Dzeko Publish time 22-7-2019 04:25 PM

Tanah Pusaka

Nak tanya pendapat forumers. Saya ada tanah pusaka berkongsi dengan 3 beradik lain. Jadi dalam geran tu ada 4 nama. Situasi sekarang ni, yang bertiga tu adik-beradik yang jenis berduit, berlainan dengan saya yang hidup paycheck to paycheck. Recently diaorang nak pecah lot tanah tu dan kosnya agak tinggi, plus minus adala dalam rm10k jugak. Saya bagitahu yang saya tak boleh proceed lagi, memang tak ada budget untuk buat tu. Diaorang offer untuk pakai duit diaorang dulu tapi saya tolak sebab tak nak berhutang. Jadi senyap la cerita tu.

Minggu lepas approach lagi nak buat pagar untuk tanah tu, dah kos dalam rm3-4k jugak. Sekali lagi saya tak boleh proceed sbb biasalah finance. Saya tak nak spend duit banyak untuk tanah tu. Kalau ada duit sebanyak tu, bagi saya banyak benda lain yang saya boleh buat macam bayar hutang2 semua.Buat masa ni mmg saya tak ada sense of belonging pun kat tanah tu dan tak ada plan pun untuk balik kampung usahakan tanah tu atau buat rumah. Jadi saya fikir nak jual ajer tanah tu kat diaorang sebab tak nak jadi penghalang kepada apa ajer rancangan yang dorang plan nak buat. Agak2 betul tak tindakan saya nak jual tanah tu? Kot2 nanti adik-beradik lain cakap saya tak hargai pemberian arwah parent pulak. Bukan tak hargai, tapi tak nak peningkan kepala.



CiliPadiSedap Publish time 22-7-2019 05:19 PM

jual kt dia orang je mudah xperlu pening kepala.. banyak je pusaka jadi penjualan sbb faktor ekonomi

KekDurian Publish time 22-7-2019 05:22 PM

Klo sendri xde sense of belonging jual je la..klo x suka hutang2..dr semak kepala

jazaa100 Publish time 22-7-2019 05:59 PM

Jgn jual.....

Buat masa ni memang tak rasa nk usahakn ...nanti umor 40thn keatas, baru rasa bersyukur sgt ada tanah dusun etc....

Ckp je terus terang dgn dorang....tak de duit...mintak je dorang proceed nk buat apa dgn bhg dorang....bhg u, biarkan je...

Boomibulat Publish time 22-7-2019 06:07 PM

Klu adk beradik nk tlg byr dl ape salahnye..klu blh jgn la jual.tanah bkn sng nk beli..kurang2 ade jgk harta in case ape2 jd esok..

cmf_blingblings Publish time 23-7-2019 06:09 PM

Jual ajalah kalau dia orang sanggup bayar. Tak pun jual sebahagian kalau tanah tu kalau luas, ada juga sikit untuk bercucuk tanam nanti

sarahmirza Publish time 23-7-2019 07:15 PM

Org dapat harta percuma ni senang aje kan......
Takde duit... Jual.
Dah jual duit tu buat beli harta lain takpe jugak...
Ni habis gitu aje...
Dah berumur nanti, ada anak cucu baru menyesal takde harta jana rezeki...

Cadangan pecah tanah tu dah elok dah..
Buat la cepat sebelum ada yang dah mati, anaknya ada 10 org, dah bertambah pula akal tambah cerita...
Bab harta ni, adik beranak pun bukan setakat berbalah, bergaduh, bermusuhan je... Berbunuh pun ada..

meya Publish time 2-8-2019 08:07 PM

Pecahlah tanah tu mintalah diorang tolong. Pinjam duit diorang dulu apasalahnya.

Diorang takdelah suruh awak bayar cepat cepat pun kan?

Buat apa nak tangguh tangguh menyusahkan orang lain aje nak menunggu awak berduit.

Jangan jual ikan sangat.

meya Publish time 13-8-2019 01:13 PM

Jangan dah jadi macam saya ni...harta pusaka di kampung pandai pandai aje yang duduk kat situ bagi bagikan kat anak-anak diorang.

Siap dah buat rumah!

Macamana nak ajar tu?

Memandai-mandai macam main chop chop pulak ikut suka dia.

meya Publish time 13-8-2019 01:14 PM

Tanya tak apa pun tak ...tengoklah apa nak jadi nanti.

BlueRose99 Publish time 11-9-2019 04:46 PM

Kalau banyak harta lain nak bagi kat anak2 nanti takpe lah jual.. tapi kalau takde?!

BlueRose99 Publish time 11-9-2019 04:48 PM

meya replied at 2-8-2019 08:07 PM
Pecahlah tanah tu mintalah diorang tolong. Pinjam duit diorang dulu apasalahnya.

Diorang takdelah ...

Betul. It's OK pecah tanah tu dorang nak piinjamkan dulu duit diorang.. unless ada banyak harta atau tanah yang lain.
After all bukan senang nak beli tanah sekarang. Mahal!

mayakaren Publish time 14-9-2019 09:51 PM

Pakai je lah duit diorg dulu. Diorg dah offer nak bagi loan. Bukannya charge interest pun betul tak?

mayakaren Publish time 14-9-2019 09:53 PM

sarahmirza replied at 23-7-2019 07:15 PM
Org dapat harta percuma ni senang aje kan......
Takde duit... Jual.
Dah jual duit tu buat beli har ...

Setuju tu. Sementara masih hidup nih. Dah mati sok payah nak buat faraid nanti.

tagas Publish time 15-9-2019 02:11 PM

bincang elok2 cuba pakai duit diaorg dulu

dats all :C

BigPanther Publish time 20-9-2019 01:50 AM

sarahmirza replied at 23-7-2019 07:15 PM
Org dapat harta percuma ni senang aje kan......
Takde duit... Jual.
Dah jual duit tu buat beli har ...

kan?
family aku bukan asal senang

nak beli tanah saving + loan agrobank
pening kepala loan tertunggak tu dah biasa
tetap jugak aku pertahan tanah aku, walaupun beli bukan pusaka


and to original poster

aku nak bagi soalan so ko fikir sendiri

- ko yakin anak cucu ko boleh beli rumah, ada tapak duduk nanti kalau sekarang harga tanah/rumah pon ya rabbi
- apa ko nak jawap kat anak anak ko nanti bila dia tanya kenapa uncle/aunt dia ada tanah di kampung you takda

adik beradik ko sikit punya baik, siap bagi kalau nak teruskan bagi ko hutang dulu. boleh gak bayar sikit sikit

by the way, kalau 3-4k seorang untuk wat pagar, besar jugak lah tanah tu.
pecah lot, buat pagar. so what, u are indebted around 10k to your family
pajak tanah tu diorang kalau ada yang nak usahakan, untuk cover ur debt.
5-10 tahun lagi habis pajak, tanah pon ada lagi.



Pages: [1]
View full version: Tanah Pusaka


ADVERTISEMENT