seribulan Publish time 23-7-2019 06:23 PM

[Takwil Puisi 021] Garis Pemisah

Edited by seribulan at 24-7-2019 06:50 AM

Tahniah kepada pemenang TERAPI DIRI

@takayama

*Pemenang dipilih berdasarkan poin penting yang dilampirkan dalam mentakwil dengan sajak ini

Jawapan Takwil Puisi

TERAPI DIRI

Penyajak mencari ilham sesuatu yang menarik di tengah kota untuk menjadi karya nukilan yang memuaskan hatinya. Dia terkeliru dengan fatamorgana kota yang indah namun di sebaliknya.Kehidupan siang bekerja, malam berlibur. Kehidupan ini paati akan berubah dengan peredaran masa.

Puisi Minggu Ini

Garis Pemisah

Engkau dan aku
Pernah berkongsi lantai istimewa yang sama
Seiring waktu berlalu
Menjadi saksi senyum, tangis dan tawaku

Kala terlihat satu figura adam
Mengingatkan ku kepada mu
Dalam tenang sentiasa ada kekuatan
Dalam keliru sentiasa ada garis senyuman
Kamu adalah Amanah – perkataan sering kau ungkap
Memaknai erti sebenar Sempurna

Kadang kau muncul dalam lena
Yang sering ku harap lama
Namun ku sedar dan redha
Ada garis pemisah antara kita

Selalu ku lantun dalam doa
Agar suatu masa kita kan bersua
Tanpa pemisah
Selamanya

karya oleh,
@AlterEgo


@KILL_NANCY
@MeghanK
@Foxey
@matkpop
@kuzaime
@hibernation
@fixit
@AlterEgo
@kuihbakar
@bianglala
@hotmak
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@meisapoya
@takayama
@chicozinn
@aleX-S
@fahdramli


salmon-suki Publish time 23-7-2019 06:32 PM

Wahhhhh...puisi baru..:loveliness:
Macehhhhh tag saya..nanti saya cubaa ya..hihihi:loveliness:

seribulan Publish time 23-7-2019 06:37 PM

salmon-suki replied at 23-7-2019 05:32 PM
Wahhhhh...puisi baru..
Macehhhhh tag saya..nanti saya cubaa ya..hihihi

Sila...sila...tag kawan-kawan :)

@admin6

fahdramli Publish time 23-7-2019 06:40 PM

Mengisahkan tentang si penulis yang merindu sesorang yang menjadi figura pentjng dalam hidup nya. Sesorang yang sering berada dalam susah dan senang nya. Sentiasa menasihati dan tidak pernah meninggalkan penulis dalam apa keadaan. Si penulis redha dengan ketentuan ilahi . Dan berharap dapat bertemu lagi san tidak akan ada perpisahan lagi selepas pertemuan itu.

sapeka Publish time 23-7-2019 06:41 PM

Wowo
Tahniah pemenang
Thanks kak seri tag
Nnt dah free sy cuba takwilkan

berakit2kehulu Publish time 23-7-2019 07:06 PM

Macam mengisahkan seorang wanita yang dulunya bahagia dalam rumahtangga, ada sorang putera. Sekarang dah bercerai berpisah. Bila tengok anak teringat pada orang tersayang yang dulunya sama2 berkongsi hidup. Sekarang mungkin dah bawak haluan masing2. Dalam hati masih ada sayang mungkin.

berakit2kehulu Publish time 23-7-2019 07:08 PM

Sambung sikit

orang yang dia cinta dah pergi buat selamanya mengadap sang pencipta. Cuma mampu kirimkan doa dan harap bertemu semula di jannah

dubuk Publish time 23-7-2019 08:06 PM

ayah

bersama hidup susah dirumah kayu

kemudian anak berkahwin dan berpisah dengan ayah sebab jarak jauh

Veneer Publish time 23-7-2019 08:14 PM

Rangkap Pertama

Suatu ketika, si penulis dan si dia pernah berkongsi satu pengalaman istimewa bersama dan
seiring masa yang sentiasa bergerak ke hadapan begitu juga dengan diri penulis yang merasai
segala kegembiraan dan kesedihan yang hanya dapat dipelajari daripada waktu. (Time will tell)

Rangkap Kedua

Kelibat seorang lelaki selalu membuatkan penulis teringat akan kenangan lalu,
menggambarkan si dia seorang yang bertanggungjawab.Jika penulis adalah
amanah kepada si dia, dalam perkataan amanah itulah akan wujudnya kesempurnaan.
(Amanah = tanggungjawab = saling menjaga)

Rangkap Ketiga & Keempat

Kemunculan si dia sangat di tunggu oleh diri penulis, tetapi penulis sedar akan situasi yang
dialami dan dilalui oleh dirinya yang tidak mampu untuk menghapuskan jarak yang menjadi pemisah
antara si dia dan diri penulis. Doa yang dititipkan dengan harapan untuk bertemu semula dan bersatu selamanya.



kuihbakar Publish time 23-7-2019 08:26 PM

Terima kasih tag. Nanti saya takwil ye @seribulan .

orgsepang Publish time 23-7-2019 08:48 PM

Akak nak cuba juga :loveliness:

Seorang wanita yang telah kehilangan ayah tercinta. Kenangan bersama ayahnya mekar segar bila dia terlihat sesusuk insan seperti arwah ayahnya.
Dia berharap dapat bertemu ayahnya di syurga dimana mereka dapat bersama bahagia selama-lamanya.

