akuMNdia Publish time 6-8-2019 03:56 PM

Majikan potong caruman EPF

Edited by akuMNdia at 6-8-2019 04:10 PM

Boleh ke majikan memotong/menarik balik caruman majikan (caruman tambahan sebanyak 5%) ke atas pekerja atas alasan KPI pekerja sangat rendah?

Untuk pengetahuan, pekerja diberi KPI yg rendah kerana:
1. masa rehat tengahari, pekerja keluar awal (10 - 15 minit awal) dan masuk lambat (10-15 minit lewat)

- alasan pekerja, pulang ke rumah utk uruskan suami yang sakit tenat (sakit kanser tahap 4). pekerja tiada anak atau saudara yg boleh bantu. pekerja juga menggunakan khidmat grab utk pulang ke rumah dan kembali ke pejabat.


2. mengambil cuti tanpa gaji

- alasan pekerja, utk menjaga suami sakit tenat sbb boss tak suka pekerja ambil masa lebih waktu rehat tengahari.

3. selama pekerja bercuti tanpa gaji, orang lain terpaksa buat kerja org yg bercuti tu. Majikan kata tak adil utk pekerja yang terpaksa buat kerja org yg bercuti.

Selain dari memotong/menarik balik caruman EPF, pekerja juga diletakkan dibawah pemerhatian selama 3 bulan.


Maklumat tambahan tentang pekerja:

- telah berkerja 25 tahun di syarikat yg sama
- tidak pernah ambil EL selama lebih 20 tahun - kerap EL hanya setelah suami sakit tenat.
- amat jarang ambil cuti sakit.

so, bolehkah majikan buat perkara mcm ni kat pekerja tersebut?



seller6183 Publish time 6-8-2019 04:19 PM

boleh. tu hak syarikat. sebab pekerja melanggar tatacara / perubahan prestasi kerja.
kalau dpt syarikat jenis flexible, nasib baik takde la kena mcm ni.

prettyuglybabe Publish time 6-8-2019 04:25 PM

kalau KPI rendah, apa hak majikan untuk kacau potongan epf or socso?
epf dan socso tu adalah potongan wajib yang tertakluk bawah akta..

epf ada carta dah disiapkan untuk kita follow..
sebagai contoh gaji rm2000, caruman wajib pekerja adalah rm220 dan caruman wajib majikan adalah rm260..
tak boleh kurang dari amount tu..
so u check balik gaji total berapa dan tengok pada carta epf..
kalau majikan bayar kurang dari yang ditetapkan, u boleh mengadu pada pejabat buruh..



akuMNdia Publish time 6-8-2019 04:28 PM

prettyuglybabe replied at 6-8-2019 04:25 PM
kalau KPI rendah, apa hak majikan untuk kacau potongan epf or socso?
epf dan socso tu adalah potong ...

caruman tetap mmg tak boleh tapi kalau caruman tambahan?

akuMNdia Publish time 6-8-2019 04:29 PM

seller6183 replied at 6-8-2019 04:19 PM
boleh. tu hak syarikat. sebab pekerja melanggar tatacara / perubahan prestasi kerja.
kalau dpt syar ...

terima kasih atas info.



msdummy.2018 Publish time 6-8-2019 04:30 PM

bukan caruman tambahan tuh atas pilihan pekerja ka???setau aku kalo kita xmeet prestasi, yg patut kena potong adlaah gaji...bukan epf...aku pun pernah kena gak sb KPI rendah..tp bos potong allowance bukan epf....

prettyuglybabe Publish time 6-8-2019 04:34 PM

akuMNdia replied at 6-8-2019 04:28 PM
caruman tetap mmg tak boleh tapi kalau caruman tambahan?

kalau caruman tambahan tu boleh..asalkan tak kacau caruman wajib..
ikutkan tambahan tu hak majikan nak bagi ke tak..
ala-ala kebajikan gitu..

akuMNdia Publish time 6-8-2019 04:35 PM

msdummy.2018 replied at 6-8-2019 04:30 PM
bukan caruman tambahan tuh atas pilihan pekerja ka???setau aku kalo kita xmeet prestasi, yg patut ke ...

caruman tambahan yg dalam kes ni caruman bahagian majikan, bukan pekerja.

tu la... selalunya gaji yg akan kena kacau.
mungkin gaji org berkenaan tak banyak agaknyer.


