NmeeraR Publish time 18-7-2019 09:46 AM

Mengagumkan! Ini 5 Hotel Bawah Air Bikin Anda Terpukau

Edited by NmeeraR at 19-7-2019 04:05 PM

Mungkin anda sudah biasa tinggal di hotel atau resort mewah dengan pemandangan indah dari laut kebiruan dan gunung-ganang dan pokok penuh kehijaun. Tetapi,adakah anda pernah tidur secara langsung dengan ikan di lautan?


Jika belum, apa kata anda mencubanya. Ia sesuai untuk anda yang menginginkan percutian dan honeymoon yang mewah serta ingin melalu pengalam percutian yang lebih menarik.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa hotel mewah terletak di bawah lautan yang juga dilengkapi dengan akuarium gergasi supaya kita dapat melihat aktiviti ikan di laut. Berikut , ini 6 hotel bawah air terbaik untuk anda.


Atlantis the Palm, Dubai
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/10/102038aej53o9qq8j2krqz.jpg

Kredit Foto : SEE INSIDE GROUP


Dubai sering dinobat sebagai negara paling mewah di dunia. Jadi, tidak hairanlah sekiranya terdapt hote-hotel mewah yang mengagumkan. Salah satunya adalah Hotel Atlanis The Palm.


Jika anda ingin tidur dengan ikan di laut, anda boleh memilih bilik Underwater Suite. Tetapi sudah tentu harga yang disediakan juga setanding dengan pandangan yang anda dapat.



Utter Inn, Sweden
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/10/103302jg7p9kddepw5se77.jpgKredit Foto : Google


Utter Inn adalah hasil projekdari Mikael Genberg ini terapung di tengah-tengah Lake Malaren, Sweden. Sebelum ini, hotel adalah sebuah kabin botyang terapung dan bukannya penginapan mewah.


Walau bagaimanapun, untuk menarik pelancong, kini tempat iamenjadi sesuatu yang sangat bergaya. Anda boleh tidur tiga meter di bawah paras laut yang dilengkapi dengan tingkap panorama.



Hilton's Conrad Rangali Island Resort, Maldives
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/10/105500rt714lzvgy7717qg.jpgMengagumkan! 5 Hotel Mewah Bawah Air Buat Anda Terpukau.



Pada akhir 2018, Rangali Island Resort membuka villa bawah air pertama di dunia, iaitu Muraka. Villa yang dapatmemuatkan sembilan orang ini, dipenuhi dengan sentuhan mewah bagi menjadikan masa anda di Maldives lebih istimewa.


Struktur dua peringkat mempunyai tahap lebih rendah tenggelam 16 kaki di bawah paras laut dengan suite utama, bilik mandi, dan ruang tamu. Di atas pula, terdapat sebuah gim, butler, kuarters keselamatan, ruang tamu kedua, dapur, bar, dan lounge yangs sesuai untuk anda berehata seisi keluarga sambil menikmati percutian yang menarik.


Resorts World Sentosa, Singapura
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/10/110357eo229t21glrtt2ry.jpgKredit Foto: Resort World Sentosa


Jika anda mendengar Resort World Sentosa Singapura, anda pasti sudah tahu mengenai akuariumnyakedua terbesar di dunia. Di dalam bilik, anda boleh membuka tirai dan menikmati pemandangan hidupan marinlebih daripada 800 spesies.

Poseidon Undersea Resort, Fiji
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/10/112416iqz0u013ay0bqb81.jpgKredit Foto: Google

Poseidon Undersea Resort adalah bangunan hotelpermanent pertama yang berada di dasar laut.


Hotel ini mempunyai 22 bilik, restoran, bar bawah air, perpustakaan, , spa, dan suite mewah 1,200 kaki persegi.





Menarik bukan?
Mana satu pilihan anda? - CARI

Chairman Publish time 18-7-2019 11:34 AM

yaALLAH cantiknye hotel2 ni..ni style masuk bilik xyah kuar dh..layan scenery dlm bilik je

kaklong32 Publish time 19-7-2019 12:00 PM

lawa sangat niii

ichaliza Publish time 24-7-2019 11:04 AM

damai nye tgk

nuralisa Publish time 24-7-2019 12:32 PM

nak tgk yg singapore tu brp

Cpkay Publish time 25-7-2019 09:19 AM

cantik..yang kat maldives tu neelofa pernah tinggal kan.. beruntung sungguh

kualibesi Publish time 25-7-2019 05:16 PM

cantik.. seronok tengok org mampu check in hotel begini

tukul Publish time 25-7-2019 10:43 PM

berapa lah ye semalam ni..

cikbawang237 Publish time 26-7-2019 08:40 AM

ya ampunnn cantikkkkkkknyaaaa!

ain.nadhirah017 Publish time 3-8-2019 02:31 AM

Weh kena menabung ni

kualibesi Publish time 9-8-2019 11:34 AM

harga pun cantikkkkk :P

Markonah_7 Publish time 12-1-2023 06:25 PM

Harga pun mesti selawo scenary nye kaannn
Pages: [1]
View full version: Mengagumkan! Ini 5 Hotel Bawah Air Bikin Anda Terpukau


ADVERTISEMENT