seribulan Publish time 17-7-2019 04:24 PM

[Takwil Puisi 020] TERAPI DIRI...

Edited by seribulan at 17-7-2019 03:51 PM

Tahniah kepada pemenang Andaiku Miliki Semalam,

@-adnil- @sapeka

*Pemenang dipilih berdasarkan poin penting yang dilampirkan dalam mentakwil dengan sajak ini

https://i.ibb.co/rFSgPDx/583e48fa32ce593ec0011902044c84a4.png

Jawapan Takwil Puisi Andaiku Miliki Semalam
Mengisahkan sesorang yang dah pasrah pada kehidupan. Cinta hanya pada ilahi. Dia pasrah meneruskan kehidupan walaupaun kadang2 kesalahan lama dan luka2 lama terbayang di ruang hati. Dia tekad untuk menruskan apa juga halangan walaupun payah kerana pada dia hanya pada Allah dia berserah. .

Puisi Minggu Ini

TERAPI DIRI


memerhati sekeliling di hutan batu
mencari objek yang tertarik dimata
untuk diterjemahkan di helaian kertas
agar dapat aku menikmati kepuasan

kadang aku keliru dengan permandangan
zahirnya nampak indah dimata
tetapi hakikat mungkin menyedihkan dan merosakkan muda mudi
itulah realiti kehidupan di kota

siang hari dijalanan umat sibuk mencari rezeki
malam hari pula bersiar untuk terapi diri
roda kehidupan yang sentiasa berpusing
pasti suatu hari akan berubah mengikut masa

karya oleh,

@johan-adx   


https://s2.gifyu.com/images/IntroText_20190415_132106.gif

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201905/01/104059kyzqknmwlmzwplap.gif

sapeka Publish time 17-7-2019 07:22 PM

Tq akak memilih sy sebagai pemenang

Bersotong Publish time 17-7-2019 10:54 PM

kt mne aku leh berpuisi n dpt kedit?

seribulan Publish time 18-7-2019 07:49 AM

sapeka replied at 17-7-2019 06:22 PM
Tq akak memilih sy sebagai pemenang

Akak fahd, tuan punya sajak yang pilih...penyajak akan pilih pemenang :)

seribulan Publish time 18-7-2019 07:52 AM

Bersotong replied at 17-7-2019 09:54 PM
kt mne aku leh berpuisi n dpt kedit?

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1033217&highlight=puisi%2Bsyahdu

coretan hati puisi syahdu :)


johan-adx Publish time 18-7-2019 07:59 AM

menarik puisi kalini...bukan calang2 org yg karang ni

seribulan Publish time 18-7-2019 08:00 AM

Edited by seribulan at 18-7-2019 07:01 AM

@KILL_NANCY @MeghanK @Foxey @matkpop
@kuzaime @hibernation @fixit @AlterEgo @kuihbakar
@bianglala @hotmak @-adnil- @sapeka @meisapoya
@salmon-suki @tari @missinpiece @takayama @chicozinn
@aleX-S @fahdramli ...


seribulan Publish time 18-7-2019 08:24 AM

https://media3.giphy.com/media/djRkJxehEYQjm/200w.webp?cid=790b76115d2fba427049585649719dd1&rid=200w.webp

hotmak Publish time 18-7-2019 09:26 AM

tahniah, tak pernah pandai karang ayat puitis :D

kuihbakar Publish time 18-7-2019 09:51 AM

TERAPI DIRI


memerhati sekeliling di hutan batu
mencari objek yang tertarik dimata
untuk diterjemahkan di helaian kertas
agar dapat aku menikmati kepuasan
Takwil
Pada pendapat saya, penulis berada di tengah kotaraya tinggal dan bekerja di sana. Kadang kadang berada di kotaraya , jiwa dan emosi tercari cari apa yang boleh diisi. Tercari cari apa yang boleh mendapatkan kepuasan hidup di kota besar ini

kadang aku keliru dengan permandangan
zahirnya nampak indah dimata
tetapi hakikat mungkin menyedihkan dan merosakkan muda mudi
itulah realiti kehidupan di kota

