syamhanna78 Publish time 24-7-2019 04:06 PM

Awak..saya nak kawan Jer... Part 1

Edited by syamhanna78 at 24-7-2019 04:07 PM



Fuh fuh fuh.. berabok dah ekaun akk neh...
maaplah pd yg nak tau kesudahan citer ni sebb akk lupa password....dah la tu rangtua mcm akk nih x berapa reti sgt setting metting forum neh...
ok akkk citer balik citer ni ya dgn sambungannya sekalik...
#Ulangan Part 1Sebut pasal citer seram.. akceli banyak citer seram dlmfamily akk..
Tapi akk pilih yang seram suam suam dululah sebagai pembukabicara.
Ceritanya bermula pabila kakak akak dalam pantang melahirkananaknya yang ketujuh di kampong akk kat sebuah FELDA .

Pada mula nya elok aja..dlm malam yang ke 30tudalam pukul 3 pagi kakak akk nistart meracau racauseolah2 sedang berdiskusi dgn seseorang sambil mata separuh tertutup… bilakejutkan dia dia start menangis sambil tutup2 mata… takutkatanya..mak akk tetiup sikit maka lenalah kakak akk tu sampaiesuknya…
Esuknya mak akk start Tanya la kakak akk tu kenapa mlmtadimeracau racau terus kakak akk menangis.. katanya ada sesuatukejut masa dia tengah tidur.. bila dia buka mata dia nmpak satu lembaga berbuluhitam..mata merah.. dengan kening bercamtum berdiri kat lubang sampah katbelakang rumah. ( kat kg kami buat lubang belakang rumah utk buang sampah) Akkpun pelik cemana pula kakak akk leh nmpak bnda tu sedangkan kakak akk tdo kathall.. lubang sampah tu kat belakang rumah.. kata kakak akak benda tu dtg kejutsuruh bangun dan berkawan dgn dia..dia tak boleh masuk rumah akk sebbrumah tu berpagar.. tu sebb dia dok kat belakang rumah aja…. lepas tu benda tukata nama dia BAJANG.. dia kata rumah maknya selang beberapa jalan dengan rumahkami dan dia datang pun sebb mak dia yang suruh… kata kakak akk.. benda tux dela kacau apa ..dia Cuma nk kawan nk borak..tapi sebabkan rupanya dia yang hodohmembuatkan kakak akk takut sgt sgt…

Kakak cakap lagi benda tu borak dengan dia mcm tahu semuapasal family akk.. mak akk… anak anak kakak akk.. abg akk semua pun dia tahu…benda tu berborak dlm bahasa utara lak tuh.. dia cakap ‘ aku dengar kawan akucakap anak dara hang cantik – cantik… aku teringin nak tengok…(kakak akk ada 4anak dara) kata benda tu lagikat kg ni dia ada 2 kawan baik..seorang kat sekolah..seorang lagi kat pokok rambai ( hujung jalan rumah aku adapokok rambai). Tapi kawan aku yang kat sekolah tu kata anak hang yang nmbor 3tu berani sgt.. Hari tu kawan aku baru nak makan.. anak hang masuk tandas caridia… berani betul… ( Kisah ni anak buah akk ada storymori kat akk yang masa diatengah betulkan tudung kat cermin dia nampak kelibat dari belakang cermin..bila pandang belakang x ada sesiapa.. di terus keluar tandas.. lepas tu rasa xpuas hati dia masuk balik tandas dan dia tolak semua pintu tandas utk pastikanbenar2 x ada orang) Anak buah akk tu memang berani sikit.. Kalu akk mmg pergitak kembali dah..

Benda tu siap ckp kat kakak akk… pesan kat adik hang yangnaik kereta hijau tu ( akk letuu) kalu balik jgn malam malam sgt… haritu nyarisnak terlanggar kawan aku yang pokok rambai tu … tercengang akk masa dengar tu..mmg akk ni suka travel memlm..kdg tetengah malam baru nak balikKL.. lalu lak jln short cut kat pokok rambai tu..
Lepas kakak akak storimory tu Nampak dia okaja…ingatkan ok la… rupanya malam kedua tu .. jeng jeng jenggg…

hatikudus Publish time 24-7-2019 04:11 PM

Alaaaa baru nak fefeeling seram.....kena tggu sambungan pulekkk ;P

syamhanna78 Publish time 24-7-2019 04:15 PM

Awak..saya nak kawan Jer... Part 2

Edited by syamhanna78 at 24-7-2019 04:17 PM


#Ulangan Part 2

Okeyh akk sambung lagik..

