seribulan Publish time 6-8-2019 10:31 AM

[Takwil Puisi 023] Mana Kita...

Edited by seribulan at 7-8-2019 07:26 PM

Tahniah kepada pemenang @Foxey @KimK @meisapoya

Kadangkala Terasa...
*Pemenang dipilih berdasarkan poin penting yang dilampirkan dalam mentakwil dengan sajak ini

Jawapan Takwil Puisi


Kadangkala Terasa...
Penyajak memikirkan tentang masa yang dirasakannya berlalu pantas. Penyajak meminati seseorang dalam diam dan sentiasa berharap dapat meluangkan masa bersama insan tersebut. Dari sehari ke sehari, dari semasa ke semasa dia terfikir, adakah dia mempunyai kesempatan (masa) untuk meluahkan perasaannya itu. Dia masih mencari dan menunggu masa yang sesuai untuk memulakan langkah pertama


Puisi Minggu Ini

Mana Kita

Lama aku pendam
Diam
Tapi akhirnya
Aku kembali ke sini
Bukan utk sesiapa
Hanya utk luahan hati
Yang mana tiada yang peduli

Kecewa lagi
Walaupun cuba
Untuk kesekian kali

Ku tenung diri
Tapi masih hati
Retak beribu
Tidak perlu masa
Masa tak perlu ada

Yang penting
Adalah kita
Bila kita
Mahu jadi
Sebenarnya kita?

Nukilan Karya
@ati2027



@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@meisapoya
@takayama
@chicozinn
@aleX-S
@fahdramli

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201907/30/102956bwoea0zgu2njllvl.gif

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201907/30/103010adzkkj5jdwjt5t6v.gif

Foxey Publish time 6-8-2019 10:37 AM

Yeayyyyyy {:mlpop:}

Cubaan kali pertama membuahkan hasil lak. Tak sangka.

seribulan Publish time 6-8-2019 10:50 AM

Foxey replied at 6-8-2019 09:37 AM
Yeayyyyyy

Cubaan kali pertama membuahkan hasil lak. Tak sangka.

Tahniah {:1_152:} sila takwil lagi...ajak @matkpop :)

salmon-suki Publish time 6-8-2019 11:43 AM

Tahniah pd pemenang..hahahaha..tersadar jauh takwilan sy:lol:

Baidewei,thankssss momod..cam best jah..boleh ke nak htr puisi sy utk ditakwilkn?cewahhhhh..ahakssss~~;P{:mlshy:}

KakPahJ Publish time 6-8-2019 01:33 PM

Penyajak seorang pemendam rasa. Tak suka luahan hati menyusahkan orang lain. Lalu penyajak decide untuk menulis (diari atau online blog), untuk luahan hati diri sendiri. Sebab dengan cara tu, apa yang terbuku dihati penyajak dapat diceritakan walaupun tiada seorang pun yang peduli.

Setiap kali penyajak cuba untuk betulkan keadaan atau sesuatu, penyajak akan kecewa. Dia berasa hampa. Luluh.

Penyajak sedar dia ada hati dia sendiri yang dia perlu jaga, tak perlu peduli hati orang lain. Sebab bila pikirkan hati orang, hati penyajak makin luka. Susah nak rawat.

Penyajak decide dia untuk sayangi diri sendiri. Jaga hati sendiri dari peduli hal orang lain.

meisapoya Publish time 6-8-2019 03:24 PM

Wahh terima kasih... :loveliness::loveliness:

ati2027 Publish time 6-8-2019 08:46 PM

Thank youuuu @seribulan pilih puisi kita. Segan iols.

diggerr Publish time 6-8-2019 08:47 PM

Penulis meluahkan rasa hatinya yang berbentuk kekecewaan. Ia kembali meluahkan rasanya di tempat yang sama. Walaupun berusaha untuk menyembukan, kekecewaan itu masih ada. Penulis berasa kecewa kerana tidak mampu menjadi diri sendiri dan terpaksa mengikut acuan orang sekeliling. Dan perkaran ini masih belaku, yang mana kita tidak menjadi diri sendiri.

berakit2kehulu Publish time 7-8-2019 12:58 PM

Penulis seorang yang suka memendam rasa. Dalam banyak situasi penulis kerap memilih mendiamkan diri. Penulis menjadikan tulisan sebagai medium untuk meluahkan rasa yang terbuku dihati.

Penulis kerap kali dikecewakan. Mungkin penulis cuba untuk meluahkan pada seseorang tapi tak berjaya atau tak dipedulikan.

Penulis mengimbas kembali semua yang pernah terjadi. Kekecewaan yg masih kekal dihati masih belum terubati. Hati masih mati walaupun dah lama masa berlalu, tetap juga tak mampu nak ubati hati.

Semua yang jadi terpulang pada kita untuk menanganinya. Positif kita terima, positif la jadinya. Percayalah pada diri sendiri.

P/s: iolls suka pulak dengan benang puisi mcm ni. Layannnn

Foxey Publish time 7-8-2019 10:33 PM

seribulan replied at 6-8-2019 10:50 AM
Tahniahsila takwil lagi...ajak @matkpop

Terima kasih mod!


Foxey Publish time 7-8-2019 10:36 PM

salmon-suki replied at 6-8-2019 11:43 AM
Tahniah pd pemenang..hahahaha..tersadar jauh takwilan sy

Baidewei,thankssss momod..cam best...

