seribulan Publish time 30-7-2019 11:24 AM

[Takwil Puisi 022] Kadangkala Terasa...

Edited by seribulan at 30-7-2019 10:31 AM

Tahniah kepada pemenang

GARIS PEMISAH

@takayama @meisapoya

*Pemenang dipilih berdasarkan poin penting yang dilampirkan dalam mentakwil dengan sajak ini

Jawapan Takwil Puisi

Garis Pemisah

Penulis terlihat seseorang yang ensembles arwah ayahnya.Lalu mengimbau kenangan membesar dengan seorang ayah, dengan penuh kasih sayang dan tangunggjawab sesempurna seadanya. Dia sentiasa merindui ayahnya hingga dalam mimpi namun dia tahu mereka masih berada di dunia yang berbeza. Dia berdoa agar dapat dipertemukan semula di sana yang abadi.

Puisi Minggu Ini


Kadangkala Terasa


Kadangkala terasa
terlalu banyak masa
kadangkala terasa
masa yang ada bagaikan tiada

telah tertulis
tentang ruginya manusia
bila bermain dengan masa
masa dijadikan alasan
masa dijadikan ukuran
masa dijadikan harapan

selalu berharap
punya banyak masa
untuk bertemu
walau tiada kata, hanya kelu
selalu berharap
masa itu terhenti
biar saat terindah
terus di sisi

masih adakah masa
untuk aku meluah rasa?


Hasil nukilan,
@bianglala


@AlterEgo


@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@meisapoya
@takayama
@chicozinn
@aleX-S
@fahdramli

meisapoya Publish time 30-7-2019 11:32 AM

Wahh terima kasih! :loveliness:

adila39 Publish time 30-7-2019 11:55 AM

awesome poem!

krimkraker Publish time 30-7-2019 12:03 PM

Wah....rindunye nak mentakwil....

salmon-suki Publish time 30-7-2019 01:12 PM

Wahhhhh..masehhh tag sy...y ni mcm a bit tricky sket kat rangkap bawah2 tu..hihihi..tp sy cuba ye..tggu smpai rumah dlu:lol:

Foxey Publish time 30-7-2019 02:57 PM

Hmm... Sajak atau puisi ni is not my strong suit. Hence my reluctance to try menakwil puisi sebelum ni. Tapi untuk tidak menghampakan jemputan mod @seribulan kali ni, i will give it a try. Though i may sound a bit silly with my interpretation :$

Here it goes:

Penulis berpandangan masa tidak menunggu sesiapa. Ia tetap berlalu, cepat atau lambat. Cepat bilamana kita sibuk dan punya 1001 benda nak buat dalam sesuatu tempoh dan terasa tak cukup.Lambat, bila kita takde apa nak buat, bila menunggu sesuatu - seperti giliran di klinik, atau menunggu kepulangan/kehadiran seseorang yang dirindui atau sesuatu yang dirasakan penting.

Penulis juga meminjam tafsiran ayat kedua Surah Al Asr, "Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian". Manusia biasanya menjadikan masa sebagai alasan untuk berbuat atau tidak berbuat sesuatu, dijadikan ukuran dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan, dan dijadikan harapan bila merancang masa depan.

Penulis mungkin merindui keluarga atau kawan2, yang mana jarang dapat berjumpa. Oleh itu, penulis berharap mempunyai masa yang cukup untuk diluangkan bersama mereka. Namun, bila berasakan bahagia di samping keluarga atau kawan2, penulis mengharapkan agar masa bisa berhenti, agar penulis dapat terus berada dalam kebahagiaan itu.