Malam kedua kami dah start berjaga2 takut kakak meracau lagi…ternyata betul.. dlm pukul 3 pagi kakak akk dah start cakap sensorang sambilmata separuh terbuka...
akk Cuma dgr kakak akk cakap ‘ pergi aku takmau kawan dgnhang’ aku tak mau aku tak mauuuu…….

Masa tu mak akk dah naik angin.. mak akk cakap kuat2..Berambus hang..jgn kacau anak cucu aku lagi…
tak tau apa yang mak akk baca…kakak akk menangisteruk smbil tekup tekup dan geleng geleng kepala…Sekali lagi kami berjagasampai ke subuh… mata kakak akk jgn cakap la memang bengkak giler.
Mujurla baby dia tak meragam...kalu tak lagi harukami satu rumah... Nak harapkan abg ipar akk tu memang tak boleh harap la....dia pun kecut perut jugak...

Siangnya mak akk tanya lagi apa jadi mlm tadi? Kakak akkcakap si Bajang tu bawak kawan dia yang 2tu.. nak kenalkan katkakak akk .. dia suruh kakak akk tutup lampu.. sebab katanya kawan dia yang 2org tu pemalu..
kakak akk kata tak mahu.. dia dia paksa paksa juga suruh ttuplampu dan tengok kawan dia yang 2 orang tu...
ituyang kakak akk jerit cakap xmau x mau… .. tapinampak juga cuma bahagian muka x berapa jelas...

Kawan dia Yang sorang ( sorang ke?) tu yang dekat sekolah…kak Lang namanya…(memang kami satu kampung tahu la kisah kak Langkat sekolah tu... sejak diorg buat banggunan baru kat belakang sekolah tu ramaiyang nampak kelibat Kak Lang terbang malam... Kakak akk cakap badannya gempal2sikit.. kainnya pun dh agak buruk dan kekuningan ….Kak Lang tu xcakap apa apa pun... si Bajang tu jer bagitau kat kakak akk.. yang Kak Langsekarang tak ada rumah.. diorg dah robohkan rumah Kak Lang.. abis semua mekap2dia pecah.. ( time ni akk mmg nak tergelak.. mekap pecah? kiki)tapitengok muka kakak akk yang pucat tu takkanlah dia nk menipu...
Bajang pesan lagi ' Bagitau kat abang hang.. jangan selalubiar rumah dia tu kosong... kdg2 aku dan kawan aku selalu pergi sana... kalaumak aku marah aku.. memang aku pergi rumah abg hang tu'..

Abang akk tu memang jarang balik rumahdia...since mertua dia meninggal dia banyak duduk rumah mertua diaaja,.. rumah tu mmg kosong kadang kadang aja dia balik ambil barang...

Lepas tu bajang tu introducekan kakak akk dengan kawan diayang sorang lagi Kak Pon yang duduk kat pokok rambai…mau x takutkakak akk? dia mmg dah x sanggup lagi nk pandang tu yang nangis sambil tekup2muka...
Kami adik beradik pulak excited Tanya kakak macam2.. . kesianakk tengok kakak akk tu nangis smpai tersedu2.. dia kata dia takut…Sebab Bajang tu boleh bercerita macam2 tu yang abg akk pun excited naktahu cerita..

kaklong32 Publish time 24-7-2019 04:30 PM

kat felda selalu byk cite2 seram ni

pakcik sy duduk kat felda kat n9, dia penah cite nampak kak lang dok bertenggek kat beranda rumah dia

sebab dia cite tu, sampai skrg ni la sy x penah bermalam kat rumah dia. takut punya pasal :dizzy:

syamhanna78 Publish time 24-7-2019 04:44 PM

kaklong32 replied at 24-7-2019 04:30 PM
kat felda selalu byk cite2 seram ni

pakcik sy duduk kat felda kat n9, dia penah cite nampak kak l ...

