natrahn Publish time 11-8-2019 09:33 AM

TELEFILEM : DEMI TUHAN AKU BERSAKSI

Edited by eddlisa_uyuk at 14-8-2019 01:25 PM



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/10/110737kwd08je6hwasz6wh.pngDemi Tuhan Aku Bersaksi Penuh Pengajaran



Sebagai sebahagian usaha 'meluruskan' dan mengurangkan mudarat pada tahap minimum usai kontroversi telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi yang kononnya memburukkan institusi tahfiz, telemovie ini dipertontonkan kepada Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Zulkifli al-Bakri, PU Hafiz (Pengerusi Institusi Tahfiz Selangor), Ustaz Ahmad Shukri (CEO PPZ MAIWP) dan Ustaz Dailami (Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan) yang disertai wakil produksi dan RTM.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/10/105636rne47qbeyqruuybn.png
Kredit Foto - Instagram Fadzil Zahari



Menerusi hantaran Facebook Dr Kamilin Jamilin, sarjana hadis itu menyimpulkan telefilem ini penuh pengajaran dan tiada sedikitpun babak yang menjolok mata dan tidak menutup aurat.




https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2519903311571226&id=1743258955902336



"Namun, cerita Demi Tuhan Aku Bersaksi ini saya dapati sangat banyak nilai positif dan pengajarannya dan langsung tidak kelihatan menjatuhkan imej institusi tahfiz. Bahkan, tiada pendedahan aurat langsung atau pergaulan bebas seingat saya.



"Seandainya masyarakat Malaysia perlu menonton cerita, cerita yang penuh pengajaran sebeginilah yang diperlukan. Bukan cerita cinta bunga, kahwin pengarah syarikat atau rapu-rapu bagai."





Menurut Dr Kamilin lagi, Yana Shamsuddin selaku sebahagian daripada penerbit telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi yang hangat dikritik dan menjadi mangsa sikap melatah melulu segelintir masyarakat kelihatan sebak ketika menonton telelefilem tersebut.


Siapa tahu, mungkin mengenangkan tohmahan yang menimpanya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/10/105340shyk8eepggw04e0e.png





Semoga dengan ulasan positif Dr Kamilin Jamilin dan lain-lain agamawan tadi memberikan sinar harapan agar telefilem ini dapat ditayangkan seperti dijadualkan.


Sama-samalah kita tunggu hari tayangannya. Semoga kita semua mendapat pengajaran dari telefilem ini kelak. - CARI

Kurex Publish time 11-8-2019 10:37 AM

Tak habis2 lagi pasal drama ni..

LemakPetai Publish time 11-8-2019 12:38 PM

Drama selepas drama ? Hmmm

diggerr Publish time 11-8-2019 04:37 PM

Ni drama sebelum drama. Haha

RatuDunia94 Publish time 11-8-2019 05:16 PM

Marketingggg

awanysss Publish time 13-8-2019 10:32 AM

belum tgk lg. nanti dah ade kat youtube tolong bg link :lol:

natrahn Publish time 13-8-2019 10:38 AM

awanysss replied at 13-8-2019 10:32 AM
belum tgk lg. nanti dah ade kat youtube tolong bg link

ni tayangan rtm awak

awanysss Publish time 13-8-2019 10:42 AM

natrahn replied at 13-8-2019 10:38 AM
ni tayangan rtm awak

kalau kat rtm takde yg upload kat youtube ke? dorang block eh?

natrahn Publish time 13-8-2019 10:44 AM

awanysss replied at 13-8-2019 10:42 AM
kalau kat rtm takde yg upload kat youtube ke? dorang block eh?

tak sure pulak... sooner or later ada la nanti tu upload.. hehehe

eddlisa_uyuk Publish time 14-8-2019 10:08 AM

MAAF, saya move thread nih ke bod drama
sbb ini telemovie yaa
Pages: [1]
View full version: TELEFILEM : DEMI TUHAN AKU BERSAKSI


ADVERTISEMENT