akuMNdia Publish time 6-8-2019 04:37 PM

prettyuglybabe replied at 6-8-2019 04:34 PM
kalau caruman tambahan tu boleh..asalkan tak kacau caruman wajib..
ikutkan tambahan tu hak majika ...
kena anggap tak ada rezeki jer la yer..

tapi kalau pekerja nak buat aduan atas sebabmajikan tak considerate boleh ke?
org tu ambil cuti tanpa gaji utk jaga laki sakit, bukannyer pergi berjimba.


awanysss Publish time 6-8-2019 04:38 PM

cuba consult pejabat buruh ke, industrial ke..

prettyuglybabe Publish time 6-8-2019 04:46 PM

akuMNdia replied at 6-8-2019 04:37 PM
kena anggap tak ada rezeki jer la yer..

tapi kalau pekerja nak buat aduan atas sebabmajikan t ...

benda macam ni susah nak cakap u..
sebab cuti tahunan, mc, EL semua tu hak majikan..
kalau dorang dah follow law tiap tahun cuti mc kena bagi banyak tu banyak ni, kita pekerja kena la ikut..
lebih tu atas ihsan company..
ikutkan betul la company u jaga juga kebajikan pekerja lain..
contoh beban tugas pekerja lain kena cover pekerja yang lama cuti..
so satu pihak terjaga satu pihak merana..
nak tak nak, kena la cari alternatif lain buat pekerja tu..
contohnya cari/upah caretaker untuk laki dia sementara dia gi kerja..

seller6183 Publish time 6-8-2019 04:51 PM

prettyuglybabe replied at 6-8-2019 04:25 PM
kalau KPI rendah, apa hak majikan untuk kacau potongan epf or socso?
epf dan socso tu adalah potong ...

betul, tapi kat atas tu ada mentioned caruman tambahan 5% maknanya tu caruman ihsan syarikat.
jadi syarikat berhak tarik balik ihsan tu. ok la dr tolak gaji.

prettyuglybabe Publish time 6-8-2019 04:52 PM

seller6183 replied at 6-8-2019 04:51 PM
betul, tapi kat atas tu ada mentioned caruman tambahan 5% maknanya tu caruman ihsan syarikat.
jad ...

haah.. i tak perasan tang caruman tambahan tu..refer post atas atas sikit :$:$

msdummy.2018 Publish time 6-8-2019 04:55 PM

akuMNdia replied at 6-8-2019 04:35 PM
caruman tambahan yg dalam kes ni caruman bahagian majikan, bukan pekerja.

tu la... selalunya ga ...
tp epf potong pun based on gaji..kalo gaji kena potong..automatically, jumlah epf pun kurang lahhh....yg xboleh bertukar %of kena potong..amount boleh bertukar

akuMNdia Publish time 6-8-2019 05:11 PM

msdummy.2018 replied at 6-8-2019 04:55 PM
tp epf potong pun based on gaji..kalo gaji kena potong..automatically, jumlah epf pun kurang lahhh ...

mungkin majikan tak nak nampak zalim agaknyer..
tak nak org mengata ..udah ler laki meninggal sbb kanser, kena potong gaji lagi..


akuMNdia Publish time 6-8-2019 05:15 PM

prettyuglybabe replied at 6-8-2019 04:46 PM
benda macam ni susah nak cakap u..
sebab cuti tahunan, mc, EL semua tu hak majikan..
kalau doran ...

betul gak tu.
kira dah nasib org tu jugak la dapat boss camtu..
boss department lain, boleh jer staff datang lambat dlm pukul 10 sbb staff tu kena uruskan mak ayah yang tak sihat.
yang dia ni plak.. amik masa lebih sikit tak boleh, amik EL pun bising, amik unpaid leave lagi la kena..
nak amik caretaker plak tak mampu.


msdummy.2018 Publish time 6-8-2019 06:01 PM

akuMNdia replied at 6-8-2019 05:15 PM
betul gak tu.
kira dah nasib org tu jugak la dapat boss camtu..
boss department lain, boleh jer...

i xnafilah mmg ada boss setan mcm tuh..esok kalo benda kena sama kat dia br nk insop agaknya.....

diggerr Publish time 6-8-2019 10:44 PM

Boleh buat repot ni
Pages: [1]
View full version: Majikan potong caruman EPF


ADVERTISEMENT