akk kalu balik kg seniri pun x berani kluau malam.. ngeeee....

syamhanna78 Publish time 24-7-2019 04:51 PM

Awak..saya nak kawan Jer... Part 3- Last

Edited by syamhanna78 at 24-7-2019 04:53 PM

Malam tusangkaan kami ternyata melesettt… baru nak lelapkan mata tetiba ohohoiiii kakakakk jadi lagii.. mengigil2 badan dia….Rupanya si bajang tu Tanya kenapa kami xpiamik ubat kat mak dia.. mak dia pandai ubatkan orang.. kenapa susah susah pi kgsebelah?

‘kenapa aku nak pi berubat katmak hang pula? kakak akk dah start cakap sensorang sambil mata separuh terbuka.Time tu mak akk dah x leh tahan.. lalu di renjis2 kan kakakakk dgn air yg Ustaz tu bekalkan… menjerit2lah kakak akk..Si Bajang pun menjerit sambil menangis.sakitttt sakittttt…..katanyakenapa halau dia.. dia Cuma nak kawan ja…
pastu kakak akk pun sedar… walopunsedar dia masih lemah dah terisak2…Malam2 berikutnya mak akk sesiap mandikan kakak akk dengan airyang Ustaz tu bagi.. Alhamdulillah lepas tu dah x ada gangguan lagi… Tapi apa yang peliknya.. seminggu lepas tu mak akk dtg kerumah akk kat cheras…
kami pun flash back dan storimori citer ni kat abg sulongakk yang kebetulan dtg …
lps habis berborak… akk pun pi la ke dapur nk ttup api air – masa tu masak airatas dapor gas… ha lupa plak nakcakp..time tu akak pakai kain batik uols….Sampai dapur..akk pun tutup api..pastu akk rasa kain batikakk di rentap.. dan hampir terburai…Pergh nak gugur jantung rasanya.. akk terus lari pergikat mak…tapi masa lari tu rasa kaki x jejak tanah….
Tak sangka Sampai ke Cheras dia ikut…
Sekian.. Cerita dari akk….

hatikudus Publish time 24-7-2019 05:08 PM

yeaayy citer dah abisthankyouuu akak...eh ehh ada lagi ke? Silalah bercerita ye :$

syamhanna78 Publish time 24-7-2019 05:16 PM

hatikudus replied at 24-7-2019 05:08 PM
yeaayy citer dah abisthankyouuu akak...eh ehh ada lagi ke? Silalah bercerita ye

doakan akk istikomah menulis yer.. hiks..
sedang menaip neh utk thread seterusnyaaaa

doubleA Publish time 24-7-2019 08:57 PM

syamhanna78 replied at 24-7-2019 05:16 PM
doakan akk istikomah menulis yer.. hiks..
sedang menaip neh utk thread seterusnyaaaa

Takpe takyah thread asing. Akak taip je cerita2 akak semua kat thread akak ni. We want more!

Lepas tu ada gangguan lagi tak kat kakak akak?

syamhanna78 Publish time 25-7-2019 10:00 AM

doubleA replied at 24-7-2019 08:57 PM
Takpe takyah thread asing. Akak taip je cerita2 akak semua kat thread akak ni. We want more!

L ...

akk x reti sgt setting metting nih.. citer kakak akk tu akk buat thread lain dik..cekedoutt

VirusDetected Publish time 25-7-2019 12:10 PM

ada cite2 lain x? cite la:D

syamhanna78 Publish time 25-7-2019 12:19 PM

RE: Awak..saya nak kawan Jer...



