Rachgreen Publish time 27-7-2019 11:06 PM

A day at a time

Adakah lebih baik kita mengambil sikap a day at a time, atau kita risaukan masa depan? Kadang kadang saya fikir, a day at a time sajalah, tak larat fikirkan whats beyond my control, tapi kadang kadang saya fikir perlu plan.

Apa pendapat anda? :loveliness:

redfox Publish time 28-7-2019 12:10 AM

Both. Ada hari kita jalani for the present but think for the future jugak.

Ivysaur Publish time 28-7-2019 01:05 AM

Plan but always remember Allah is the best planner

Achubam Publish time 28-7-2019 01:46 AM

Kadang2 bila asyik fikir future... Berdebar2 je rasa

KIM.K Publish time 28-7-2019 02:39 AM

Iols was not a day at a time person. Tau belajar je. Finally I had to do things on daily basis because Im building brand. Hari2 kena kayuh

little_sis Publish time 28-7-2019 06:22 AM

dlm keadaan skrg aku rasa sgt depress memikirkan masa depan, tgk progress org sekeliling pun aku dh rasa tertekan.. bukan la nk compare diri dgn org lain, cuma xleh nak elak.. hidup bukan kita sorg2..
honestly utk jangka panjang aku xde apa plan yg proper pun.. sedih gak bila jd camni.. tapi ada benda yg bukan dlm kawalan aku sebagai manusia..
apa yg boleh aku buat ialah.. teruskan hidup pada hari ni dgn sebaik mungkin.. yg esok hari atau masa depan, biar je apa nak jd tu jadi.. sbb xleh nak kontrol.. kalo nak pikir mmg depress jdnya..

RumiMenari Publish time 28-7-2019 10:10 AM

Not really a day at a time.. tp pd ms yg sama tak jugak terlalu buat plan..kl buat pun mgkin utk 1 jangka masa yg x lama..mgkin hnya plan utk seminggu.. dulu ye boleh plan utk perkara2 lebih 6 bulan, 2tahunakan dtg..tp seiring dgn usia, lebih mencari apa yg boleh kita sumbang utk waktu semasa drpd memikirkan sesuatu yg mungkin kita belum tentu dipanjangkan usia utk menikmatinya..

Dulu i selalu bising kt my hubby, tak fikir ke pasal planning kewangan? Apa dia rancang utk aset, saving, investment? Mcm mn plan sekolah & pendidikan anak? Apa yg dia bygkan anak lepas habis belajar nnt (pdhal anak br 3,4tahun time tu).. mungkin faktor i bekerja yg mmg dh terbiasa dgn konsep "next is this, after that is that, continue with those"...beraturrrrrr list dlm kepala, list post-it kt dinding, list dlm notebook... even bende2 remeh mcm baju raya/ baju wedding ahli keluarga pun i dh siapkan 5 bulan awal dgn tema warna yg spesifik mcm ditetapkan..will hunt for perfection..

Tp bl i settle down, mmg berubah 180 darjah.. i slow down pjalanan hidup i..mula2 mmg sakit..mmg perlu tabah n iman yg tggi..kl tidak mmg boleh sasau sbb mcm take d rest of life utk berubah menjadi menerima seadanya.. bila i hidup pada hari ni tanpa terlalu fokus/rancang masa depan, i sebenarnya lebih mencari kekurangan diri dan menerima org sekeliling..i tak mencari perfection sbb segala-galanya sebenarnya adalah rezeki drpd Allah SWT.. rezeki hidup hr ini dgn kesihatan yg baik, rezeki memiliki hari ini bukan sbb hasil planning pd waktu dulu semata2 ttp sbb Allah izinkan rezeki itu utk dinikmati..

Last 2years i sempat join story telling kt sekolah tadika anak i..i suka cikgu dia cerita mengenai seekor anjing yg hilang bintik hitamnya..anjing tu terlalu laju berlari utk dpt ape yg dia nak smpi hilang bintik kt badan dia..so utk dptkan bintiknya kembali, anjing tu perlu berjalan atau berlari dgn perlahan utk jejak semula kt mn yg dia tercicirkan bintiknya..so along pencarian tu, bnyk dia discover mengenai alam sekeliling termasuk la binatang2 yg selama ni dia x kenal pun... metaphore sgt crita tu bg i..wlpun diceritakan pd budak2 tp mesej tu seolah2 disampaikan utk i..


