katdapur Publish time 22-7-2019 02:04 PM

Resepi Cornflakes Madu Tak Perlu Masak Atas Api

gcxafz6B7EU

RESEPI CORNFLAKES MADU SEKELIP MATA yang tak payah sesusah nak masak, masuk dalam microwave je. Boleh dibuat di mana-mana saja… asalkan ada microwave SEKELIP MATA je siap huhu

BAHAN-BAHAN:

1/4 cawan marjerin dan 1/4 cawan madu

(Tapi korang boleh tambah atau kurangkan kuantiti marjerin dan madu, asalkan dalam kuantiti sama banyak. Maksudnya, kalau guna 3 sudu besar marjerin, guna 3 sudu besar jugak madu)

Sos cili (sis guna 2 - 3 sos paket Mcdonald’s je)

Cornflakes secukupnya

Bekas tahan microwave (sis guna Tupperware)

Biji bijan (boleh tukar dengan chilli flakes kalau suka pedas, atau apa-apa jenis topping kesukaan anda)

CARA-CARANYA:

1. Masukkan madu dan marjerin dalam bekas yang sama. Microwavekan 1 minit medium power atau sehingga marjerin cair.
2. Kacau sehingga marjerin larut dalam madu. Masukkan sos cili kalau nak buat cornflakes madu pedas. Kalau tak nak, boleh skip step ni. Rasakan, kalau nak pedas haa tambah la sos cili lagi.
3. Masukkan cornflakes dalam adunan marjerin secara berperingkat. Gaul-gaulkan dan make sure semua cornflakes dapat salutan madu sama rata. Tambahkan lagi kalau baki marjerin madu banyak lagi sampai habis.
4. Gaul sebati. Kalau guna bekas, boleh goncang-goncangkan, senang!
5. Masukkan topping kesukaan saudara-saudari. Yang suka pedas boleh tambah chilli flakes. Nak letak sugar sprinkles pun boleh, kacang-kacang pun boleh. Sis tambah biji bijan.
6. Gaul rata atau goncangkan.
7. Siap! Boleh makan dah. Sebab cornflakes ni jenis ekspress, so memang tak melekat lah. Makan je dengan sudu sambil tengok cerita Korea time lunch hour kat ofis/kuliah.

katdapur Publish time 22-7-2019 02:06 PM

BTW kenapa senyap je board ni? Marilah kita imarahkan board ni meh kamon gais

chinta89 Publish time 22-7-2019 03:25 PM

iols suka cornflakes madu!

CiliPadiSedap Publish time 22-7-2019 03:25 PM

kalau komen bukannya dapat rasa makan pun? sibuk je kat atas ni suruh komen

katdapur Publish time 22-7-2019 03:29 PM

CiliPadiSedap replied at 22-7-2019 03:25 PM
kalau komen bukannya dapat rasa makan pun? sibuk je kat atas ni suruh komen

I ajak meriahkan board ni sis. Tak nak reply sini,reply thread lain dalam ni pun boleh huhuhu

eetodee Publish time 22-7-2019 03:31 PM

#teamcornflakesmadu

dubuk Publish time 22-7-2019 06:25 PM

saya suka makan

katdapur Publish time 22-7-2019 08:35 PM

Tapi kalau compare cornflakes madu dengan cornflakes coklat, aku suka cornflakes coklat lagi huhu pernah baca kat twitter ada orang kutuk cornflakes madu, tak sedap punn kata milenial jaman sekarang

eileen80 Publish time 23-7-2019 08:50 AM

tq sbb memeriahkan bod nie.
maap sbb kebizian sikit lately.
tp dont worry.
ade je point utk new thread.

hatikudus Publish time 23-7-2019 02:35 PM

Hakak still suka yg bakar dlm oven kejap...rangup krup krap boleh simpan lama sikit.
Kiranya ni resepi instant la kannn...kena perabih licin :lol:

Lengkong Publish time 28-7-2019 12:31 PM

Sedapnya makan cornflakes


katdapur Publish time 28-7-2019 03:07 PM

hatikudus replied at 23-7-2019 06:35 AM
Hakak still suka yg bakar dlm oven kejap...rangup krup krap boleh simpan lama sikit.
Kiranya ni res ...

Aah instant, yang ni target nak buat kalau nak makan terus... kat opis ke contohnya hahaha dan ni resepi pemalas, sebab tu dah dimakesure kan cornflakes nya akan rangup lama sikit walaupun tak dibakar lagi dalam oven :lol:

icemochalatte Publish time 18-3-2021 12:36 AM

Menarikk.boleh try

Sam070 Publish time 18-3-2021 10:47 PM

Favourite!

Bylaaz Publish time 19-3-2021 09:52 PM

Iolss takda microwave
Pages: [1]
View full version: Resepi Cornflakes Madu Tak Perlu Masak Atas Api


ADVERTISEMENT