Akk ni sebenarnya seorangyang penakut.. kadang2 tu tgh taip thread pun terasa nk pi tandas pun akk takut… Sebenarnya banyak yang bermain dlm kepala akk ni...
apa yang akk share pengalaman yg jadidlm femeli akk seniri…
Sebelum Arwah abah akkmeninggal..dia mmg salu batuk2 berdarah..dan bila pi cek mmglah xde masalah pun…lama la juga dia batuk2 berdarah mcm tu…masa tu mak akk pun bawaklah pi berubatmerata2..dgn harapan supaya abah akk ni kembali sihat… menurut org yg ubatkanabah akk tu… abah akk ni terkena santau… santau ni pulak di hantar oleh kawanabah seniri yg sakit hati dgn abah… tapi abah akk seniri xnak percaya benda tu…abah just nak dia sihat balik je….byk tempat yg dh kami usaha untuk buangsantau abah tu tapi x Berjaya..sampailah ke akhir hayat abah…. masatu abah tghdrive balik dr Farmasi utk beli ubat dia…abah berhenti kt tepi jalan… menurut org ygberada kt tempat kejadian.. dia nmpak Abah berhenti mengejut kat tepi jalan…abah buka pintu dan melambai2 seolah minta tolong..masa tu mulut dan baju abahpenuh darah…akhirnya abah abis kat situ… Rupanya dari situlahsemuanya bermula….
2 tahun selepas abah tiada… arwah abg akk yg nombor 2 plakyg kena… abg akk ni kami panggil Nyah. Taksilap akk Nyah balik masa raya haji..lps dr raya tu Nyah terus sakit..sakitkepala yg teruk sgt tahap nak hentak kepala kat dinding… sakitnya makin kuatbila lepas asar membawa ke Maghrib.. puas juga berubat sana sini..tapi tak adaperubahan….Kesian sgt kat Nyah… masatu Nyah berumur dlm 38 tahun kalu tak silap akk… anknya yang kecik baru berumur6 bulan… lama Nyah sakit…seingat akkptg tu mak suruh Nyah mandi sebb lps magrib malam tu nak bawa Nyah pg berurut-sebagai ikhtiar nak kurangkan sakit kepala Nyah.. Nyah mengesot2 masuk bilikair… sejak di serang sakit kepala misteri tu Nyah mmg x boleh berjalan… tapisatu je akk respek kat Nyah,,walopun sakit kepala…dan x boleh berjalan tapi solatdia x tggal..
Elok je Nyah masuk bilikair.. Nyah terus sesak nafas dan x sedarkan diri.. kecoh la masa tu ..jiran2 pundtg..pastu diorg bawa Nyah ke Klinik Kesihatan kat situ.Hospital jauh uols… masa tu hospital SlimRiver tgh buat… pastu Klinik Kesihatan tu bawa Nyah ke Tapah.. dari Tapah Nyahdi kejarkan pulak ke Hospital Ipoh… .. Tapi malangnya sampai kat Simpang PulaiAmbulance rosak (akak x pasti apa yg rosak) pastu ambulance tu patah balik keTapah .. then Nyah abis dlm ambulance…
2 org weh ahli keluarga akkmeninggal mcm tu… Masa tu Mak akk meraung ..kami adik beradik pakat peluk mak..aishh x sanggup nak kenangkan balik… 2 tahun selepas Nyahmeninggal… sekali lagi kejadian yg sama berulang.. Kali ni anak Kakti plak ygkena.
Sakit misteri yang teruk… benda tu ikut dia pg mana2.. sampai dia xmau lansungbukak mata.Petang tu dah nak magrib..kakakipar akk minta tolonganak kak ti yangkami panggil Along ila pg beli plastic kat kedai..ntah dia nak bungkos apa ntahmasa tu… Along ni pun pergilah kedai bawak adik dia kakcik… biasalah anak2 darasuh naik moto..pi kedai 5 6 kali pun diorg nak aja… masa tu Umur Along ila 15tahun…
Masa Along sampai umah mmgdh nk maghrib..mak akk..kakak akk..anak2 buah akk masih lg duduk berborak2 katberanda rumah….Along ni terus je masukbilik dan menangis sambil tutup mata…senjatu semua jd kecoh..Along kena hysteria meracau racau.. dia kata benda tu atasatas bumbung dok tengok dia. Akk jd kecut weii .. malam tu semua x brp lenatidur dok jaga Along..
Esuknya Along pun citerlahyang masa otw balik dr kedai… dia nmpak dr side mirror mcm ‘ kepala rambutpanjang’ terbang ikut moto dia..’ byk kli dia jelling utk pastikan apa benda..tapi mmg kepala katanya… sampai laman rumah..benda tu x ikut masauk tapi diamcm berselindungkat belakang kete akkkatanya.Pastuh bila along masuk bilikdia baraing ats katil dan pandang atas masatulah dia nmpak kepala tu kt atasbumbung..walopun pejam mata dia tetap Nampak….
Dua tiga hari lepas tusemuanya dah okay dan mcm biasa..tapi rupanya……………

syamhanna78 Publish time 25-7-2019 01:03 PM

RE: Awak..saya nak kawan Jer...

