AisyahHazwany Publish time 2-8-2019 04:26 PM

Tips Merawat Kulit Sensitif

Jangan risau kulit sensitif boleh dirawat ! Caranya sangat mudah dan selamat untuk kulit kembali pulih dan sihat.
.
1. Gunakan pelembap wajah
– Untuk yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif gunakan kaedah ini untuk kembali lembapkan kulit. Sebahagian besar kulit mempunyai kira-kira 80 peratus air, tetapi permukaan kulit hanya menampung hingga 30 peratus air sahaja. Untuk menyembuhkan dan melindungi kulit wajah sensitif dari keradangan dan jangkitan, maka kelembapan di lapisan permukaan perlu untuk dipertahankan. Pelembab mengembalikan kelembapan kulit wajah. Elakkan pelembap yang mengandungi minyak yang berlebihan.
.
2. Gunakan Sun Protector Factor (SPF)
– Sun Protector/Sunscreen atau Sun Block sebenarnya amat penting untuk kulit. Sun Protector berfungsi untuk melindungi kulit kita dari terdedah dengan pancaran matahari. Untuk menjaga kolagen dan melanin dalam kulit wajah kita, Gunakan Sun Protector yang mengandungi SPF 30 dan ke atas. Elakkan Sun Protector yang yang mengandungi wangian, bahan berasid dan minyak.
.
3. Elakkan pemakaian scrub muka dengan kerap
– Walaupun kita mencuci wajah dua kali sehari, cara yang terbaik adalah tidak menggunakan scrub wajah lebih daripada sekali atau dua kali seminggu. Untuk seseorang dengan kulit sensitif, cucilah dengan lembut, dan kurangkan penggunaan scrub yang boleh merangsang kulit kita.
.
4. Produk kosmetik yang selamat
– Pilih produk kosmetik yang sesuai. Pilih produk yang tidak hanya mempunyai antioksidan yang kuat, tetapi juga bahan-bahan anti keradangan. Cuba menggunakan serum. Ia bukan hanya mengandungi vitamin C yang baik untuk pertahanan kulit, tetapi juga mengandungi antioksidan.
.
5. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang
– Perkayakan makanan kita dengan pengambilan rempah-rempah anti keradangan, misalnya kunyit, halia, kayu manis dan lada hitam. Manfaatkan rempah-rempah untuk mengurangkan keradangan pada kulit, dan mencegah garis-garis halus dan kedutan. Elakkan mengambil makanan yang tidak sesuai dengan kita jika kita mengalami masalah alergik. Elakkan makanan bergoreng atau berminyak, lebih baik ambil makanan yang natural dan tanpa proses.

ahmadkacak Publish time 11-8-2019 01:08 AM

Edited by ahmadkacak at 10-8-2019 05:20 PM

ataupun boleh cuba lihat sini kulit mukadannaikkan seri wajah

julia5094 Publish time 22-8-2019 10:48 AM

Normally kulit sensitif ni pH dia lebih tinggi berbanding kulit normal. So kena cari produk yang pH yang lebih berasid. Normaly kat produk2 dia tulis pH balance..

Jemahjemah Publish time 23-8-2019 09:13 PM

julia5094 replied at 22-8-2019 10:48 AM
Normally kulit sensitif ni pH dia lebih tinggi berbanding kulit normal. So kena cari produk yang pH...

Good info. Thankss
Pages: [1]
View full version: Tips Merawat Kulit Sensitif


ADVERTISEMENT