Penulis merasakan bahawa apa yang ada di depan mata di kotaraya hanyalah fatamorgana. Khayalan yang hanya menjahanamkan realiti. Khayalan yang menghilangkan budi dan akal, menghilangkan sifat kemanusiaan dan keprihatinan, menghilangkan kedamaian dan kesejahteraan

siang hari dijalanan umat sibuk mencari rezeki
malam hari pula bersiar untuk terapi diri
roda kehidupan yang sentiasa berpusing
pasti suatu hari akan berubah mengikut masa

Penulis merasakan hidup di kota kadangkala tiada makna dalam kehidupan. Hanya mengulangi rutin setia hari tanpa memaknai diri

-adnil- Publish time 18-7-2019 11:29 AM

Edited by -adnil- at 18-7-2019 02:39 PM

Mengisahkan penulis mencari ilham berlatarbelakangkan sebuah bandar / kotaraya.

Mencari sesuatu yang menarik pandangandemi memenuhi minat melukis penulis.

Namun adakala pemerhatiannya terganggu dan berasa bingung dengan apa yang dilihatnya.

Sesuatu yang kelihatan menarik dan menyenangkan itulah yang bisa memusnahkan kehidupan masyarakat terutamanya anak muda dan tidak mendatangkan manfaat.

Itulah hakikatnya kehidupan yang dilalui di bandar.

Waktu siang adalah masa untuk bertungkus lumus bekerja.

Malam pula adalah waktunya bersosial dan menghiburkan hati masing-masing.

Hidup pula adakalanya di atas, adakalanya di bawah.

Namun segalanya akan berubah seiring peredaran zaman.

sapeka Publish time 18-7-2019 03:53 PM

seribulan replied at 18-7-2019 07:49 AM
Akak fahd, tuan punya sajak yang pilih...penyajak akan pilih pemenang

Oww...camtu..ingtkan momod

takayama Publish time 19-7-2019 08:03 AM

thanks momod cik seri tagged kaka tp masaalahnya kaka x gheti nk mengulas puisi :'(

ini berdsrkan pemahaman kaka shj yea klu x betul ampun but kaka nk cuba

memerhati sekeliling di hutan batu
mencari objek yang tertarik dimata
untuk diterjemahkan di helaian kertas
agar dapat aku menikmati kepuasan

penulis sedang mencari ilham untuk menulis di celah2 bangunan sambil meninjau/memerhati sekeliling andai ada yang boleh menarik hatinya utk dijdkan bahan tulisan/nukilannya

kadang aku keliru dengan permandangan
zahirnya nampak indah dimata
tetapi hakikat mungkin menyedihkan dan merosakkan muda mudi
itulah realiti kehidupan di kota

penulis menyatakan kehidupan di kota yg penuh dgn khayalan/kepura2an walhal hakikatnya tidak menggambarkan keindahan yang dilihat pd zahirnya. Keseronokan duniawi sering dikejar oleh anak2 muda dan akibat kelalaian tersebut mereka menjadi semakin alpa dan hanyut dgn dunia keseronokan

siang hari dijalanan umat sibuk mencari rezeki
malam hari pula bersiar untuk terapi diri
roda kehidupan yang sentiasa berpusing
pasti suatu hari akan berubah mengikut masa

penulis menyatakan bhw sebagai terapi diri kepada insan2 ini yg telah penat membanting tulang disiang hari mereka bersiar2 di waktu mlm dan sesungguhnya pada suatu hari nanti apa yg dilalui setiap hr ini akan berubah mengikut aliran semasa

kesimpulannya kehidupan dikota bukanlah seindah yang dikata dan ditunjukkan kerana pelbagai kejelikan pasti ada manakala untuk yang gigih berusaha pasti akan ada perubahan

johan-adx Publish time 19-7-2019 09:40 AM

Edited by seribulan at 19-7-2019 10:29 AM

takayama replied at 19-7-2019 08:03 AM
thanks momod cik seri tagged kaka tp masaalahnya kaka x gheti nk mengulas puisi

ini berdsrkan ...

hebat...takwil yg dimaksudkn...

seribulan Publish time 19-7-2019 11:28 AM

Edited by seribulan at 19-7-2019 10:29 AM

johan-adx replied at 19-7-2019 08:40 AM
hebat...takwil yg dimaksudkn...

