WanieBahar Publish time 9-8-2019 11:30 AM

JANGAN MARAH ANAK DEPAN ORANG

Anak-anak adalah penyeri dalam rumah tangga. Setiap pasangan yang berkahwin semestinya meninginkan kehadiran cahaya mata dalam keluarga mereka untuk menjadi penghibur , peneman agar suasana dalam keluarga itu tampak ceria dengan adanya suara keriangan anak-anak baru lah menjadi pelengkap dalam sebuah keluarga. Namun,membesarkan anak-anak ini banyak dugaan dan cabaran dia terutama sekali dalam dunia yang serba moden ini dan yang paling mencabar adalah kepada ibu bapa yang bekerja,penat dengan kerja balik-balik sampai rumah anak-anak pula buat hal bermacam ragam nak itu nak ini,serba tidak kena dan mulalah kita sebagai ibu bapa ingin melepaskan kemarahan kita kepada anak-anak sedangkan mereka hanya inginkan perhatian kita sebagai ibu bapa. Tetapi itu bukan alasan untuk menjadikan anak-anak tempat melampiaskan kemarahan. Naluri anak kecil memang suka bermain dan membuar rumah bersepah,sebagai ibu bapa hendaklah banyak bersabar dan jangan menyinga membabi buta. Paling penting jangan marah anak depan orang lain dan memalukan mereka walaupun baru berusia 3 tahun . Ingat ! jangan sesekali memarahi anak depan orang lain hokeyy ~~~~

Niat ibu bapa mungkin untuk mengajar anak kebaikan tetapi boleh jadi anak menerima mesej itu berlainan. Dia belajar mengenai benar atau tidak perbuatannya ditentukan 'mood' atau suasana hati orang tua ketika itu. Kadangkala ia 'disambut' dengan kemarahan tanpa belas kasihan. Akibatnya,anak menjadi bingung kerana ibu bapa tidak memahami keadaan serta tidak mengizinkannya mengambil keputusan.

Fikiran dan jiwanya akan berkecamuk dan lama-kelamaan dia akan kecenderungan untuk memberontak, melawan, keras kepala, lemah pendirian, ragu-ragu, dan mudah terikut kerana penakut.

Oleh itu,untuk mengajar anak kebaikan adalah baiknya kita panggil anak baik-baik simpan marah tu tak ada orang baru la kita menegur dia dengan cara yang betul,bercakaplah mengenai sesuatu peristiwa yang pernah terjadi suatu ketika dahulu, ceritakan balik kepada anak-anak dengan nada yang tegas. Supaya anak-anak tidak merasa tertekan dan akan mula merasa bersalah,mereka sendiri akan memujuk kita semula :2lol:

capiloton Publish time 9-8-2019 12:05 PM

ni mesti mak bapak yang jenis - Biar lah, budak2 lagi khennn

:lol:

WanieBahar Publish time 9-8-2019 12:10 PM

capiloton replied at 9-8-2019 04:05 AM
ni mesti mak bapak yang jenis - Biar lah, budak2 lagi khennn

:mad::mad::mad: kikikikiki

Dewa19XKangen Publish time 9-8-2019 12:47 PM

ada kajian x yang membuktikan dengan tidak memarahi anak depan khalayak menjadikan anak tersebut membesar menjadi anak celaka pada mak bapaknya yang sedang tua?

kehidupan adalah pelajaran.. orang melihat dapat pelajaran.. orang yang kena dapat pelajaran.. kehidupan lebih meningkat matang..   

WanieBahar Publish time 9-8-2019 01:05 PM

Dewa19XKangen replied at 9-8-2019 04:47 AM
ada kajian x yang membuktikan dengan tidak memarahi anak depan khalayak menjadikan anak tersebut mem ...

ouh kajian untuk membuktikan dengan tidak memarahi anak-anak depan khalayak menjadikan anak itu sebaik malaikat saya belum jumpa lagi la, tetapi kajian memarahi anak-anak depan orang, menengking anak, tinggi suara , pukul anak depan orang ini sudah banyak buktinya dan ia nya pernah berlaku depan saya serta ada orang sekeliling saya yang berperangai suka marah anak depan orang dan anak dia mula suka memberontak, degil , keras kepala , semakin melawan dan sebagainya , impak dia adalah negatif kepada anak-anak. Dalam tidak sedar anak juga boleh melawan orang lain sesuka hati sama ada dengan orang tua mahupun muda. Sebagai ibu bapa kita perlu ada kesabaran , depan orang jangan marah anak bagai nak gila . Tegur sikit cukup lah. Nanti saya akan sambung cerita ini ya .. terima kasih atas pertanyaan .

nurulda Publish time 14-8-2019 05:53 PM

Marah lps anak melakukan kesalahan.. Bukan secara jerkah2 depan orsng.. Tp cukup debgan ayat penegasan..

