vivilam Publish time 29-7-2019 05:24 PM

Harga baru Streamyx RM69, RM89 sebulan

Edited by trunks at 29-7-2019 06:08 PM

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan pengguna Streamyx bakal menikmati Internet berkelajuan sehingga RM8Mbps dengan tawaran harga serendah RM89 sebulan manakala pelanggan sedia ada menikmati tawaran itu serendah RM69 bermula September ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Kumpulan TM, Rosli Man sebagai penyelesaian kepada gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang meminta syarikat telekomunikasi itu menyelesaikan pelbagai aduan rakyat berhubung perkhidmatan Internet termasuk tidak menepati kelajuan memuaskan selain harga terlalu tinggi.

Rosli berkata, pihaknya hari ini menyerahkan pelan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu 934,000 pengguna Streamyx di seluruh negara memperluas liputan dan kualiti Internet.

“Hari ini, kami mengumumkan pengimbangan semula tarif kepada pelanggan Streamyx yang selama ini setia dengan TM, jadi pengguna sedia ada akan menikmati pakej baru pada harga RM69 sebulan dengan data berkelajuan sehingga RM8Mbps.

“Bagi pelanggan baharu mahu menggunakan Streamyx berkelajuan 8Mbps pula akan menikmati tawaran harga RM89,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kembara Digital Malaysia 2019 di Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh, hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan turut dihadiri Gobind.

Rosli berkata, bagi mengatasi kekangan jalur lebar perkhidmatan itu, TM menggunakan rangkaian tembaga menerusi pelbagai teknologi hibrid termasuk fiber, ‘wireless’ dan ‘Gigawire’ yang dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini hingga 2021.

“Dijangkakan, sebanyak 70 peratus daripada kumpulan pelanggan ini akan dapat menikmati perkhidmatan berkenaan menjelang akhir tahun depan.

“Dulu, pelanggan Streamyx mengadu mereka bayar mahal tapi tidak mendapat kelajuan Internet tinggi dan kita cari penyelesaian terbaik dengan menaik taraf kelajuan Internet lebih tinggi dalam tempoh setahun hingga setahun setengah,” katanya.

Sementara itu, Gobind berkata, kementeriannya memandang serius dalam memastikan infrastruktur jaringan jalur lebar dinikmati semua rakyat dengan mengumumkan beberapa strategi termasuk Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).

“Sasaran kita untuk memastikan 98 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai akses Internet dan bagi memastikan perkara itu, kita adakan pelbagai program untuk menunjukkan kepada rakyat cara menggunakan Internet dalam kehidupan seharian,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2019...9-rm89-sebulan


meow_tompok Publish time 29-7-2019 06:06 PM

rm89 utk 8mb. nasib dah tukar maxis dpt 30mb with same price

trunks Publish time 29-7-2019 06:12 PM

Itu okla dari pakej hanat dulu 1mbps pun dah 120rm kot.kawan saya masih guna
sebab area dia cuma ada coverage 1mbps dengan harga tak menahan
mahal.

CiliPadiSedap Publish time 29-7-2019 06:13 PM

meow_tompok replied at 29-7-2019 06:06 PM
rm89 utk 8mb. nasib dah tukar maxis dpt 30mb with same price

untung lah ada maxis tempat kaka harapkan piring takut hujan je

meow_tompok Publish time 29-7-2019 06:22 PM

CiliPadiSedap replied at 29-7-2019 06:13 PM
untung lah ada maxis tempat kaka harapkan piring takut hujan je

ye la tu kaka. abis tu kaka masuk porem pakai internet cap apa

CiliPadiSedap Publish time 29-7-2019 06:46 PM

meow_tompok replied at 29-7-2019 06:22 PM
ye la tu kaka. abis tu kaka masuk porem pakai internet cap apa

pakai time je.:lol:

meow_tompok Publish time 29-7-2019 09:57 PM

CiliPadiSedap replied at 29-7-2019 06:46 PM
pakai time je.