{:1_149:}

Rachgreen Publish time 28-7-2019 08:28 PM

redfox replied at 28-7-2019 12:10 AM
Both. Ada hari kita jalani for the present but think for the future jugak.

Hmm betul jgk tuu

Rachgreen Publish time 28-7-2019 08:29 PM

Achubam replied at 28-7-2019 01:46 AM
Kadang2 bila asyik fikir future... Berdebar2 je rasa

Yaa I'm like that also sometimes

Rachgreen Publish time 28-7-2019 08:30 PM

little_sis replied at 28-7-2019 06:22 AM
dlm keadaan skrg aku rasa sgt depress memikirkan masa depan, tgk progress org sekeliling pun aku dh...

Hmm I pun rasa depress jgk kdg2 but I'm working on it. :) tapi mmg susah.Rasa cm this world isn't fair

Rachgreen Publish time 28-7-2019 08:31 PM

RumiMenari replied at 28-7-2019 10:10 AM
Not really a day at a time.. tp pd ms yg sama tak jugak terlalu buat plan..kl buat pun mgkin utk 1 j ...

Wow very thorough.Mekasih sbb share ur life story

MenteriWanita Publish time 28-7-2019 11:23 PM

Sebenarnya hari2 yang kita rancang dgn baik akan terkait minggu, terkait bulan dan terkait tahun, orang yang gagal merancang, merancang untuk gagal,

Kalau kita tak pandai dlm hal2 plan ni, cari kawan yang bagus dlm hal ni, copy jer dia,

teringat jiran lama, anak ada 8 saya tanya memang nak 8 ke, dia ckp tak rancang pun, tibe2 dah 8, bahaya sgt cara dia, boleh effect anak dia, ekonomi keluarga dll.

pizzahait Publish time 29-7-2019 06:44 AM

both. ada yang i plan daily, ada yang plan years ahead.

in terms of kerja, ada daily, weekly, yearly. daily n weekly tu, biasalah. yearly punya pulak dah siap2 masuk dalam calendar. at least kalau i berhenti / transfer kerja, orang yang sambung tu tak susah dah, tinggal sambung je.

in terms of kehidupan, yes yang ni i akan plan ahead. kalau i mati, i taknak family i berantakan. harta / insurance / kwsp, bahagi ikut faraid. jangan berebut. wah macamkan banyak sangat je harta ;P

in terms of financial, pun i plan ahead. monthly saving kena ada sebab kita tak tahu bila kita akan ada emergency. rasanya semua orang pun macamni.

bab makan pulak, masa i eat clean, i plan menu nak makan sekian sekian, for the whole week. tapi once dapat ideal weight, i plan every day je, atau tak plan dah. tengok kesesuaian keadaan dan masa je.

orgsepang Publish time 29-7-2019 10:21 AM

Akak dua2 dan terbukti ia perlu. Walaupun masa depan kita tak tahu tapi persediaan itu penting terutamanya kewangan.
Kewangan ni akak amat kedekut dengan orang luar selepas terkena dengan exboss akak, dia beli kereta atas nama akak sudahnya akak kena bayar sebahagian bila dah tak larat nak kejar dia. Biar dikata kedekut jangan kemudian menyesal. Dengan adik beradik boleh lagi sebab mereka tak kemana, bila akak kerja tak lebat macam dulu mereka mula bayar, sikit2 jadilah;P
Mereka yang berbelanja tak ingat masa depan memang akan menghadapi masalah kerana kita merancang, Allah yang menentukan. Jadi, kita lalui hari ini sambil merancang untuk esok dan masa akan datang juga sentiasa bersedia menghadapi kemungkin berlaku sesuatu yang tidak disangka2 sama ada hari ini, esok atau masa akan datang :loveliness:
Sihat adalah rezeki yang paling bernilai. Alhamdullilah :$

Kakalongmu Publish time 29-7-2019 01:51 PM

Sangat Perlu. Love your self, pamper yourself...dunia ini sementara..selagi ada peluang nikmatilah seadanya..sebagai manusia Kita mampu merancang tapi yg Esa menentukan semua.

