Puding Tiramisu Paling Senang
Bila sebut sahaja kek tiramisu, dah terbayang-bayang lapisan kek - lapisan kek span, lapisan cappucino dan lapisan keju. Makan pula ketika sejuk sebaik dikeluarkan dari peti ais. Nikmatnya!Tiramisu ini sebenarnya kategori puding dan trifle berasal dari Itali, sementara resepi asal menggunakan biskut panjang yang dicelup dalam campuran kopi dan kahlua.
Kemudian, ditaburi serbuk koko di atas permukaannya. Sesuai dengan selera orang Malaysia, ia diolah menjadi kek. Resepi kek tiramisu dah biasa dikongsikan. Kali ini, penulis ingin berkongsi resepi puding tiramisu rujukan daripada Puan Norliza Bahari.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/06/123705pyhj2hgn2d5pmvj5.png
Bahan-bahannya:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/06/122506jzx6jmwj7re2r2mw.png
[*]1 tin susu pekat
[*]1 tin susu sejat @ cair
[*]5 tin air (guna bekas tin susu untuk sukat air)
[*]11 sudu makan tepung kastad
[*]Biskut Marie (perisa kopi untuk lebih umpph)
[*]Serbuk Milo secukupnya
Cara-caranya:
1. Masukkan susu sejat, susu pekat, air dan tepung kastad ke dalam periuk.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/06/122441nk21zvagwo0a2bd2.png
2. Kacau bagi sebati, kemudian baru buka api sederhana.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/06/122440w6phucsjhtc6zb8j.png
3. Kacau sampai pekat dan berkilat, tutup api.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/06/122440sz6cnsibxsrxni5n.png
Langkah 4-6, rujuk video
4. Masukkan ke dalam loyang/bekas kecil secara berlapis.
5. Tuang adunan kastad, biskut dan tabur milo.
6. Ulang langkah 5 dan diakhiri dengan adunan kastad.
7. Selepas itu, kisar kasar sedikit biskut dengan milo, kemudian tabur sebagai topping. Siap!
8. Masukkan dalam peti ais, dah sejuk boleh ngap!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/06/123304fnt76in6p6v657t3.png
Kredit foto: Norliza Bahari
https://www.facebook.com/ResepiMeletop/videos/2053399508273862/
Selamat mencuba! - CARI
Sumber: Norliza Bahari & Resepi Meletop Boleh buat dengan kids ni {:iwant sedap dan mudah. nak cuba lah ;)
sedap dan mudah. nak cubalah :) terima kasih sbb share resipi tq share resipi.. nak cuba!! wa nice...dan juga sharing bahan2nya Dah try buat...mudah & sedap. Tapi akak tambah cream cheese :$ hatikudus replied at 11-9-2019 10:15 AM
Dah try buat...mudah & sedap. Tapi akak tambah cream cheese
pergh mantop kak
T.kasih resepi...mcm senang..kena cuba ni.. Edited by natrahn at 14-9-2019 10:50 PM
lututputih replied at 14-9-2019 10:13 PM
T.kasih resepi...mcm senang..kena cuba ni..
nanti post la gambar
Penah buat puding kastard guna santan. Lagi sedap dari guna susu bestnya resepi ni....sejuk je masuk kat tekak Betul2 sedap ni suka tiramisu. sebaada rasa coffee.
thanks utk resepi. nak mintak org buatkan. hehe hollahop replied at 26-9-2019 12:52 PM
suka tiramisu. sebaada rasa coffee.
thanks utk resepi. nak mintak org buatkan. hehe
hehehe pun boleh
sedapnya ni...sejuk je masuk ke tekak.. Weekend Ni, nak buat yg Ni. :lol::lol::lol: :drool3::drool3: Sedapnyaaaa
Pages:
[1]