TIME... ciss mendatangkan rasa dengki jer kat hati iouls... dah la murah nak mam... laju bertiang dari maxis... me mampu redha jela pakai apa yg ada.

Xim Publish time 1-8-2019 04:42 PM

kecewa :'( haritu khbr angin rm59 . haih

my_mouth Publish time 2-8-2019 11:15 AM

trunks replied at 29-7-2019 06:12 PM
Itu okla dari pakej hanat dulu 1mbps pun dah 120rm kot.kawan saya masih guna
sebab area dia cuma ad ...

samalah... kat kampung aku pun masih guna pakej ni :L

trunks Publish time 2-8-2019 03:36 PM

my_mouth replied at 2-8-2019 11:15 AM
samalah... kat kampung aku pun masih guna pakej ni

kampung saya pun hehe.itupun bersyukur ada juga yang
unlimited kan? tapi sekarang mobile ada unlimited quota
Digi infinite..160rm sebulan..tapi iyela bukan kat kampung2
ada coverage Digi sangat..

SooAh Publish time 14-8-2019 03:27 PM

haih... naseblahh kampung xde unifi terpaksa pakai streamyx.. alhamdulilah da turun harga.. kalau x sakit hati setakat 1mbps tp bulanan 120... nak tnya kalau time kite request dia akan pacak tiang ke kt kawasan kita?

trunks Publish time 14-8-2019 06:14 PM

SooAh replied at 14-8-2019 03:27 PM
haih... naseblahh kampung xde unifi terpaksa pakai streamyx.. alhamdulilah da turun harga.. kalau x...
nak tnya kalau time kite request dia akan pacak tiang ke kt kawasan kita?
maksud awak TIME dotCom Bhd?


tak semudah itu nak request nya.sedangkan Unifi pun bukan bagi pun.
dia nk ramai customer dulu yang requst,baru dia buat..kalau takat sorang
sahaja,tak ada pun dia layan. lagi pun Time ni dia fokus pada
bangunan tinggi.

SooAh Publish time 15-8-2019 11:26 AM

trunks replied at 14-8-2019 06:14 PM
maksud awak TIME dotCom Bhd?




haa. time dotcom bhd..
ohh susah jugak lah gitu.. mmg streamyx je la harapan huhu thank you..

Melorqe Publish time 19-8-2019 11:32 AM

my_mouth replied at 2-8-2019 11:15 AM
samalah... kat kampung aku pun masih guna pakej ni

orang TM kata tak semua tempat dpt coverahe unifi lagi
mana yg dah ada facility unifi diaorang suruh tukar pakej dari streamyx ke unifi
aku pernah tak mau tukar streamyx, memang slow gila streamyx.
sekarang dah pakai unifi ok lah.

rayriff Publish time 26-8-2019 06:14 PM

meow_tompok replied at 29-7-2019 06:06 PM
rm89 utk 8mb. nasib dah tukar maxis dpt 30mb with same price

ikut kawasan la meow. kalau ada line dan better offer bestlah. kalau kawasan yang ada streamyx jah, hadap je la

meow_tompok Publish time 26-8-2019 08:14 PM

rayriff replied at 26-8-2019 06:14 PM
ikut kawasan la meow. kalau ada line dan better offer bestlah. kalau kawasan yang ada streamyx jah ...

begitulah nasib diriku dolu dolu... bertahun bertabah dgn streamyx yg mahal tu

aziz79 Publish time 30-8-2019 09:08 PM

Mahal dan mengecewakan

GuaSayangMelaka Publish time 9-11-2019 06:48 AM

MINTA tm PULANGKAN WANG semua pelanggan TM zaman diap up smpi la ni ...

beribu raban buang duit tp tenet slow zmn Jepang ...;P
Pages: [1]
View full version: Harga baru Streamyx RM69, RM89 sebulan


ADVERTISEMENT