Shanadra Publish time 23-7-2019 10:33 PM

#siscuba

Kenapa mcm sedih sgt puisi kali ni :'(

Mengisahkan tentang hubungan antara anak dan ayah. Yang terpisah di antara dunia. Walaupun ayah nya dah lama pegi tp tetap sentiasa ada di dalam hati , doa dan pemikiran sang anak.

Tetiba teringat dekat ayah iolss kt kampung iteww :'(

kuzaime Publish time 23-7-2019 11:14 PM

Tq momod sbb tag:$

Try baca, try fahamkan, maksud n kata2 puitis yg melankoli:'(

Hidup dlm kenangan seorang lelaki yg sgt2 penting, sgt2 istimewa dlm hidup..iaitu ayah. Tentang ayah yg bertangungjawab, tapi si ayah dah pun lama meninggal:( hanya sesekali muncul dlm mimpi..

Kekadang bila berjumpa seseorang yg susuk tubuh / gaya jalan / duduk / senyum / gelak etc yg sebijik sama macam si ayah yg dh lama pergi, rasa rindu tu seakan merobek hati (aku pernah sekali ada dlm situasi ni, Allahu bibir terketap2 tahan tangis:dizzy:)

Hanya mampu berdoa pada yg Esa, agar diketemukan semula di 'sana' nanti..kerana dunia hanya sementara, di 'sana' juga yg abadi...

hotmak Publish time 24-7-2019 10:43 AM

tahniah {:1_152:}{:1_152:}{:1_152:}

Kamisahayu Publish time 24-7-2019 10:53 AM

Penulis menceritakan tentang seorang lelaki istimewa dalam hidupnya yang pernah berkongsi hidup dengannya. Penulis selalu terkenangkan lelaki itu yang matang dan tenang dan sangat rapat dengannya.
Penulis sering bermimpikan lelaki itu namun sayangnya lelaki itu telah meninggal dunia. Penulis sering mendoakan kesejahteraan lelaki itu dan berharap agar pertemuan yang seterusnya tiada perpisahan lagi.

lonso Publish time 24-7-2019 11:49 AM

Penulis menceritakan satu perpisahan yang abadi.. perginya si adam iaitu ayahnya. Beliau terjumpa satu figura yang persis ayahnya.

chicozinn Publish time 24-7-2019 04:26 PM

thanks sebab tag saya momod..sebaik saya baca puisi ni saya tetiba menitik air mata sebab saya dah 5 tahun kehilangan abah tercinta..

bagi saya sang penyajak hendak meluahkan rasa rindu terhadap ayahnya yang telah pergi buat selamanya.

sang penyajak barangkali sering teringat kembali kenangan bersama arwah ayah tercinta sehingga termimpi2 dek kerana kerinduan..saya pun sama slalu termimpi2 abah walaupun dah kahwin dan beranak satu ni..tipulah kita da ada kehidupan sendiri tapi boleh lupakan insan yang bergelar abah..

meisapoya Publish time 24-7-2019 08:46 PM

Mengisahkan tentang hubungan yang baik antara seorang anak dan ayah. Berkongsi suka dan duka bersama.

Penulis berjumpa dengan seorang lelaki yang mengingatkan beliau akan ayahnya. Yang menjaga beliau dengan baik, sama seperti ayahnya yang telah pergi buat selamanya.

Penulis sentiasa merindui arwah ayahnya dan rasa itu dilepaskan dalam mimpi. Penulis berharap suatu hari nanti beliau akan disatukan kembali dengan arwah ayahnya..

*nice la puisi ni..

-adnil- Publish time 25-7-2019 03:32 PM

Edited by -adnil- at 25-7-2019 04:00 PM

Penulis mengimbau kenangan lalu hidup bersama seorang lelaki iaitu ayahnya
Menempuh hari demi hari berganti

Yang turut membawa memori suka dan duka

Apabila terlihat susuk tubuh seorang lelaki

Membuatkan penulis teringat kepada ayahnya

Bagaimanapun penulis perlu tabah menghadapi hari-hari mendatang

Menempuh kehidupan dengan sabar dan tabah

Riak wajah tidak menggambarkan perasaan bingung yang dilewati

Ayah penulis pernah menyatakan bahawa penulis merupakan tanggungjawabnya

Yang melengkapi hidupnya

Sesekali penulis bermimpi ayahnya

Mengharapkan pertemuan yang panjang

Bagaimanapun penulis akur takdir yang mereka tidak dapat berjumpa lagi

Penulis sentiasa menitip doa agar dapat bertemu kembalidengan pertemuan abadi







takayama Publish time 26-7-2019 12:20 PM

salam momod

kaka nak claim tacang :loveliness:

Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 021] Garis Pemisah


ADVERTISEMENT