kucingitam Publish time 26-7-2019 10:12 AM

KADARAM KONDAN

Edited by eddlisa_uyuk at 14-8-2019 10:10 AM

FILEM aksi terbaharu Tamil berjudul Kadaram Kondan mendapat sambutan mengalakkan di India.

Namun filem ini tidak mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk ditayangkan di Malaysia menurut pengedar filem, Lotus Five Star.

Ia berikutan filem tersebut menunjukkan jalan cerita yang menjejaskan imej pasukan polis Malaysia (PDRM).

Sebelum ini, filem lakonan aktor terkenal ‘Chiyaan’ Vikram itu digemparkan tiada tayangan di Malaysia kerana tajuknya yang dikatakan membawa maksud Penaklukan Negeri Kedah.

Bagaimanapun, filem ini bukanlah filem sejarah tetapi merupakan filem aksi.

Menurut pengerusi LPF, Mohd Zamberi berkata, “Jika sekadar adegan sahaja, kita boleh potong yang memberi lulusan.

https://suarasarawak-rjwyphwqwyxd8vs1dgl2ujwh6uxd.netdna-ssl.com/wp-content/uploads/2019/07/download-4.jpeg
“Tetapi sepanjang jalan cerita filem menjejaskan imej polis Malaysia.

“Sekiranya kita potong terlalu banyak adegan dan memberi kelulusan tayangan, nanti orang tidak faham,” jelasnya.

Filem tersebut menggambarkan PDRM sebagai pegawai tidak bertanggungjawab dengan menerima rasuah dan terdapat adegan yang boleh membuat tanggapan tidak tepat serta mengelirukan terhadap pasukan penguatkuasaan Malaysia ini.

Kadaram Kondan merupakan filem terbitan pelakon legenda India, Kamal Haasan.

Filem arahan Rajesh M Selva ini turut dibintangi pelakon kelahiran Sarawak, Jasmine Kaar yang melakonkan watak antagonis utama.

Penggambaran Kadaram Kondan 90 peratus dilakukan di Malaysia, dan sedang hangat ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.







RumiMenari Publish time 26-7-2019 10:33 AM

Benda dh siap jd filem br nk ckp jejas imej polis...ape kamal misai xmintak permission ke mase buat shooting kt msia ni...ke permission tu tak perlu pun bgtao storyline cmne? yg pelakon jd polis amek rasuah tu polis betul atau polis pelesu atau polis import dr india?

jihah_kudat Publish time 13-8-2019 04:24 PM

RumiMenari replied at 26-7-2019 02:33 AM
Benda dh siap jd filem br nk ckp jejas imej polis...ape kamal misai xmintak permission ke mase buat...
haha mungkin masa kamal mintak permission dieorg ingat nak buat cite menari guling-guling atas tanah kot sambil tukar baju 5,6 helaib so tak payah submit storyline sekali filem dah siap amek kau pakat mengelupur semua....:lol:



JiEunTak Publish time 13-8-2019 04:56 PM

lagi kena ban lagi laa org Msia nak tgk weh.... x paham gak kenapa Msia beria nak jaga image bagai sedangkan its just a movie kot... kot ya pun termakan cili agak2 la.... negara2 luar selambaa wat movie kutuk2 PM depa lagi...

kucingitam Publish time 14-8-2019 11:06 AM

haha..ye la..filem tamil memang selamba kritik menteri2, polis, kaitkan dengan rasuah semua.. kena terima la kan, kalau itu memang betul berlaku..
Pages: [1]
View full version: KADARAM KONDAN


ADVERTISEMENT