bellaamsar Publish time 30-7-2019 07:51 AM

Both. Ada masa malas macam nk fikir apa akan jd hari esok. Tp ada benda yg memang kena plan betul2. Contohnya kewangan sebab kita tak tau apa akan jd in future. I setuju dgn forummer atas td, yg fikir taknak anak hidup susah kalau i mati, taknak family berebut2 harta sebab i dh lalui situasi tu

MsPercy Publish time 30-7-2019 09:48 AM

ada scene dlm citer korea yg aku tgk, die kata "why bother to worry about unsure future & drain your energy". Memang human nature kita akan risau akan masa depan kita. tapi sebagai manusia yg boleh berusaha walaupon kadang apa yg kita impikan mungkin musnah. ini soal qada & qadar. yang penting kita usaha dan redha. dan teruskan usaha. You Only Live Once (YOLO).

MsPercy Publish time 30-7-2019 10:12 AM

aku ni nak luahkan rase, dulu zaman u, aku dah plan nak dapat 3 ke atas. (alhamdulillah dpt dgn repeat 1 paper sbb fail).plan aku klo dpt 3 atas dgn course yg hebat akan memudahkan aku dapat keje dlm bidang aku. pergi semua interview. dh prepare semua & dah jawab elok2 & DIJANJIKAN KERJA oleh interviewer. tup tup. dapat email, kata dorang kasi job tu kat org lain. & ada interviewer yg JANJIKAN aku kerja tiba2 senyap. sedih wo. bukan satu dua buat aku mcm ni, byk company buat aku mcm ni. rase nak sumpah seranah je. aku dh plan mcm2 klo dah kerja. nak saving, nak simpan duit nak beli rumah, nak bg mak ayah duit. Yes, semua impian tu hancur berkecai. sekarang dh 9 tahun since aku last graduate. aku kerja skrg jual makanan je yg income x tentu, no saving. aku xnak give up, aku usaha lagi. aku dpt offer jd lecturer, dorang siap call & email lagi 2minggu lepas. dan dorang kata akan dlm minggu lepas akan panggil untuk preparation mengajar. aku email tanya 'hari dan pukul berapa'. sampai sekarang senyap. aku email x balas. aku call dorang kata pic meeting dan mcm2 alasan. sakitnya hati aku bila soal pasal kerja.

so, berbalik pd topik TT, aku ambil pendekatan "why bother to worry about unsure future & You Only Live Once". perjalanan hidup aku tak seindah mcm kawan2 aku yg lain. aku takut fikir masa depan tapi sebagai manusia kena juga plan. aku tetap juga plan. tapi aku x mengharapkan sangat. sebab sakit terluka tu perit. so just live a day at time.

seribulan Publish time 6-8-2019 11:01 AM

https://media2.giphy.com/media/7T2A2XUvXEdPDxxiZU/200w.webp?cid=790b76115d48ed2a6961756a59881d49&rid=200w.webphttps://media2.giphy.com/media/YqcBwNFshgTFgwBf8i/200w.webp?cid=790b76115d48ed2a6961756a59881d49&rid=200w.webphttps://media0.giphy.com/media/L1baq45YLFTgvxGv4y/200w.webp?cid=790b76115d48ed2a6961756a59881d49&rid=200w.webp

KakPahJ Publish time 6-8-2019 03:34 PM

Kadang rasa macam tak mau plan apa pun. kadang perlu buat plan. ada benda aku akan plan.

terutamanya bab harta dan wasiat. sekarang ni aku ada plan untuk buat hibah dan plan untuk ada saving 6 bulan gaji yang kukuh. untuk future, aku dah invest dekat unit trust, asb dan th.

dan aku akan plan apa nak beli supaya tak membazir dan boros.

paling utama aku tak suka compare diri sendiri dengan orang lain. aku tak suka buat diri stress.
dulu pernah terjebak la jugak compare milestone sendiri dengan orang tapi buat sendiri depress. selalunya bab anak dan travelling.

aku let it go. ada benda, kena plan. ada benda follow the flow.
Pages: [1] 2
View full version: A day at a time


ADVERTISEMENT