diya_az Publish time 13-8-2019 02:43 PM

Resepi daging sempena Raya Korban

Ha, sehari sebelum raya haji, ada dengar cerawah UAI, dia cakap sunat masak manis untuk jamu tetamu daging korban tu..setelah ditolak 2/3 daging fresh untuk derma pada fakir/asnaf lah.

Daging masak apa ya yang manis2?

Kalau kat kedah,
Menu wajib sah2 sup daging+ayaq asam
Lain2 ada orang buat daging goreng/goreng kunyit/goreng kicap, masak kicap. Kalau kenduri kahwin ada la jumpa masakan yang manis macam masak hitam, masak kurma. Lain2 susah susah juga jumpak. Tp menu korban macam takda masak manis2..

Kat tempat korang masak apa tu?

buragazz Publish time 13-8-2019 03:59 PM

Aku klu masak rendang akan letak gula melaka.. klu daging 1kg sebuku yang 2" tu potong2 masuk dalam rendang nanti ada rasa lemak2 manis sikit.. klu nak masak yang manis daging tak kena la pulak..

diya_az Publish time 13-8-2019 04:03 PM

buragazz replied at 13-8-2019 03:59 PM
Aku klu masak rendang akan letak gula melaka.. klu daging 1kg sebuku yang 2" tu potong2 masuk dalam...

Sedapnya..raya puasa pelbagai jenis rendang dan serunding ada..manis, pedas apa semua ada..

Difikirkan balik, maksud manis mungkin sebab orang dulu2 makan nya manis2 macam kurma kan..sebab semua lapisan orang boleh makan manis. mungkin zaman sekarang masak apa2 ja yang sedap dan semua orang boleh makan mungkin.

buragazz Publish time 13-8-2019 04:10 PM

diya_az replied at 13-8-2019 04:03 PM
Sedapnya..raya puasa pelbagai jenis rendang dan serunding ada..manis, pedas apa semua ada..

Dif ...

Batul Diya lepas letak gula melaka tu tabur daun kunyit dan limau purut.. terangkat punya....

Gomea Publish time 13-8-2019 04:17 PM

Masak asam pedas je

kakanne Publish time 17-8-2019 04:30 PM

singgang daging .. yum. asyik sup je sesekali buat singgang best gak

Lengkong Publish time 18-8-2019 08:41 PM

Rebus daging letak garam. Nak makan buat sambal kicap + bawang + cili api + limau..simple tapi sedap


lynakajang Publish time 14-10-2019 04:59 PM

:drool3::drool3:

eileen80 Publish time 15-10-2019 11:16 AM

kalo di jb, bese nye kami buat sup daging je.
blh dimakan dgn nasi, roti atau hirup shj.
tp kalo nak heavy sikit, blh la buat kari daging.
letak kentang, carrot. sedap..

nefnefnef Publish time 22-10-2019 04:28 PM

Kalau resepi mak iols, daging masak dendeng tu ada madu dgn kicap manis sikit. Memang pedas manis hasilnya
Pages: [1]
View full version: Resepi daging sempena Raya Korban


ADVERTISEMENT