019 04:12 PM

kt dapur rumah kaka ada jin nama dia jintan manis

Daftpunk_shine Publish time 18-8-2019 04:36 PM

Thanatus replied at 18-8-2019 04:03 PM
Ada jugak manusia yg gigih nak berkawan dgn jin bunian... fefeeling ada kelebihan katanya bersahabat ...

Hmm yg ada kenal sape2 yg kawin dgn bunian? Best kalau ada yg boleh share experience sket cmana rasa berumahtangga dengan bunian.

Daftpunk_shine Publish time 18-8-2019 04:38 PM

CiliPadiSedap replied at 18-8-2019 04:12 PM
kt dapur rumah kaka ada jin nama dia jintan manis

Jin2 ini dipercayai diguna pakai oleh para wanita untuk menyedapkan masakan. Sehingga para suami bagai dipukau menambah nasi tak henti2.

amyza Publish time 18-8-2019 04:56 PM

Daftpunk_shine replied at 18-8-2019 04:38 PM
Jin2 ini dipercayai diguna pakai oleh para wanita untuk menyedapkan masakan. Sehingga para suami b ...

Kena pukau dengan jin yang manis. Hihi

CatMiow Publish time 18-8-2019 05:24 PM

Lama dah tak baca mastika.

Acikgomen Publish time 18-8-2019 05:38 PM

Thanatus replied at 18-8-2019 04:03 PM
Ada jugak manusia yg gigih nak berkawan dgn jin bunian... fefeeling ada kelebihan katanya bersahabat ...

Sek sek boleh kecek denge ore bunian ni insan terpilih chuolsssss
Ko mampooooooo ke puteri nora panglima jalal dan panglima fahrin berdamping semenjak kehhhhhchilllll saaaaahingga gumok gumpita:lol:

Geng bunian siap buat kenuri pinjam rumah pendamping hokeh nak sambut geng2 bunian jepun bagai
Datang naik naga ko haderrr:curse:

Daftpunk_shine Publish time 18-8-2019 05:46 PM

CatMiow replied at 18-8-2019 05:24 PM
Lama dah tak baca mastika.

Semoga mastika diberi peluang beraksi semula.

Daftpunk_shine Publish time 18-8-2019 05:52 PM

Acikgomen replied at 18-8-2019 05:38 PM
Sek sek boleh kecek denge ore bunian ni insan terpilih chuolsssss
Ko mampooooooo ke puteri nora p ...

Bunian jepun pun ado..hehehe

Thanatus Publish time 18-8-2019 05:58 PM

Acikgomen replied at 18-8-2019 05:38 PM
Sek sek boleh kecek denge ore bunian ni insan terpilih chuolsssss
Ko mampooooooo ke puteri nora p ...

Bunian jepun naik naga... adehhhh
Bunian Nagasaki ke tu?;P

sarah82 Publish time 18-8-2019 06:06 PM

Aku pun rasa yg sama.. Bunian tu jin.. Tapi yg lbh berpangkat berbanding pontianak dan lain2.

joy_ah Publish time 18-8-2019 06:08 PM

@Beautifulliar.
Sila berikan komentar hatta sebijik dua :lol: :lol:

KIM.K Publish time 18-8-2019 06:12 PM

Memang jin pun once dia approach kau they are very demanding

AnggunSophea Publish time 18-8-2019 06:13 PM

Yang suka menyamar jadi orang yang kita kenali ajak masuk hutan, tu pun bunian ke eh?

Daftpunk_shine Publish time 18-8-2019 06:13 PM

sarah82 replied at 18-8-2019 06:06 PM
Aku pun rasa yg sama.. Bunian tu jin.. Tapi yg lbh berpangkat berbanding pontianak dan lain2.

Jenis bertamadun, duduk apartment..shopping kat mall..bukan jenis yg low class baju rabak duduk atas pokok..

Beautifulliar. Publish time 18-8-2019 06:49 PM

joy_ah replied at 18-8-2019 06:08 PM
@Beautifulliar.
Sila berikan komentar hatta sebijik dua

Meols dh nmpk tred ni awal2 td tp blom ada yg komen. Chuols dh seru meols masuk dgn bgaya yach.

Anyway mari kita seru ketua segala pembela bunian mokcik gundu kuat bhalusinasi @dewi ni tred bunian hanya mokcik gundu ni yg arif semoga ayuhh buktikan sheols tidak auta buktikan pd @Acikgomen @lazim ayuhhh.

Beautifulliar. Publish time 18-8-2019 06:50 PM

:lol::lol::lol:semoga meols tidak diibliskn
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Bunian itu jin!


ADVERTISEMENT