Brownies Kedut Oreo, Kek Padat Yang Mudah Dibuat Sedap Dimakan
Edited by trunks at 8-8-2019 02:57 PMBrownies kedut merupakan satu-satunya kek bantat yang sedap dimakan dan mendapat permintaan tinggi.
Nama brownies diambil daripada the deep brown colour of cookies. Salah satu pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai tambahan lagi apabila digabungkan bersama aiskrim vanila.
Wah, lazatnya. Pasti sudah terliur, kan?
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/123915v90qqn6n6wlqqq3z.png
Foto Kredit: FB Azlina Ina Fans
Jom cuba resipi dari pembuat kek viral terkenal, Cikgu Azlina Ina yang tidak lokek berkongsi cara membuat pelbagai jenis kek di laman Facebook beliau.
Bahan-bahan :
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/121607cupmtdsyyg4d4ora.png
150 gram mentega
1 cawan gula perang halus
350 g coklat masakan (resepi asal guna coklat masakan jenama Dark Beryls)
3 biji telur ayam
90 g tepung naik sendiri
30 g biskut oreo (hancurkan)
Cara membuatnya:
1. Cairkan coklat masakan dan mentega menggunakan kaedah 'double boil'.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/122209ubocytusy4urcm4l.png
2. Satukan telur dan gula perang. Kacau sebati.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/124255zav40d30acvxo0cz.png
3. Satukan tepung naik sendiri dan biskut oreo yang telah dihancurkan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/122338e26mjyz0xf85xmua.png
4. Masukkan coklat masakan dan mentega yang telah dicairkan (langkah 1) dalam telur dan gula perang (langkah 2). Kacau sebati.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/122551ia19ouj3d19ii9vi.png
5. Seterusnya masukkan bahan kering - tepung dan biskut oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan di langkah 5.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/122739gflowzn8z6af8llj.png
6. Lapik loyang dengan baking paper dan tuang adunan. Susun biskut oreo atas adunan dan bakar pada suhu 140-150 darjah Celsius selama 45-50 minit menggunakan api atas dan bawah.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/123000fagfyz63dmx68tib.png
6. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201908/05/123358ny9ilim66t7xiym8.png
Selamat mencuba!
Tip: Panaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum mula menyediakan adunan. - CARI
Sumber: Azlina Ina Fans Sedapnya..saya dh buat tapi versi tak letak oreoo kenapa di label kan kek bantat? kesian brownies .. bantat lah pulak hahahaha! Rob07 replied at 5-8-2019 10:30 PM
kenapa di label kan kek bantat? kesian brownies .. bantat lah pulak hahahaha!
sebab adunan brownies tak perlu dipukul sampai kembang
Sedap nye brownies, lama tak buat sebab malas. Bila sesekali buka oven i suka buat kek gula hangus sebab bahan2 simple, memang dah ada dalam rumah. amyza replied at 6-8-2019 09:51 AM
Sedap nye brownies, lama tak buat sebab malas. Bila sesekali buka oven i suka buat kek gula hangus s ...
Bagi la resepi kek gula hangus tu sis, boleh kita try pulak :$
euwwww...dah lah coklat di tambah oreo lagi...sorry akak tak tau mana sedapnya oreo tu hatikudus replied at 6-8-2019 03:15 PM
Bagi la resepi kek gula hangus tu sis, boleh kita try pulak
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sb marjerin
1 cawan tepung kek (i guna tepung gandum je)
1 cawan susu pekat
2 sk soda bikarbonat
4 biji telur (3biji pun boleh)
-masak gula hingga cair & perang
-masukkan air panas perlahan2
-masukkan marjerin
Bekas lain:
-putar telur dan susu sampai pekat
-masukkan tepung sedikit2 & gaul sebati
-masukkan larutan gula tadi & gaul sebati
-tuang dalam loyang yg telah disapu marjerin
-bakar 160-170'c, 45min
*cucuk dgn lidi nak tau dah masak ke belum
*jangan letak baking powder
Biasa i buat 2adunan, makan 1family.Untuk 1st try boleh lah buat 1adunan dulu. amyza replied at 6-8-2019 07:55 PM
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sb marjerin
Thank you so much sis! Nah munga {:1_149:}
tak minat oreo. so aku buat brownies biasa je.. Maksud bantat
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bantat ada yg x tahu maksud bantat ke tu CARI-MAMS replied at 7-8-2019 12:00 PM
ada yg x tahu maksud bantat ke tu
hihi.. takut ada yang salah faham...
Sound deliciousss{:cryrun wahh menarik ni , nk try buat lah :lol: teriurr malm malam giniii hewlppp sedappppp!! balik kang nak beli bahannnnnn Sedapp nyer tgk... Nk try godek la respi ni blh try ni :drool3::drool3:
Pages:
[1]