Penulis mungkin meminati seseorang untuk sekian lama. Dan tidak pasti samada masih berpeluang untuk mendekati orang yang diminati untuk meluahkan perasaan yang terpendam.

fahdramli Publish time 30-7-2019 03:14 PM

Yes sat lagi i takwil yong

miss_wawa Publish time 30-7-2019 07:54 PM

Boleh ke kalau sis nak cuba. Tak pernah try sebelum ni. {:1_545:}

Penulis menukil tentang rasa hatinya yang berbolak balik berkenaan masa. Sedangkan itu adalah sifat semua manusia. Yang sukar untuk bersyukur dan menghargai masa-masa yang ada.

Manusia seringkali mensia-siakan masa yang ada termasuklah penulis yang asyik tertanya-tanya apakah ada masa untuk dia meluah rasa sedangkan pada hakikatnya, manusia tidak perlu menunggu, sebaliknya mengambil segala kesempatan yang ada untuk meluah rasa itu sementara ia masih tersisa.

Maaflah kalau lari sangat dari maksud sebenar.

KIM.K Publish time 31-7-2019 12:16 AM

Saya cuba.
Penulis membicarakan tentang jodoh dengan pujaan hatinya. Beliau contemplate sama ada telah tiba masa yang sesuai untuk meluahkan isi hatinya yang tulus
Penulis ini saya kira merupakan graduan yang masih belajar. Ia selalu bersua dengan pujaannya tetapi tak menyampaikan perasaan sayang
Ia merasa 'terlalu banyak masa' sewaktu bercuti semester atau menggambarkan pengajian 3 tahun yang panjang itu. Ketika musim exam beliau merasa 'masa ada bagaikan tiada' kerana tak cukup waktu nak belajar

Penulis memetik ayat Surah Al Asr ketika membayangkan pengajiannya yang sentiasa sibuk terkejar-kejar nak catch up dengan pelajaran. Beliau cuba melakukan yang terbaik kerana tidak mahu membazir peluangnya di universiti. Inilah juga alasan beliau tidak confess kepada si dia

Penulis selalu berharap dapat menghabiskan lebih masa bersama si dia, yang mengurangkan tekanan kerja dan mendamaikan jiwa. Walaupun selalu berkomunikasi dengan si dia tapi belum lagi beliau luahkan kerana malu. Beliau masih berharap mendapat lebih peluang untuk mendekati si dia, mengenali seterusnya menyunting sebagai kekasih

salmon-suki Publish time 31-7-2019 07:00 PM

Okeh..utk tafsiran puisi "kadangkala terasa" ini,pd pendapat sy,penulis bercerita mengenai pentingnya masa bersama org y disayangi...tetappi sayangnya,masa itu tidak digunakan dgn sebaik-baiknya dan yang tinggal dalam diri penulis hanyalah kekesalan (rangkap terakhir)..hihihi~:laugh3:

Sudah tumpul daya pemikiran ku..aduhaiii~:(

berakit2kehulu Publish time 1-8-2019 01:19 PM


Saya cuba jugak ye

Hidup manusia di dunia memang berpaksikan masa. Segalanya memerlukan masa. Kadang2 tak sedar betapa cepatnya masa berlalu. Kita selalu gunakan alasan masa, tak cukup masa, tak sempat, dah lambat nak kejar masa. Semuanya akan jadi ok kalau kita pandai atur masa sebaiknya.

Penulis mungkin harap dia ada banyak masa untuk diluangkan dengan orang tersayang.
Terlalu sibuk dengan urusan harian masing2 sampai tak banyak masa untuk bersama.
Penulis teringat waktu2 indah bersama & berharap semua tu kekal tanpa perubahan masa.
Penulis juga berfikir sempat lagi ke dia nak meluahkan perasaan yg terpendam sekian lama atau pun dah terlambat di bawa masa.

-adnil- Publish time 1-8-2019 03:44 PM

Nukilan penulis mengenai masa yang adakalanya terbuang begitu saja, adakalanya pula dipenuhi urusan yang tak ada penghujungnya.

Hakikatnya manusia selalu lupa dan alpa dalam menguruskan masa, tidak mendahului perkara yang penting.Sering mengelak dan membuatkan orang lain tertunggu-tunggu.

