tiacu01 Publish time 18-7-2019 01:37 AM

TAWARAN KERJA DI UAE

Aku D. Nak story dan nak mintak pendapat jugak sebenarnya. Aku dah bekerja. Ada company sendiri dalam education swasta. Hampir 2 tahun dah aku kerja ni. Actually sebelum kerja ni, masa aku habis graduate dulu aku mintak rasanya hampir ratusan company di Malaysia. Bila dah fed up, banyak macam takde harapan, aku try lah apply company luar-luar negara. Rasa merajuk sikit, tu yang try apply negara lain. Yela, aku dari background Science memang lah nak sangat-sangat kerja dalam field of Science. Memang aku tengok peluang sangatlah tipis aku tengok kekosongan dalam bidang Science ni. Lagi-lagi bidang yang aku ambil ni agak rare kos ni di Malaysia.

Ye tau, orang cakap jangan memilih kerja. Tapi passion aku dalam bidang Science sangatlah tinggi. Jadi, aku mintak kerja semua yang based on Science. Antaranya aku pernah juga try riki2 company based di hospital.

Ceritanya.. Beberapa hari lepas, aku dapat satu emel dari sebuah hospital di UAE untuk re-send CV. Dan beberapa details yang dia mintak untuk offer kerja kepada aku. Mula-mula, malas nak layan. Yela, jauh kot.. Lagipun dah selesa gak dengan kerja sekarang. Alhamdulillah, masyukk jugak income. Fikir, takkan nak keje kat sana.

Kali kedua, dia mesej lagi. Suruh hantar resume. Aku pun hantar jela. Dah hantar, dia cakap pihak HR akan review resume aku. Baru je tadi, aku dapat email. Dia offer untuk aku kerja di sana. Siap dah attach skali confirmation letter siap nama aku sekali.

Problemnya sekarang, aku was-was giler, sebab katanya dia tengok resume aku yang outstanding tu and diorang interested untuk hire aku as macam ni details dia:
Position Title : Science Officer
Period of Contract : 2 Years
Start Up Date : 30th August 2019
Training Period : 7 days
Basic Salary : 15 150 AED (duit Malaysia RM19K)
Weekly Allowance : 1000 AED
Place of Employment : Dubai, UAE
Working Hours : 8 Hours per day
Working Days : Sunday to Thursday
Annual Leave : 30 days per year
Transportation, Air Ticket, Medical Benefit : Provided by the Hospital

Dia ada bagi satu agency yang dia suruh apply before fly. So, soalannya sekarang. Apa patut aku buat? Ada ke yang pernah berpengalaman sama macam aku. Aku muda lagi, still bawah 30 Tahun. Aku tak tau, adakah ini scam? Sebab kalau tengok, memang company tu wujud dan aktif. Korang rasa??

miss_perfect Publish time 18-7-2019 01:55 AM

Dia ada mintak you bayar apa2 ke?

tojeng Publish time 18-7-2019 05:32 AM

Probably scammer...aku pun ada dapat email camni...bila check balik email sender tak pakai email company tapi pakai gmail n sender dengan jawatan besar dia tu takde pun dalam company yang dia cakap tu

umbut Publish time 18-7-2019 06:26 AM

Cam scam je..

tiacu01 Publish time 18-7-2019 06:30 AM

miss_perfect replied at 18-7-2019 01:55 AM
Dia ada mintak you bayar apa2 ke?

Takde pulak..

tiacu01 Publish time 18-7-2019 06:31 AM

tojeng replied at 18-7-2019 05:32 AM
Probably scammer...aku pun ada dapat email camni...bila check balik email sender tak pakai email com ...

I see.. Thanks sis..

