NmeeraR Publish time 28-7-2019 11:02 PM

Pembesaran anak kucing terbantut dan perut buncit. Apa tandanya? (Tolong!)

Saya ada 4 ekor anak kucing. Dah nak masuk usia 4 bulan. 3 ekor ini membesar elok je.
Cuma satu ekor ni, mcm terbantut, size badan kecik betul. masa usia nk masuk 2 bulan ada bawak jumpa vet, kebetulan time tu dekat kaki dia ada nanah sebab jangkitan.
Bila tanya vet, dia cakap mungkin time lahir, kurang dapat susu. so dia kata kena beli susu lain, tambag bg dia minum... then dia bg jugak vitamin utk kucing selera makan.

Dah cuba bagi susu, n vitamin. Memang adalah perubahan pada size badan. Cuma tak banyak.

Kucing ni aktif, makan pun ok je skang.

tp yg jadi masalahnya pula,berapa mnggu lepas bawak jumpa vet, perut anak kucing bukan main buncit sekarang.


Ada yg tahu biasanya perut buncit sbb apa ya???

Tanda FIP , cacing atau penyakit lain ye?


trunks Publish time 28-7-2019 11:13 PM

saya pernah ada kitten buncit juga,makan kuat
mcam susah nak kenyang..rupanya ada cacing
tapi kitten tu dah 'tak ada' .Vet cakap sebab
saya bagi makan Tuna wet food tu.

meisapoya Publish time 28-7-2019 11:17 PM

trunks replied at 28-7-2019 11:13 PM
saya pernah ada kitten buncit juga,makan kuat
mcam susah nak kenyang..rupanya ada cacing
tapi kitt ...

Tuna wet food tak ok ke? I ada bela sekor ni maknya tinggalkan dia sekor2. Tadi baru beli tuna wetfood yang ada campuran susu sekali...

trunks Publish time 28-7-2019 11:19 PM

meisapoya replied at 28-7-2019 11:17 PM
Tuna wet food tak ok ke? I ada bela sekor ni maknya tinggalkan dia sekor2. Tadi baru beli tuna wet ...

Tuna tu sepatutnya ok,kitten lain2 makan
ok aje..dia aje kot tak ok.

ohya tentang perut buncit tu,awak
belum bawa ke Vet lagi ya?

gelas_pelastik Publish time 28-7-2019 11:22 PM

Perut buncit, selera makan ok tak. Poo dia. Ok tak

meisapoya Publish time 28-7-2019 11:25 PM

Vetada bagi ubat cacing dah ke? Kalau dah, mungkin penyakit lain kot. FIP, batu karang mungkin jugak..

meisapoya Publish time 28-7-2019 11:29 PM

trunks replied at 28-7-2019 11:19 PM
Tuna tu sepatutnya ok,kitten lain2 makan
ok aje..dia aje kot tak ok.



Ooo gitu ke.. sbb sebelum ni, i bagi yang perisa ayam punya. Tapi tadi nak try beli yg tuna punya pulak..

Anak kucing i tu dah bawa ke vet & doktor dah bagi ubat cacing dah.. sekarang je perut buncit mungkin sebab selera makan dia kuat. Lagi seminggu kena bawak utk makan ubat cacing lagi. Time tu tgk apa komen doktor pulak..

pinklepie Publish time 29-7-2019 12:02 AM

Berdasarkan pengalaman saya, no 1 sebab cacing,tp kalau dah beri ubat cacing kira ni bukan masalahnya. No 2 sebab anak kucing termakan kibbles yg adult. Anak tak boleh makan kibbles kucing dewasa dia akan jadi sembelit. Selalu jadi bila anak p kacau makanan mak dia. No 3 sebab dia terjilat minyak angin:lol::lol:

Kalau semua yg di atas xda cuba palpate abdomen dia kalau xda ketulan dan normal kemudian perhati najis dan air kencing dia, kalau semua normal maknanya dia sihat n tak perlu risau dia cuma buncitsebab makan banyak;P;P

Tapi untuk kepastian bawala dia p vet umur macam tu dah boleh diberi vaksin pertama dah.

sarah82 Publish time 29-7-2019 12:42 AM

Pi deworm.. Sy baru ni bawa pi vet deworm

KIM.K Publish time 29-7-2019 01:14 AM

Sekarang tengah wabak hawar kucing, macam santau

Boleh bagi air kelapa untuk kucing sakit.

Nak gemuk kan kucing dan bulu panjang ada resepi air minuman: fish oil + kuning telur + susu + gula sikit

Kucing2 saya suka susu ada gula sikit

CiliPadiSedap Publish time 29-7-2019 05:36 AM

KIM.K replied at 29-7-2019 01:14 AM
Sekarang tengah wabak hawar kucing, macam santau

Boleh bagi air kelapa untuk kucing sakit.


kucing sis vokuru kaka bg coconut shake makin kembung. ohh. bagi air kelapa je ye. ok2

NmeeraR Publish time 29-7-2019 04:47 PM

trunks replied at 28-7-2019 11:19 PM
Tuna tu sepatutnya ok,kitten lain2 makan
ok aje..dia aje kot tak ok.



belum... ingat baru nak bawa nanti...

NmeeraR Publish time 29-7-2019 04:48 PM

gelas_pelastik replied at 28-7-2019 11:22 PM
Perut buncit, selera makan ok tak. Poo dia. Ok tak

makan ok je... poo kadang2 keras & kdg lembik.

NmeeraR Publish time 29-7-2019 04:50 PM

meisapoya replied at 28-7-2019 11:25 PM
Vetada bagi ubat cacing dah ke? Kalau dah, mungkin penyakit lain kot. FIP, batu karang mungkin jug ...

belum lagi....

KIM.K Publish time 29-7-2019 05:22 PM

CiliPadiSedap replied at 29-7-2019 05:36 AM
kucing sis vokuru kaka bg coconut shake makin kembung. ohh. bagi air kelapa je ye. ok2

Bersantan anak kucing tu Kaka. Myanmar kata ada bau kari puley

meisapoya Publish time 29-7-2019 05:54 PM

NmeeraR replied at 29-7-2019 04:50 PM
belum lagi....

Ooo kalau belum, better bagi ubat cacing lah. Samada pergi vet atau beli kat petshop/klinik dan suap sendiri. Sukatan ikut berat kucing. Kekerapan tu kena tanya jugak tu.

Biasa, cacing pon akan sebabkan kucing bantut & mati awal. Tu based on ape yang vet i cakaplah. Umur sebulan patut kena bagi dah ubat cacing.. kekerapan ikut umur kucing..

damia26 Publish time 10-8-2019 04:10 PM

Maybe cacing.. if not FIP.. kalau FIP mmg menyedihkanlah

fecivef607 Publish time 5-9-2022 04:33 PM

The mechanics of absurdle are identical to Wordle, or as close as I can make them. Among other things, they use very similar word lists. (There are actually two word lists in Wordle: one is a list of 2,315 words which can appear as answers, and the other is a list of 10,657 rather more obscure words which are allowed as guesses but will never appear as answers.) The major difference is behind the scenes.
Pages: [1]
View full version: Pembesaran anak kucing terbantut dan perut buncit. Apa tandanya? (Tolong!)


ADVERTISEMENT