natrahn Publish time 26-7-2019 10:41 AM

Bosan Makan Lauk Bersantan? Boleh Cuba Sup Ikan Masam Kimball

Dah bosan makan lauk bersantan? Apa kata kita cuba resepi baru dari Kimball Malaysia - Sup Ikan Masam Kimball.


Bahan yang digunakan tidak sampai 10 jenis dan apa jua jenis ikan boleh digunakan. Jom cuba!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/174324zr2mom1qoxqv50cj.png


Bahan-bahannya:


1. 2 keping asam keping
2. 2 batang serai, diketuk
3. 4 biji cili burung, diketuk
4. 4 ulas bawang merah, diketuk
5. 8 biji bendi, ditrim
6. 400 gm isi ikan pari
7. 1/2 cawan sos bijan 3 rasa Kimball
8. 1 sudu garam
9. 3 cawan air



Cara memasaknya:


1. Masukkan tiga cawan air dan biarkan menggelegak.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/171300ekzqr1kz0rk0w9ed.png




2. Masukkan setengah cawan sos bijan tiga rasa Kimball dan kacau sehingga sebati.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/172017mehfzer6hee5exns.png

3. Masuk dua keping asam keping.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/172119fieeph4f7fs7g2fq.png




4. Masukkan satu sudu kecil garam.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/172324mzshbx5fs7zzkskx.png




5. Masukkan empat biji cili burung, diketuk.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/172657ivxrif3svii33ijf.png





6. Kemudian masukkan empat ulas bawang merah, diketuk.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/172621fmd3t2id5143ka18.png





7. Masukkan dua batang serai, diketuk.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/172916oytuyyzp7pqzurqt.png




8. Masukkan 400 gram isi ikan dan biarkan seketika hingga menggelegak dan isi ikan sedikit masak.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/173511xjd5n6w5rtnpvwcd.png




9. Akhir sekali, masukkan lapan biji bendi yang telah ditrim dan masak sehingga bendi lembut. Biarkan seketika sehingga semua bahan masak sepenuhnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/174015mw8qllql3c3klukc.png





Siap dan sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan bersama-sama nasi panas. Selamat mencuba! - CARI




Kredit : Kimball Malaysia

Cpkay Publish time 26-7-2019 11:03 AM

Terima kasih atas resepi . patut dicuba hujung minggu nanti

bawangkecik Publish time 26-7-2019 12:16 PM

sedap ni tapi buat tak pernah jadi. sama jugak dengan resipi ikan singgang

natrahn Publish time 26-7-2019 12:26 PM

bawangkecik replied at 26-7-2019 12:16 PM
sedap ni tapi buat tak pernah jadi. sama jugak dengan resipi ikan singgang

Usaha tangga kejayaan

MadameOnion Publish time 26-7-2019 04:33 PM

macamsedap je

Lengkong Publish time 28-7-2019 12:34 PM

Makan panas2 sedap ni

teddykuning86 Publish time 2-8-2019 04:04 PM

Boleh cuba ni. Nampak menyelerakan...

stapler89 Publish time 6-8-2019 02:33 PM

mcm sedap.. nk try dgn ikan lain..xbole go dgn ikan pari. heee

hatikudus Publish time 6-8-2019 03:09 PM

Menarik untuk dicuba, mmg suka resepi campak2 gini ;P

Deeva Publish time 8-8-2019 05:21 PM

Nampak senang nak buat ni. Nak try tukar dengan ikan lain kot tapi tak tau ikan apa yg sesuai. Boleh try nanti..

natrahn Publish time 8-8-2019 05:23 PM

Deeva replied at 8-8-2019 05:21 PM
Nampak senang nak buat ni. Nak try tukar dengan ikan lain kot tapi tak tau ikan apa yg sesuai. Boleh ...

tenggiri / kembung sedap kot.. nanti dah cuba komen sini ok..share gambar

Deeva Publish time 8-8-2019 05:32 PM

natrahn replied at 8-8-2019 05:23 PM
tenggiri / kembung sedap kot.. nanti dah cuba komen sini ok..share gambar

ahaa ok jugak tu ikan kembung. thanks for the suggestion! :)

mata.kail Publish time 10-9-2019 09:45 PM

Nyum2...suka tengok je resipi

Gomea Publish time 15-9-2019 05:14 PM

Boleh cuba nanti. Hari2 masaj sampai xde idea da

puanbintang Publish time 27-9-2019 09:14 AM

rasanya masam masam masin manis ye? nampak senang dan sedap..balik kerja nanti boleh cuba ni
Pages: [1]
View full version: Bosan Makan Lauk Bersantan? Boleh Cuba Sup Ikan Masam Kimball


ADVERTISEMENT