Terima kasih sis



Fox pun tak sangka sebenarnya. Mungkin beginner's luck sahaja :D

salmon-suki Publish time 7-8-2019 11:37 PM

Foxey replied at 7-8-2019 10:36 PM
Terima kasih sis




Xdelaa tu. Maksudnya berbakat laa dlm takwilan puisi..hihihi

Choichoi Publish time 8-8-2019 12:22 AM

First time I tau apa tu takwilan. Sampai Google Google. Oh my bahasa sgt!! Anyway congratsssss youu

-adnil- Publish time 9-8-2019 09:56 AM


Penulis mencuba nasib untuk kesekian kalinya meluahkan perasaan setelah lama memendam.

Meluahkan perasaan untuk memuaskan hati sendiri walaupun tiada yang mendengar rintihan hatinya.

Akhirnya kecewa seperti yang dijangka.

Lalu mengenang nasib diri dan hancurnya perasaan yang tidak mungkin pulih selamanya.

Walau apa pun yang berlaku, tetap berpegang dengan pendirian dan jati diri

krimkraker Publish time 9-8-2019 10:24 AM

Puisi 'Mana Kita' mengisahkan kedukaan seseorang akibat memendam rasa. Seseorang yang merasakan dia sudah kehilangan dirinya.

Rangkap pertama menjelaskan si dia sering menyembunyikan perasaan apabila menghadapi sesuatu dugaan atau cabaran. Memilih untuk berdiam diri kerana itu dirasakan terbaik. Namun akibat sudah tidak tertahan lagi, dan tiada sesiapa yang peduli akan dirinya, dia menggunakan penulisan sebagai salah satu cara untuk dia mencurahkan isi hatinya.

Si dia menjelaskan tentang kekecewaannya. Si dia pernah mencuba untuk meluahkan perasaan kepada seseorang, namun usahanya tidak berhasil. Bukan sekali, tapi berkali-kali namun tetap tidak berjaya.

Si diabermuhasabah diri. Mendalami isi hatinya sendiri. Dia sedar sekeping hatinya sudah terluka. Biarpun bernyawa, ia bagaikan mati. Masa kian berlalu, namun tetap tidak dapat menyembuhkan kedukaan hatinya.

Kesimpulannya, semuanya terpulang pada diri sendiri. Bersikap jujur biarpun ia kepedihan bagi orang lain, demi menjaga hati sendiri atau terus mengutamakan perasaan orang lain dan membiarkan hatinya terus mati. Setiap keputusan yang diambil akan mempengaruhi diri kita.


P/s: maaf kalau salah takwilan. saya budak baru belajar...

Rob07 Publish time 9-8-2019 09:32 PM

Penyajak ingin meluah kan lagi kekecewaan dan semua yg sering terbuku dan terpendam di hati nya. Dia sedih dan kecewa kerana selama ini tiada siapa yangbenar2 sudi mendengar dan menghargai luahan hatinya.Walaupunpenyajak masih di landa kekecewaansetelah   meluah kan perasaandan kekecewaan hati nya..tapikini dia sudah tak kisah.. kerana dia sedar sudah tiba masa nya untuk dia menjagadan merawat hati nya sendiri . Tidak perlu lagi bagi nya untuk bertindak menggembirakan hati orang lain dan membiarkan hati dan perasaan nya terluka bersendirian.Kekecewaanmengajar penyajak untuk memilih apa yg terbaik untuk diri nya sendiri dan apa yang dia mahukan dalam kehidupan nya kini.

p/s Itu lah kadang2 tu kita ni terlalu nak menjaga dan menyenang kan hatiorang , tapi sebalik yahati kita sendiriyang sering terluka. Sebab tu apa juga yang kita buat kena berpada pada. Nak sayang kan orang lain pun.. kena berpada pada jugak.Jangan sampai termakan diri sendiri..

Rob07 Publish time 9-8-2019 11:15 PM

Rob07 replied at 9-8-2019 09:32 PM
Penyajak ingin meluah kan lagi kekecewaan dan semua yg sering terbuku dan terpendam di hati nya. Dia ...

Timakasih MOD.. Selamat hariraya Maaf zahir & batin !

Snack_Fruit Publish time 10-8-2019 12:26 PM

Penyajak mungkin berpesonaliti introvertdimana dia ada banyak rasa yang berbuku cuma tak terluah.

Penyajak juga berbelah bahagi rasa dalam menyampaikan apa dalam hati beliau sebab tu penyajak banyak mempersoalkan mana/apa sebenarnya yang dia nak kena lakukan.

Tapi dalam masa yang sama penyajak ni ambil kira pandangan orang lain dalam mengatur hala tuju dia.

Harap iolls tak tersalah takwil:lol:

orgsepang Publish time 10-8-2019 08:49 PM

Penulis telah membawa diri dengan hati terluka tapi perasaan terhadap orang yang tidak peduli padanya masih membara.
Penulis berharap kembalinya dia akan membuka hati orang yang tersayang namun penulis kecewa lagi.
Penulis akhirnya sedar dia tidak mampu mengubah hati orang lain tetapi perlu mengubah dirinya sendiri agar tidak terus terluka.

bungalavender19 Publish time 11-8-2019 12:01 AM

Lebih baik jd diri sendiri..
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 023] Mana Kita...


ADVERTISEMENT