JunkMail Publish time 18-7-2019 06:42 AM

Okay...ni aku nak bagitau.
19k tu nanti cukup2 makan je kat Dubai.
Sewa studio unit minimum 4.5k sebulan depend pada location. Sewa kena bayar upfront setahun..maknanya kalau sewa 5k..so kena bayar 5kx12 bulan. Utiliti lebih kurang 500 sebulan. Transportation kena beli kereta sendiri kalau nak mudah. Adalah bas tapi ala2 gitu. Kena amik lesen memandu yg baru sebab lesen Malaysia tak laku. Amik lesen 5k. Err dan lagi Internet is expensive. Juga VoIP dan video call apa segala jenis is banned. Kena pakai VPN . Ni nak justify gaji yang diorang offer je. Kalau pandai bajet, InshaAllah leh menyimpan kalau keje kat sana. Bagus untuk exposure .. oh btw, leh lah beli Mustang :laugh3:

miss_perfect Publish time 18-7-2019 06:54 AM

tiacu01 replied at 18-7-2019 06:30 AM
Takde pulak..

Kalau dia tak mintak bayaran apa2 upfront probably valid. Cuba tanya, dia nak bear the relocation cost tak?

Btw, macam another forumner cakap kat sana mmg sewa bayar in advance, either by 4/2/1 cheques. Salary yang dioffer tu pulak actually ok je utk get by tapi macam dia cakap living cost and transportation mmg mahal kat sana. Btw kat area mana tu ye according to the address?

tiacu01 Publish time 18-7-2019 07:59 AM

JunkMail replied at 18-7-2019 06:42 AM
Okay...ni aku nak bagitau.
19k tu nanti cukup2 makan je kat Dubai.
Sewa studio unit minimum 4.5k...

Kalau tengok dalam offer letter dia tulis accommodation and transport provided. So still kita kena keluar expenses jugak ke?

tiacu01 Publish time 18-7-2019 08:00 AM

miss_perfect replied at 18-7-2019 06:54 AM
Kalau dia tak mintak bayaran apa2 upfront probably valid. Cuba tanya, dia nak bear the relocation...

Yup. Relocation cost 25 000 AED

tiacu01 Publish time 18-7-2019 08:02 AM

Edited by tiacu01 at 18-7-2019 08:03 AM

Ni offer letter dia

nor876 Publish time 18-7-2019 08:45 AM

tiacu01 replied at 18-7-2019 08:02 AM
Ni offer letter dia

ni scammer...sebab sy pon pnh baca offer letter ni dr member..dia forward..google company mmg wujud..tny member, member ckp scammer.so jgn percaya selagi x interview face to face..

miss_perfect Publish time 18-7-2019 10:23 AM

tiacu01 replied at 18-7-2019 08:02 AM
Ni offer letter dia

Lepas tgk offer letter dia rasa macam too good to be true pulak.

prettyuglybabe Publish time 18-7-2019 10:40 AM

kalau takde interview tapi dah dapat offer letter, better check semula..
kalau ada contact no company tu, call untuk pengesahan betul ke ada hantar offer letter from that email..

awan_kelabu Publish time 18-7-2019 01:00 PM

company sendiri tu buat apa? kenapa nak cari kerja lain, company sendiri x best ke

tiacu01 Publish time 18-7-2019 01:05 PM

miss_perfect replied at 18-7-2019 10:23 AM
Lepas tgk offer letter dia rasa macam too good to be true pulak.

Tulah kan..

tiacu01 Publish time 18-7-2019 01:06 PM

awan_kelabu replied at 18-7-2019 01:00 PM
company sendiri tu buat apa? kenapa nak cari kerja lain, company sendiri x best ke

Ni actually dah lama dulu time awal2 baru grad. Apply je semua.. Tetibe je ni..

nuryakmal Publish time 18-7-2019 02:22 PM

u have internet connection kan. please do a research on the said company

tiacu01 Publish time 18-7-2019 03:12 PM

nuryakmal replied at 18-7-2019 02:22 PM
u have internet connection kan. please do a research on the said company

Yup. Dah research. Mmg established

Innrukia Publish time 18-7-2019 08:01 PM

Apa level of interview yg hang dh attend? Kalau big company, they willing to pay to fly u to Dubai for f2f interview dik...
Pages: [1] 2
View full version: TAWARAN KERJA DI UAE


ADVERTISEMENT