Hep, belum seminggu :)
Pi main jauh-jauh penyajak...

sapeka Publish time 19-7-2019 12:27 PM

TERAPI DIRI

memerhati sekeliling di hutan batu
mencari objek yang tertarik dimata
untuk diterjemahkan di helaian kertas
agar dapat aku menikmati kepuasan

-
penulis menceritakan bahawa penulis hidup di kotaraya
di kelilingi bangunan pencakar langit di setiap mata memandang
sehingga terpaksa tercari2 sesuatu yang nampak menarik untuk mengisi masa yang sekadar cuma

kadang aku keliru dengan permandangan
zahirnya nampak indah dimata
tetapi hakikat mungkin menyedihkan dan merosakkan muda mudi
itulah realiti kehidupan di kota

-
kehidupan di kota
nampak indah dan gah penuh keseronokkan
hakikatnya amat berbeza
segala yang ada keseronokkan dan sebagainya yang indah
hanyalah alat untuk merosakkan jiwa muda mudi

siang hari dijalanan umat sibuk mencari rezeki
malam hari pula bersiar untuk terapi diri
roda kehidupan yang sentiasa berpusing
pasti suatu hari akan berubah mengikut masa

-
masa penghuni kota banyak terbuang dijalanan
dalam usaha mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga
di waktu malam pula dijalanan mencari jalan untuk rehatkan jiwa
yang keletihan berusaha di siang hari
beginilah kehidupan yang sentiasa berjalan tanpa henti
tidak akan sama perjalanannya
kerana suatu masa putaran kehidupan akan berubah mengikut masanya

sekian

adila39 Publish time 19-7-2019 08:33 PM

eh lamanyaaaa x masuk sini.. wahh hebatnya tulisan ni..

joyahbawang Publish time 20-7-2019 04:52 PM

Tahniah pemenang. Saya tak pandai puisi and sajak ni :lol:

Kamisahayu Publish time 22-7-2019 11:44 AM

Saya nak cuba. Maaf kepada penyajak jika tak kena.

Terapi Diri

memerhati sekeliling di hutan batu
mencari objek yang tertarik dimata
untuk diterjemahkan di helaian kertas
agar dapat aku menikmati kepuasan

- Penulis hidup di bandar yang sibuk dan dia mencari sesuatu yang boleh untuknya berpegang teguh, untuk diluahkannya melalui tulisan supaya puas rasa hatinya.

kadang aku keliru dengan permandangan
zahirnya nampak indah dimata
tetapi hakikat mungkin menyedihkan dan merosakkan muda mudi
itulah realiti kehidupan di kota

- Kadangkala penulis keliru dengan apa yang dilihatnya. Di luarannya nampak indah dan cantik tetapi sebenarnya yang indah itu ada keburukan di sebaliknya yang boleh merosakkan hati/kehidupan generasi muda sekarang. Tetapi itulah sebenarnya kenyataan kehidupan di kota.

siang hari dijalanan umat sibuk mencari rezeki
malam hari pula bersiar untuk terapi diri
roda kehidupan yang sentiasa berpusing
pasti suatu hari akan berubah mengikut masa
- Manusia di siang hari sibuk bekerja mencari rezeki. Malam pula mereka memenangkan hati dengan bersiar-siar mencari hiburan. Begitulah kehidupan yang perlu dilalui setiap hari tapi akhirnya akan berubah apabila ajal menjemput mengikut masa yang ditetapkan.

gigihadid Publish time 22-7-2019 01:05 PM

joyahbawang replied at 20-7-2019 04:52 PM
Tahniah pemenang. Saya tak pandai puisi and sajak ni

Sama la.. Xpndai nk berpuitis.. Hehe
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 020] TERAPI DIRI...


ADVERTISEMENT