noraidil_06 Publish time 18-7-2019 11:38 PM

& they say age is just a number

Lelaki n with young girl normal.
Perempuan dgn lelaki way younger, weird!

President France fall for her wife when he is still in high school. Umur 16 tahun kut.

Jom baca artikel dr blog suara tv.

SUARA TV
Suara Tanpa Sempadan


Cinta Tak Kenal Usia: Presiden Baru Perancis Kahwini Isteri Usia 64 Tahun
May 8, 2017 admin0 Comments Brigitte Trogneux, Emmanuel Macron, isteri, Perancis
Presiden baru Perancis, Emmanuel Macron masih muda, baru berusia 39 tahun. Namun tahukah anda, isterinya, Brigitte Trogneux, berusia dua kali ganda? Ia membuktikan cinta tidak kenal usia.

Brigitte berusia 64 tahun dan mereka telah berkahwin sejak 2007. Wanita itu adalah guru Macron di sekolah tinggi dan jarak usia mereka adalah 25 tahun.

Wanita itu juga pernah menjadi guru bahasa Perancis di sekolah Amiens di utara negara berkenaan.

Perkahwinan itu umpama cinta pandang pertama.

“Pada usia 17 tahun, Emmanuel berkata kepada saya, ‘Apa jua yang awak lakukan, saya akan mengahwini awak!'”

Pada mulanya ibu bapa Macron meminta Brigitte menjauhkan diri daripada anak mereka yang ketika itu baru berusia 16 tahun, atau sekurang-kurangnya sehingga dia berusia 18 tahun.

Kini, Brigitte menjadikan kariernya sebagai guru untuk membantu Macron menjadi Presiden dan Macron juga menganggap isterinya itu sebagai penasihat yang boleh dipercayai.

“Beliau menghabiskan semua masa bersama dengan Macron, beliau membaca dan mendengar apa yang diperkatakan mengenai suaminya. Macron juga bertanyakan pandangannya dan turut mendengar nasihatnya,” demikian tulis majalah Paris Match.

Brigitte sendiri mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu dan mereka semua kini telah membesar serta bertugas sebagai jurutera, kardiologist serta peguam. Beliau juga mempunyai enam orang cucu.

Dengan pengalaman dalam bidang pendidikan, Brigitte dikatakan akan terlibat secara langsung dalam isu pendidikan serta pembaharuan semula sistem pendidikan yang akan dilakukan suaminya."

Korang ade pengalaman macam ni?

Ivysaur Publish time 18-7-2019 11:42 PM

12 tahun dah depa kahwin...

PristineOne Publish time 19-7-2019 02:49 AM

Just to add my 3 cent onion...ehh opinion

Err...age differ between 47 and 45 or 44. Just 2 to 3 years gap...study said its just awesome!! Surely happy to the grave one.

:lol::lol:

becir Publish time 19-7-2019 03:06 AM

Apa yg I nampak, orang yg mencurang jarang kena karma/kifarah..tengok je Brigette ni..sanggup tinggalkan laki utk budak muda. Last2 jadi Bini president..takde pun kena tinggal sebab dia dah Tua..truth hurts

noraidil_06 Publish time 19-7-2019 06:27 AM

PristineOne replied at 19-7-2019 02:49 AM
Just to add my 3 cent onion...ehh opinion

Err...age differ between 47 and 45 or 44. Just 2 to 3 y ...

Hehehehehehe. Mls Komen. Wek

noraidil_06 Publish time 19-7-2019 06:28 AM

becir replied at 19-7-2019 03:06 AM
Apa yg I nampak, orang yg mencurang jarang kena karma/kifarah..tengok je Brigette ni..sanggup tingga ...

Alahai. Jgn ckp mcm tu. Kite tatau apa yg dia hadapi.

awaynepian Publish time 19-7-2019 06:31 AM

Anggap jerla jodoh dia..mgkn yg sbelum ni bukan jodoh..so yg muda belia mr presiden telah tertulis jodoh dia sejak azali lagi

Veneer Publish time 19-7-2019 09:52 AM

Bagi aku perempuan berumur ni seperti sebuah buku klasik.
Luarnya nampak lama, tapi dalamnya penuh dengan cerita menarik yang
dapat memberi pengajaran.
Banyak perkara boleh dipelajari dan memberi perspektif yang
baru dalam kehidupan. Buku-buku ini seharusnya dijaga dan dihargai
bukannya lepas baca letak merata. Kalau dijaga pun perlu teliti agar tidak rosak.
Such delicacy.

Perumpamaan sahaja ye, tiada sebarang niat untuk mengobjektifikasikan kaum wanita.
Mereka perlu dijaga tidak kira lapisan umur. Pesanan ringkas khidmat masyarakat.

kaoru44 Publish time 19-7-2019 10:45 AM

Teringat plak aritu tgok satu movie ni..
Movie remaja2..n biasa la hero2 remaja kn..
N i google psl actor tu..rupanya dia kawen pun wife dia jauh beza umur dgn dia..
Aaron Taylor-Johnson first time dia jmpa wife dia,umur dia 18 and wife dia 42..thn 2009..2012 diaorg kawen skrg dh hmpir 7thn..