Penulis mengharapkan dapat bertemu seseorang yang istimewa biarpun tanpa suara dan biarkan waktu tidak beredar bagi menikmati detik-detik yang ditunggu-tunggu itu.

Tertanya-tertanya masihkah ada peluang dalam mencurahkan isi hati.

meisapoya Publish time 4-8-2019 01:14 PM

Edited by meisapoya at 4-8-2019 01:15 PM

Mengisahkan tentang masa. Masa yang kadang terasa singkat, kadang terasa panjang untuk meluah rasa kepada yang tersayang. Namun luahan rasa itu selalu ditangguhkan ke lain masa kerana tiada keberanian. Penulis masih tercari masa untuk meluangkan masa bersama tersayang, walau sedikit untuk mengabadikan kenangan manis bersama.

Akhir kata, bila nak confess??

bianglala Publish time 5-8-2019 06:33 AM

thank you seribulan {:1_149:}

binipopeye Publish time 5-8-2019 10:41 AM

Dalam menuju dewasa dan bekerjaya... percayalah para pelajar...

pendidikan memang tidak menjaminkan kejayaan... tapi tanpa pendidikan akan membuatkan kehidupan menjadi lebih rumit... cari lah ilmu.. cari lah pengalaman... ia akan membuatkan hidup lebih matang & bahagia..

takayama Publish time 5-8-2019 12:07 PM

ehhh x dpt tagged dr momod seri

thanks sbb terpilih lg :loveliness:

takayama Publish time 5-8-2019 12:14 PM

Untuk puisi ini, penulis membawa kita untuk merenung betapa pentingnya masa itu kepada manusia, acapkali manusia suka membuang masa dan kemudiannya mencari masa jua yg akhirnya manusia juga yang rugi kerana masa itu berlalu begitu shj
penulis juga mencari masa yang sesuai untuk menyatakan isi hatinya utk insan tersgy dan berharap pabila masa itu smp ianya akan terhenti seketika utk mengabadikan momen2 yg indah




btw nice poem
agak kelaut juga nk menyelami isi hati penulis :L

duradanis Publish time 5-8-2019 03:37 PM

Demi masa.Sungguh,manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.


Ini menunjukkan orang yang tak punya apa2 kat dunia pun masih memiliki masa.Ia hanya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan masa.Orang yang sentiasa membazirkan masa dia untuk benda yang tak berfaedah sesungguhnya dia adalah orang yang dalam kerugian.MasyaAllah..sesungguhnya aku masih tergolong dalam golongan orang yang rugi ini.

binipopeye Publish time 5-8-2019 03:45 PM

terima kasih seribulan {:1_138:} nice of u...

KakPahJ Publish time 5-8-2019 06:05 PM

Setiap hari, kita diberi masa sebanyak 24 jam untuk digunakan. Kita selalu rasa macam 24 jam tu tak cukup. Rasa macam tak sempat nak buat macam benda. Dari bangun pagi, tahu-tahu dah tengah hari, tahu-tahu dah malam. Setiap hari kita bergantungan dengan masa.

"pukul berapa nak makan?'"

"kita jumpa minggu depan la."

"kita cuma ada hari ni untuk siapkan tugas ni."

kita berharap ada banyak masa. manfaatlah sebaiknya.
jika lama tak ketemu rakan, berjumpalah.
jika lama tak balik ke kampung halaman, pulanglah.
jika dah lama tak tahajud, sujudlah.

masa tak akan tunggu kita. yang terlepas, akan berlalu begitu saja. masa tu sesal pun tiada guna.

sesunggahnya manusia itu dalam kerugian.
Allah dah bersabda, manusia kerugian dengan masa. Melainkan yang beramal soleh dan bertaqwa.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran" - (Al-'Asr 103)
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 022] Kadangkala Terasa...


ADVERTISEMENT