WanieBahar Publish time 14-8-2019 06:44 PM

nurulda replied at 14-8-2019 09:53 AM
Marah lps anak melakukan kesalahan.. Bukan secara jerkah2 depan orsng.. Tp cukup debgan ayat penegas ...

ye betul tu .. sebab anak pun ada perasaan .. lagi dimarah depan lagi perangai dia akan memberontak ..

rayriff Publish time 14-8-2019 07:18 PM

kadang kita tegur terus sebab nak suruh dia stop dan sedar waktu tu. bila kita tarik anak masuk dalam bilik,dia x faham kita marah dia. atleast kalau marah kat tempat kejadian kita boleh tunjuk benda ni jangan pegang. ini untuk anak yang masih belum fasih bercakap

Sazida Publish time 14-8-2019 07:30 PM

Penah nmpk dpn mata mak dia tampar ank dia sbb ank dia xpuas main kt indoor playground. Bkn sekali ya. Byk kali. Aku yg tgk pun rasa mcm nk lempang mak dia. Kalau nk tampar ke apa, eloklah tampar bhgian bahu kebawah. Jgn tampar pipi. Bg aku cukup memalukan. Jatuh air muka ank sendiri wlpn bdk tu blm tentu phm.

WanieBahar Publish time 15-8-2019 11:35 AM

rayriff replied at 14-8-2019 11:18 AM
kadang kita tegur terus sebab nak suruh dia stop dan sedar waktu tu. bila kita tarik anak masuk dala ...

Ya, nak tegur tu tak salah .. Tetapi jangan sampai menjatuhkan air muka anak,walaupun dia belum berapa nak faham . Jangan nak tunjuk depan orang cara ajar anak macam ni macam ni. Tak bagus .. Jangan marah anak dengan cara memukul yang terlampau dihadapan orang . Itu maksudnya .. Kalau setakat menegur kena dengan cara dia tak jadi masalah pun . Janganlah depan orang kita terpekik terlolong,marahkan anak .. :loveliness:

WanieBahar Publish time 15-8-2019 11:40 AM

Sazida replied at 14-8-2019 11:30 AM
Penah nmpk dpn mata mak dia tampar ank dia sbb ank dia xpuas main kt indoor playground. Bkn sekali y ...

Haa tula kann. Janganlah lempang bahagian muka depan orang kan tak elok tu .. Paling-paling pun cubit bahagian peha ke kaki ke kat lengan sikit je dah cukup. Pengalaman saya pernah berhadapan dengan adik beradik dan kawan-kawan pun ada . Anak-anaknya selalu dimarahi dikhalayak ramai dan sekarang memberontak je anak-anaknya .. Itu yg kita nak elak , anak-anak jadi memberontak sebab apa . Sebab kita dah biasa marah-marah dia depan orang boleh jadi depan orang lain pun anak-anak akan makin kurang ajar . Tak fikir perasaan orang lain . Jadi,ada caranya nak menegur anak depan orang .:D

Sazida Publish time 15-8-2019 12:44 PM

WanieBahar replied at 15-8-2019 11:40 AM
Haa tula kann. Janganlah lempang bahagian muka depan orang kan tak elok tu .. Paling-paling pun cu ...

Tulahh., tp xfhm kenapa ada parents sggup buat mcm tu dpn khalayak ramai. Obviously air muka dorang sendiri pun jatuh. And org yg tgk pn mesti pikir kalau kt rumah mesti dia bantai cukup2 ank dia tu.

WanieBahar Publish time 15-8-2019 03:28 PM

Sazida replied at 15-8-2019 04:44 AM
Tulahh., tp xfhm kenapa ada parents sggup buat mcm tu dpn khalayak ramai. Obviously air muka doran ...

kann... tula pasal .. kadang parents yang macam ni dia fikir dia hebat . Kira bagus lah ajar anak depan orang , marah anak depan orang . Bukan tak boleh nak ajar or marah anak depan orang .. Boleh , tapi kena ada cara dia ..

one_suria Publish time 18-12-2019 04:04 PM

Bagi saya sekiranya anak itu masih kecil dalam 7 tahun ke bawah, boleh nak menegurnya dan marah depan kyalayak ramai cuma jangan sampai menengking, dan memukulnya... marah untuk menegur dan mengajarnya supaya lebih behave.

Bagi anak yang dah remaja, tidak elok memarahinya didepan ramaikerana mereka juga ada maruah & merasa malu. Seeloknya, guna isyarat yg kita tidak suka dgn perangainya, dan bila kat rumah, bolehlah panggil secara berseorangan dan nasihati la anak itu. InsyaAllah anak kita akan lebih mendegar kata, menghormati kita dan berperangai baik serta tidak rebel.

Saya sudah amalkan & alhamdulillah ketiga2 anak lelaki saya okey.

one_suria Publish time 18-12-2019 04:05 PM

WanieBahar replied at 15-8-2019 11:40 AM
Haa tula kann. Janganlah lempang bahagian muka depan orang kan tak elok tu .. Paling-paling pun cu ...

saya setuju dgn puan

jo_je Publish time 19-12-2019 02:32 PM

Edited by jo_je at 19-12-2019 03:35 PM

WanieBahar replied at 9-8-2019 01:05 PM
ouh kajian untuk membuktikan dengan tidak memarahi anak-anak depan khalayak menjadikan anak itu se ...
setuju.. kanak-kanak juga ada perasaan







Pages: [1]
View full version: JANGAN MARAH ANAK DEPAN ORANG


ADVERTISEMENT