Sejak kejadian haritu...Benda tu selalu ikut Along…masa tu Along dah stat sakit2.. badan pun lemah2..bila Along duduk dlm kelas..benda tu akan duduk tepi tgkap… asik panggil Along….siang2 plak tu…Along kekantin pun benda tu still ada dok balik tiang… balik umah pun ohohoiiii adajugak dia ikut.. tapi mujur x masuk rumah… masa arwah abah akk sakit dulu xsilap ada Ustaz yg dah tolong pagarkan rumah akk….
Sampai satu tahap Along dhxtahan kot sik kena ikutt je..benda tu kalu ikut bukan dok dekat2 sgt… tapiakan sentiasa ada… Along tanya benda tu.. kau nak apa ikut aku ? tolongla jgnkacau aku… benda tu kata aku nak kawan jer… ko kan ada ramai adikberadik… kawanlahdgn aku… Along nangis2 xnak.. meracau2 terus xsedarkan diri…
Akk kesian giler dgn Along…dia mcm dah x kenal org.. bila akk amik dia kat depan sekolah pun..dia bolehwat dekk je mcm x kenal akk ni maksu dia… dia mcm blurr….Sekolah pun dia dah saluponteng…
dia suka menyendiri dok dlm rumah… ada satu hari tu dia lukis2 kat kertas..mcmtulisan siam mcm simbol2… bila Tanya balik dia kata dia pun xtau apa yg diatulis..
Masa ni jenuh juga ubatkanAlong tapi.. org yg berubat ni pun mcm mcm hal… mcm2 versi sebb musabab yg kamidgr.. duit bnyak abis..tp Along x baik2 juga..
Pagi tu akk tgh sapu umah –lupa nak cakap masa ni akak xkeje- benti keje – so sementara nk cr keje lainakak balik kg dok dgn mak.sejak abah akak meninggal,Kak ti dan anak2 dia pun dok sekali dgn mak…
tgh2 akk sapu umah…ada kereta masuklaman.. eh rupanya cikgu sekolah hantar Along balik… diorg papah Along masukumah..Along masa tu lembikk longlaiii… mcm nak abis nyawa dah…misi dan deresa kampung mai dtg cek Along...xtau depa suntik ubat apa..pastu slow diatertidur..
dah nak menjelang tgharidiamenjerit ..sakittt…sakitt sambil pegang perut dia…. Mak akak Tanya kenapa…Along kata benda tu cucuk perut dia..benda tu suruh pg laman rumah… walopunAlong tu anak kakti tapi kakti hanya tau nangis ja… mak akk la yg kena hadapsemua…Akk ni jd sapoter kat belakang mak ja..sebb akk seniri pun penakut..
Mak jerit panggil pakcik umah sebelah....Along tetiba merangkak2 terus keluar dr beranda rumah sambil menangis..mak akk nak halang along dr terus merangkak..sebb laman rumah kami tanahmerah ada batu2 kerikil..kompom luka tapak tgn kalu di biarkan….tapi Pakciksebelah kata biarkan… tgk mana dia nak pergi…
Merangkaklah si Along….makinlama makin ke depan dan terus berhenti kat pokok kelapa depan umah mak akk.. korang dapat bayangkan tak.. umah2kg kan org suka tanam pokok kelapa sederettt depan jalan kan….Pastu dia startttt gali perdu kelapa tu..Mai goddd..masa tu risauakk tgk dia dok gali tanah…kompom la luka2 tgn dia nanti….
pastutetiba tgh gali tu……………………

syamhanna78 Publish time 25-7-2019 01:07 PM

VirusDetected replied at 25-7-2019 12:10 PM
ada cite2 lain x? cite la

tengjh cerita ni dik...
pi la tgk thread akk yang satu lagi:loveliness:

syamhanna78 Publish time 25-7-2019 03:31 PM

RE: Awak..saya nak kawan Jer...

