Homemade Askrim Vanila Coklat Ala Magnum - Cair Di Mulut, Gemuk Di Perut!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/163653yvemi2zonhdy2ihw.png
Foto: Fb Rohaya Zulkarnain Aya
Aiskrim merupakan antara pencuci mulut paling popular di dunia, malah sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan dalam pelbagai acara serta digemari pelbagai lapisan masyarakat.
Pelbagai jenis aiskrim yang ada di pasaran. Namun, bila sebut aiskrim Magnum, kita sudah boleh membayangkan bagaimana rupa dan rasanya.
Baru-baru ini, tular pengguna Facebook Rohaya Zulkarnin Aya berkongsi resipi aiskrim vanila coklat ala Magnum yang mudah caranya. Baca perkongsian dia tentang resipi aiskrim ala Magnum di bawah ini:
Resepi Aiskrim Vanilla Coklat
Bahan-bahannya:
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/161602cuitaju8m2jbbjo2.png
1. 3/4 susu pekat (ikut cita rasa tahap kemanisan anda)
2. 2 kotak kecil susu full cream
3. 1 sudu besar ovellate (pastikan yg halal)
4. 2 sudu kecil perisa vanilla
a) Bancuhan vanila
1. Campurkan bahan-bahan di atas dan kisar dengan pengisar hingga gebu selama 20 minit.
2. Tuangkan dalam jag supaya mudah dituang ke dalam plastik aiskrim.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/163048ox2iz21kjg4j2o1g.png
b) Topping coklat
200g chocolate milk. (Penulis menggunakan Cadbury)
100g dark chocolate Jenama Beryl's
1. Cincang chocolate Cadbury.
2. Campurkan chocolate Cadbury dan dark chocolate, cairkan menggunakan teknik double boil.
c) Cara masukkan bahan dalam plastik
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/162819crmlmzq2i9weq4z2.png
Foto:FB Raja Amanina
1. Semasa masih suam, masukkan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam plastik aiskrim secukupnya. Ratakan coklat dalam plastik aiskrim mengikut ketebalan yang sesuai.
2. Kemudian tuang bancuhan vanilla ke dalam plastik aiskrim.
3. Sejukkan sehingga enam jam atau semalaman untuk hasil yang lebih baik.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/163311wf2m2a4er7f2medu.png
Nota :
1. Salutan coklat itu tidak perlu tunggu mengeras kerana jika mengeras ia tidak akan bersalut dengan aiskrim.
2. Coklat itu pekat apabila diratakan dalam plastik dan akan melekat pada keliling plastik, secara automatik bahagian tengah menjadi kosong dan memberi ruang untuk menuang aiskrim.
Selamat mencuba! - CARI
Kredit : Raja Amanina Dan Rohaya Zulkarnin Aya Panjangnya resepi nanaiss replied at 26-7-2019 10:34 AM
Panjangnya resepi
Aiskrim pun pnjg...:lol: Kalau family besar berbaloi la buat sbb choc compound tu pricey gak utk takat kitorg 3 branak ni je Boleh la cuba utk raya nanti.. Cicit tok mcm tentera.. Bagi ni.. Haaa.. Semua happy. Boomibulat replied at 26-7-2019 10:40 AM
Aiskrim pun pnjg...
Ehh ooppss cam leceh je...satgi buat beselerak dapur bini marah plak... Boomibulat replied at 26-7-2019 10:40 AM
Aiskrim pun pnjg...
Hehehe..baru puas makan..buat sendiribole panjang mana pun mana nk beli palstic aiskrim tu? i carik x pernah jumpa... tengok macam best tapi resepi dia macam leceh betul nak buat haha Renyah nyaaa.. beli je la dik non.. dgn nk beli cadburry bagai.. epuepy replied at 26-7-2019 02:47 PM
mana nk beli palstic aiskrim tu? i carik x pernah jumpa...
kat bahagian barang bakery epuepy: mana nk beli palstic aiskrim tu? i carik x pernah jumpa...
Kedai photstate, kedai diy, kedai big apple kedai rm2 Sedapnyaaaa tapi nak buat tu malasnyaaa Jemahjemah replied at 27-7-2019 08:11 AM
Sedapnyaaaa tapi nak buat tu malasnyaaa
cuba la.. saya plan nak buat hari nih la..heheehhe...gemuk la perutku
WWWaaaah
Sedap tu. boleh try
Thanks TT {:singo Waaahhh
Sedap tu. boleh try
Thanks sharing CiliPadiSedap replied at 26-7-2019 09:36 PM
Kedai photstate, kedai diy, kedai big apple kedai rm2
Ahahah. Dh jmpa dh cili. Crik area plastic kt hero. Bestnya
Sedapnyaaa...
Pages:
[1]
2