Banyak Duit Sampai Tak Tahu Nak Buat Apa? Boleh Cuba Trip Kereta Api Mewah Ini!
Selalunya, kalau kita melancong dan berjalan-jalan, seboleh-bolehnya kita akan mengurangkan harga pengangkutan kan?Cari harga tiket paling murah, tarikh bukan musim cuti dan kadang-kadang buat tempatan tiket sampai enam bulan sebelum perjalanan. Semuanya demi mengurangkan kos.
Tetapi, kalau anda terlebih duit dan mahu merasai perjalanan super mewah sekali seumur hidup, apa kata cuba naik trip kereta api The Eastern & Oriental Express ini.
Tidak perlu pergi jauh pun, boleh je naik di Kuala Lumpur.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/224755kaaqeck4c6pqg74p.jpgTRIP KERETAPI SUPER MEWAH DAN MAHAL. FOTO: INSTAGRAM
Keretapi E&O ini dilancarkan pada September 1993 dan membuat perjalanan menerusi laluan Singapura-Kuala Lumpur-Bangkok.
Kalau sudah 25 tahun bertahan, maknanya memang ada pelanggan lah, kan yang sanggup membayar sampai harga yang paling murah pun sekitar RM11,000 seorang walaupun perjalanan tidak lama mana.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/224852fmmf77149psk9f68.jpgANTARA BILIKNYA...FOTO: INSTAGRAM
Kenapa mahal sangat ni? Sebabnya trip kereta api ini adalah super elit dan mewah. Ala-ala rasa macam kerabat diraja British zaman dulu-dulu.
Hiasan dalaman gerabaknya bukanlah macam KTM, sebaliknya dinding dan perabotnya kayu mewah dengan perabot rekaan Asia.
Makanan dihidangkan di atas pinggan seramik, minuman dituang dalam gelas kristal dan kutleri daripada perak yang terhidang di atas alas meja menggunakan kain linen. Amboi!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/224918ots05gmob8pbtrsm.jpgRUANG MAKAN MACAM TERASA MACAM BANGSAWAN BRITISH. FOTO: INSTAGRAM
Ada bar untuk minum-minum sambil berborak, siap ada pramusaji untuk melayan semua permintaan anda. Malah, makanannya dimasak cef terkenal dunia.
Hiasan kabin tidur pula mewah dengan gemerlapan cahaya lampur kristal dan katil empuk.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/224954y797hggg7s9bsw2m.jpgPRAMUSAJI, CHEF DAN PELAYAN TERSEDIA UNTUK ANDA. FOTO: INSTAGRAM
Selain itu, ada gerabak untuk melihat pemandangan di luar. Tingkapnya adalah cermin besar yang membolehkan cahaya matahari menembusi dan waktu malam, anda boleh menikmati keindahan langit.
Waktu siang, anda mungkin nampak ladang kelapa sawit sajalah.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/225055ljjhllglal5zj674.jpgGERABAK PEMANDANGAN CERMIN BESAR, NAMPAK SEMUA DI LUAR. FOTO: INSTAGRAM
Bilik kabinnya pula ada empat jenis; Pullman Single, Pullman, State dan Presidential. Yang paling murah Pullman Single (harga bermula ASD2,900 atau RM11,340) dan paling mahal adalah Presidential (harga bermula ASD6,400 atau RM26,349).
Itu harga untuk seorang ya. Bilik ini dilengkapi penghawa dingin, bilik air, kemudahan hiburan 24 jam dan pelbagai lagi.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/225313s9pqbwdw2w6qqnw9.pngPALING MURAH KL-BANGKOK....FOTO: WEB E&O
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/25/225411uk06mcak9055uoa8.jpgHARGA HARI BEKERJA, KALAU HUJUNG MINGGU BERAPA LAH AGAKNYA FOTO: WEB E&O
Tak tahu nak buat apa dengan duit yang berlebih-lebih tu? Bolehlah tempah trip mewah dan super mahal ini! - CARI untungla duit banyak.... Wonder siapa target market dia ye..sbb jarak dekat je..tp kl buat bizz mesti dh ade permintaan kan.. X pnh nmpk lalu pun.. menarik.. tapi no thanks..
sis prefer beach Boomibulat replied at 26-7-2019 10:43 AM
X pnh nmpk lalu pun..
lalu bawah tanah keluar dekat terowong kalipah nobita:lol:
CiliPadiSedap replied at 26-7-2019 11:19 AM
lalu bawah tanah keluar dekat terowong kalipah nobita
TeloWong belum siap dh blh lalu...?:lol: Cikepal bole la try.. kan kayo Boomibulat: X pnh nmpk lalu pun.. Ada dia stop kat stesyen lama KL tu kekadang. Memang mewah gila, macam dalam cita omputeh2 tu Wahhh..cantiknya decor dlm tu siapa suka style steam punk ala2 sherlock holmes memang akan letak wishlist naik keretapi ni...dia bukan pasal destinasi tapi experience dalam train...kot2 ada kes pembunuhan ke kan jadi la ko cerita murder on the orient express.
Cantik and mewah. Tapi tak mampu lah :D Cantik {:childlike Seriously harga tiket train ni berbelas ribu... tau mahal je tapi tak sangka pulak mahal gila... {:1_273:}
Sempat jugak i snap picture train ni haritu... sampai kena marah dengan staff kat situ.... :curse:
Memang cantik tengok dari luar... rasa nak masuk je dalam train ni... mampu bergambar jela kat luar train... better I travel tempat lain dengan harga tiket ni... :lol:
Cantiknye...
Banyak duit boleh la :C pernah nampak haritu, tapi waktu tu kat depoh johor rasanya wish list wow mahal jugak train ni............. huhuuu giler wehhhh msti best! tp gegar2 gak kan mcm ketapi bese? sape nk blanjerr i naik... Bestnyaaa... Tapi tak mampu. Huhu...
Pages:
[1]
2