Tgh gali2 tu kelepuk..Alongpengsan… berangkut la kami papah Along masuk umah…
Pakcik umah sebelah sembang2 dgn mak akk.. dia nak bawa org dtg berubat pasmghrib nanti..
akk mak pun nangis2 jugakk.. tatau nak buat apa..

pas magrib tu ramai jugak org dtg umah… org yg brubat tu namanya Pakcik Wahab..akk pun xtau dia ni ustaz kea pa.. tp dgr2 namanya pakcik wahab…Dia start ubatkan Along…amikmasa jugaklah dia baca2 apa semua tu..lps tu dia kata dia nk berinteraksi dgnbenda tu… jd nanti jgn terkejut kalu along tiba2 jd org lain…Pakcik wahab start baca2..PastuAlong tiba2 menjerit… pakcik wahab (PW)start Tanya.. PW -Kenapa kau ganggu anakini?
Along – x jawab soalan tp nangis

PW-Kenapa kau ganggu anakini?
Along- Tuan aku yang suruhhh – sambil nangis..

PW-Siapa Tuan kau?
Along - nangis lagi

PW-Jawab Siapa tuan kau?
Along - terus tunjuukan tgn ke sebelah kanan..

PW-Siapa? Jerkah pakcik wahab..Along – Tuan aku Rumahnombor## Jalan ## ( sebb ini kisah benar jd akkrahsiakan nmbor rumahnya ya)

PW- Jadi ##&^@^!%@ tuTuan kamulah ya?
Along – nangis lagi

PW- JadinyaTuan kamu suruh kamu kacauanak ini?
Along – nangis lagi – bukan… dia suruh aku bg usup mati!! ( usup tu abah akk).. usup kedekut.. nak pinjam kereta dia pun x bagi… aku sakit hati!!!

PW- Owh sebb kereta sajakamu bg usop sakit?
Along – dah x nangis .. mcm bongkak plak dia cakap – ya!!…tiap satu keturunanusop aku akan musnahkan… bapak..anak…cucu…

Masa ni pemeli akk semua terkejut…. Xtau nak kata apa…( abah dah x ada..2 tahun lepstu Nyah plak xada..2 tahun lepas tu skrg Along plak sakit) mungkinkah kebetulan?

PW: Tuan kamu dah mati.. kenapa kamu x kacau waris dia..?
Along – sambil nangis – Tuan aku kata sekejap aja.. tapi ni dah bertahun2 diatak ambil aku pun..- nangis lagi.. Aku minta tolong budak niambil aku…

PW: Owh jadi kau ganggubudak ni sebb nak minta tolong dialah ya?
Along –angguk

PW:di sini kamu duduk di mana?
Along –tunjuk pokok kelapa.. aku nak balik..pastu dianangis lagiii PW: Tuan kau ambil kau drmana?
Along –nangis lagi – siam..

PW:di sini kamu duduk di mana?
Along –tunjuk pokok kelapa.. aku nak balik..pastu dianangis lagiii

lepastu ada lagi dialognya tapi masa tu mak suruh akk amik air kat dapur jadiakk missed la scene tu.. haih…
masa akk turun balik ke hall.. akk nmpak Pakcik wahab baca mende ntah…dan lepastu Along pengsan…

sejak peristiwa tuAlong amik masa yglammmmaaa utk pulih...dia masih kerap sakit dan lemah… kakti bawa along checkupkat sepital Slim River… (masa tu dah beroperasi) Along masih lagi nmpak benda yg x sepatutnyayang kebanyakkan nak berkawan dgn dia….(nanti akk stori lagi pasai Along)sepatutnyaalong kena pi PLKN… kami semua risau naklepaskan along… pastu kami refer balik sepital…Along kena tahan kat wad… masakat sepital teruk jugak dia kena kacau..sampai panjat tgkap nak terjun.. Doktor sahkan Alongmengalami gangguan jiwa… Kesian Along…


duri_durians Publish time 25-7-2019 03:59 PM

ya allah kesian nya Along.. jahat nya la manusia yg buata keluarga kamu ni..

bila nafsu menguasai akal fikiran..