Kalau masing2 boleh tlg ansur..rasanya umur bukannya satu mslh besar..

rospinki Publish time 19-7-2019 10:50 AM

asik kita melihat org lain lebih itu ini
lupa melihat diri
cinta dan dan kedamaian itu bukan pada cinta dari org lain
tua atau muda
cinta itu dari hati
hati yg muda
namun bijka pada akalnya

{:mlshy:}

nenekglamer Publish time 19-7-2019 11:14 AM

If I may share la kan...

Aku xprnh rapat dgn lelaki yg sama umur or lebih tua dr aku. Paling tua pun 2 tahun lebih muda dr aku. Then pnh rapat dgn someone yg 11 tahun lg muda dr aku. For a while

N skrg ni... aku rapat dgn someone 17 tahun younger than me. Hensem pulak tuh. Kwn2 aku siap gelar dia 'anak kucing' aku. Hahaha.

Diaorg approach aku dulu slps diaorg observed aku for a while.

Ada lg yg lain yg try2.. pun age gap 7-18 years gak - aku lg tua of kos. Xsedar diri btul aku nih hahaha

Betul la kot. Age may just be a number. Sbb we never think about age bila communicate. Klu aku.. matematiknya mudah je. When a young man does not call you 'kak' but guna perkataan 'awak'.... ada peluang hahahaha

little_sis Publish time 19-7-2019 11:28 AM

kalo aku.. bila aku dh suka seseorg tu aku x kisah psl umur pun.. tp semua berbalik pd jodoh la..

misc Publish time 19-7-2019 11:54 AM

Ikut pengalaman sendiri, bf plg tua gap 5 tahun. Memang best rasa secured sgt. Kalau bf muda, plg muda gap 4 tahun, I rasa tua sgt2 walaupun physicalnya I nampak lagi muda dari dia. Kalau yg bf sama umur, tak rasa mcm couple pun, lebih rasa mcm kawan2.

kiyudi Publish time 19-7-2019 12:33 PM

number tu number la...

kalo kedut tu xleh nk sorok mana dah

tgah viral faceapps tu muka tua..

sorry i xkan buat....:mad:

yuki812 Publish time 19-7-2019 01:44 PM

i tak boleh lah ngn laki muda ni..
sbb rasa dia mcm adik..
dah tu camne nk manja2..:shutup:
dah tu..i rasa mcm i pulak yg kena guide dia..alahai..
xper..pasni..try tukar mindset..
cari org yg lbh besar dr i..
nmpk mcm abg2 kan...:D
apapon..tak kisah ler..jodoh tua ke muda..
doanya hingga ke syurga..
bkn kisah dongeng tau...

K6A-shOHx88

BedahBedul Publish time 19-7-2019 02:00 PM

nenekglamer replied at 19-7-2019 11:14 AM
If I may share la kan...

Aku xprnh rapat dgn lelaki yg sama umur or lebih tua dr aku. Paling tua ...

Hahaha ayat last tu win ;P
Tp seriously hubungan ngan lelaki yg lagi muda ni rasa penat, penat sbb nampak mcm kita yg lebih matang dlm semua hal, dh mcm jaga adik/anak sendiri pulak. Sebabnya susah nk jumpa lelaki muda tp kematangan & cara fikir mcm lelaki yg lebih berusia.There's a reason why lelaki cari perempuan yg lebih berusia dr mereka. Remember boys will always be boys? :lol:

noraidil_06 Publish time 19-7-2019 02:14 PM

Veneer replied at 19-7-2019 09:52 AM
Bagi aku perempuan berumur ni seperti sebuah buku klasik.
Luarnya nampak lama, tapi dalamnya penuh...

Jenuh nk menaakul karangan awak ni. Kena duk diam2 n baca. Skrg sy tgh duduk x diam

noraidil_06 Publish time 19-7-2019 02:15 PM

rospinki replied at 19-7-2019 10:50 AM
asik kita melihat org lain lebih itu ini
lupa melihat diri
cinta dan dan kedamaian itu bukan pada...

Ok x faham.

noraidil_06 Publish time 19-7-2019 02:16 PM

kiyudi replied at 19-7-2019 12:33 PM
number tu number la...

kalo kedut tu xleh nk sorok mana dah


Hehehehehehe.

noraidil_06 Publish time 19-7-2019 02:20 PM

yuki812 replied at 19-7-2019 01:44 PM
i tak boleh lah ngn laki muda ni..
sbb rasa dia mcm adik..
dah tu camne nk manja2..


X leh eh nk manje2.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: & they say age is just a number


ADVERTISEMENT