syamhanna78 Publish time 25-7-2019 04:35 PM

Bbrp bulan selepas tu…keadaanjd seperti biasa balik….
Akk dgn abg akk lagi sowang– abgwan plan nak buat kolam kat laman umah mak… abgwan ni kerjanya angkut buahsawit… jadinya dia ada lori jadinya kami plan nak amik batu kat sungai kat kgsebelah – Felda jugak… sungai tu kami panggil lata T… mmg biasa kalu akk balikkg,..mesti aktiviti pi mandi manda kat situ… jadinya petang tulepas abgwanabis kerja. Abg wan..akk..Along..2 3 org anak buah pun ikut sama.. masa kamisampai lata T tu.. dah jam 6.40 mcm tu.. maklumla hutan2 sikit kan..kawasanhujung kg..6.40 tu dah gelap..suram muram… abg wan reverse lori dia sampai ketebing sungai… jadinya anak2 buah akk pakat2 dok angkat batu naik lori… akk masatu duduk je dlm lori- seat depan… malas ahh nak turun … Esuknya Bermulalah projekkolam ikan akak dgn abgwan….tapi esuknya jugak Along demam.. igtkan demanbebiasa je… tapi melarat2 demannya x kebah kebah… rupanya Along kembali meracauracau… Mak suh abgwan panggil balik pakcik Wahab minta tengokkan Along…Ohohoiiii..rupanya bendayang kat Lata T tu marah sebb kami amik pinggan dia? Pakcik wahab Tanya abgwan…ada amik apa2 barang org ka.. masa tu kami blurrr barang apa? Pinggan???

katanya kami terambik pinggan mangkuk dia sekali..sebb tu dia marah… nak suhpulangkan.. mana nak tau yg manaa satu pinggan dia? Mata kami Nampak semua tubatu aja…Pastu dia mintak ganti…ayam kampong .. nak yg muda.. ayam dara…yang bulu putih seekor dan bulu hitamsekor.. xmau ada corak2 yer uolss… Putih semua dan hitam semua….Dah tu nanti dia suh pilata T tu jam sekian sekian #akk lupa dah pukul brp..dan Along yang kenalepaskan ayam tu.. Akk dengan abgwan terukkena marah dgn mak..sebb gatai pi amik batu kat lata tu.. haih Akk tanya mak..aritu Along mmg ikut masa amik batu tu.. tp dia x tlg angkat pun..dia tgkje..adik2 dia angkat batu tu..pastu mak kata… dia bukan kira.. sapa badan lemahdialah yang kena…Org nak buat kolam ikan jer…manalah tau jadik mcm ni..:(

pastu gigihla akak dgn kakti round satu kampong cr ayam dara putih dgn hitam tu…ntah rumah sapa2 kami terjah.. asal Nampak reban ayam je..mesti singgah…Tapi hampa dan keciwa…susahnya nk dapat ayam dara yg putihh jerr…ataupun yang hitamm jerr… kalau ada pun mesti ada bintik2 sikit… atau kalau adapun bukan ayam dara… tpi ibu ayam….Dah bbrp hari mencari akhirnyadapat jugak kat kampong sebelah…
makcik tu xnak jual… tapi jenuh kakti pujuk….
Esuknya Abgwan…akk ..kaktidan Along pergi balik ke lata T tu…Suasana sunyi …krik krik
abgwan berenti tepi.. Along perlahan2pergi ke tepi sungai pastu lepaskan ayam tuseperti yang di pesan.. dr dauh akk nmpak along lepaskan ayam putih tu dulu..pastu masa dia nak lepaskan ayam hitam Along mcm tergesa.. kelam kabut… sudahtu dia terus berlari ke kereta….Along kata dia masa dia naklepaskan ayam2 tu dia Nampak beberapa kelibat di celah2 batu dan pokok2 besarkat situ.. .Lepas kejadian tu kamimasih lagi pg mandi kat lata T tu.. tapi dah x berani nak amik apa2…


suatumasa Publish time 28-7-2019 10:10 PM

Best citer tt

syamhanna78 Publish time 29-7-2019 05:40 PM

RE: Awak..saya nak kawan Jer... Kisah Seram Berat Jodoh

Kali ni akk nak share pasalkisah adik ipar akk…ni cerita baru yer uolss… bukan kisah lama2 mcm thred yglepas2… ni baru tahun lepas jer....
Akk ada adik ipar.. akknamakan dia ani lah yer...umur xjauh beza dgn akak ..sipi2 aja... kami niekceli kawan…… Ani nimmg xde boipren..dulumasa kat kolej ada la sekali pernahberkawan tp br jumpa sekali dah reject.. jadinyasepanjang dia abis belajar hinggalah umur dia yang sekarang ni..... kluar dgnlelaki pun x pernah...dan mmg x pernah ada lelaki yg tertarik pun dgn dia.. akksyes okehh.. dia bukannya xde rupa..dia segak.. cantik.. tertarik... mmgdebomm... tp kalu ada lelaki yg berkenan dgn dia pun..kenal2 dlm fone... pastubila jumpa (berteman)..balik terus sang lelaki ni diam membisu dan x berminatlagi meneruskan perhubungan...
Ani ni secara peribadinya mmg baik –akk puji diabukan sebb dia adik ipar akk tau..tapi dia seorang yg sgt menjagasolatnya..auratnya..keluar jumpa kawan mestiberteman.. lg satu Ani nimengaji pandai lengkap dgn tajwid semua.. rajinbertadarus...akk mmg kalah bab ni dgn dia... Begitulah sedikit sebanyakmukadimmah pasal Ani..
Ani ni dok berdua ajalah dgn mak dia – yakni mertua akk- juga seorang Ustazahdi sebuah pekan kecil di Perak.Ani salu ngadu dgn akk yg kitaranhaidnya x menentu.. dan kalu sekali dtg meleret leret sampai 2 3 mggu... jenuhdah pi klinik..amik ubat nk stabilkan hormon tp x berkesan pun...
di samping tu Ani jugak kerap mimpi pi nyusukan budak, mimpi jatuh bgunan tgi,mimpi binatang ...mimpii tmpat2 kotor cm toilet, najis.. dan yg akk pasan..makpun salu ada kesan2 lebam kat badan..Katanya pernah bawa aniberubat sebelum ni... tapi mcm xde apa kesan aja selepas tu.. pastu nak bawaberubat nak tggu org ni dtg la orgtu dtg la..bnyak plk alasan danceritanya...diorg pun mcm malas dah kot nk berubat..
Bilaakk dh jd kak ipar ani...akk jd kesian kat Ani... akk cakap kat shuben bawalah ani berubat..takkan nkbiar je mcm tu.. mmgla jodoh tu Allah yg tentukan... tapix salahkan kita berusaha...shuben kata nakbawa ani berubattp kena tggu ituini..bla bla bla and so on...
astu akk pujuk shuben bawa ani berubat di Kl aja.. sampai masanya akk punbawalah ani pergi ke pusat rawatan di sg Besi - masa ni ani dah start pening laloya la.. mcm berat hati nk pg.. mmg rasa nak panggg kan je si ani....
Lama juga tggu sebb ramaiorg..walopun akk dg buat apoiment tp kena tggu jugak... Sampai giliran ani..yang membuat rawatan tu kami panggil Pak engku . shuben akk pun bukak citer lapasal ani ni... pastu pak engku mulakanlah seisi rawatan... masa tu akk tgkmuka ani dah lain sgttt... pastu pak engku kata jgn terkejut sebb kes ani nimcm berat.. lps ni ani akan transform jd agresif.. so shuben akk dgnadik lelaki dia lagi sorang siap sedia dahpegang ani...
Bila aja pak engku (PE) mulakanrawatan... ani menjerit Sakitlah bodohhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
PE - owhh.. kau kata aku bodohh ya.....
Jap korang..akk cari balikrakaman masa pi rawat ani tu... kang salah plak jalan cerita dia.. nanti akksmbung balik..ngeee

jue10 Publish time 1-8-2019 01:03 PM

syamhanna78 replied at 29-7-2019 05:40 PM
Kali ni akk nak share pasalkisah adik ipar akk…ni cerita baru yer uolss… bukan kisah lama2 mcm thr ...

kakkkk cpt smbungan nya
Pages: [1] 2 3
View full version: Awak..saya nak kawan Jer... Part 1


ADVERTISEMENT