melnanzz Publish time 16-7-2019 07:10 PM

MIMPI SABRINA [Samarinda TV3: Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha S

Mimpi Sabrina
slot Samarinda TV3
setiap Isnin hingga Khamis, 10.00 malam
saluran TV3, tonton dan YouTube TV3MALAYSIA Official



Drama bersiri Mimpi Sabrina sedang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3. Menampilkan pelakon Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla dan ramai lagi. Drama 20 episod arahan Nizam Zakaria, terbitan Radius One Sdn Bhd. Ditayangkan bermula 11 Julai 2019, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : MIMPI SABRINA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Nizam Zakaria
PRODUKSI : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha Shilla, Marisa Yasmin, Amy Mastura, Roy Azman, Jelita Murni, Hamidah Waahab, Ikhram Juhari, Puteri Khareeza, Ilman Saldi, Hasmira Azmi, Atiq Azman, Farah Zanordin, Fadly Fuad

WATAK PELAKON
Juliana Evans sebagai Sabrina
Erwin Dawson sebagai Fahrin
Josiah Hogan sebagai Riduan
Tasha Shilla sebagai Farah
Marisa Yasmin sebagai Alisa Liyana
Ako Mustapha sebagai Ibrahim
Amy Mastura sebagai Kak Sue
Roy Azman sebagai Mustafa
Hamidah Waahab sebagai Che Salmah
Ikhram Juhari sebagai Amat
Puteri Khareeza sebagai Cat
Ilman Saldi sebagai Lan

LAGU TEMA / OST
Syura Badron - Ego

90JarHCSL1E

SINOPSIS MIMPI SABRINA
Mengisahkan percintaan antara dua darjat iaitu antara Sabrina, anak seorang hartawan yang memiliki perniagaan perhotelan dengan Fahrin, seorang budak kampung. Namun cinta mereka terputus dipertengahan jalan, setelah Fahrin difitnah dan dipenjarakan atas tuduhan merompak. Demi menyelamatkan perniagaan ayahnya, Sabrina dinikahkan dengan Ridzuan, anak angkat kepada bapa saudaranya. Tujuh tahun telah berlalu, cinta yang berkubur itu mekar semula apabila tanpa sengaja Fahrin dan Sabrina bertemu semula dalam suasana yang cukup berbeza.

epal21 Publish time 16-7-2019 07:22 PM

Budak kecik tue dah pandai berlakon ie? Dulu kayu aje,harapkan muka mix aje.

Amigurumi Publish time 16-7-2019 09:19 PM

Amboi watak utama mix belaka

TerataiMelur02 Publish time 16-7-2019 10:04 PM

lawa la juliana ni:loveliness:

melnanzz Publish time 16-7-2019 10:20 PM

TerataiMelur02 replied at 16-7-2019 10:04 PM
lawa la juliana ni

kann... macam DD pun ada juga.

Jue dah kurus sikit dalam drama ni. Masa dia berlakon filem Aliff Dalam 7 Dimensi, dia nampak tembam sikit.

matchstick Publish time 16-7-2019 11:58 PM

Hero watak budak kampung tp muka ala2 mix kokesen.. Tp not bad lah lakonan dia. Jue pun x kayu pulak dlm citer ni. Suka watak Amy mastura

beta_carotene Publish time 17-7-2019 01:19 AM

Tgk poster dah mcm netflix series jah
Semua muka kokesen :lol:

seller6183 Publish time 17-7-2019 04:23 PM

dahsyat ni juliana dpt permission berlakon. jarang2 dh masuk istana boleh keluar tv jd rakyat marhaen

helicornia Publish time 17-7-2019 06:18 PM

mcm tk best je drama ni.aku tengok 1st episod pun tk abis.tido lagi sedap

bulan_gerhana Publish time 18-7-2019 05:23 PM

mcm citer cinte antara dua darjat plak

ananyaperfume Publish time 18-7-2019 10:38 PM

Suka drama ni sedap hero heroin pandai blakon ,bilik sabrina cantik n makcik amy mastura yang sentiasa awet muda

myrandapv Publish time 25-7-2019 11:46 AM

Knp tukar waktu siaran eh

bulan_gerhana Publish time 16-8-2019 11:50 AM

eh dah xde hapdet citer ni la.. sampai EP 17 je..dah abis ke???

hayrin86 Publish time 23-8-2019 08:33 AM

bulan_gerhana replied at 16-8-2019 11:50 AM
eh dah xde hapdet citer ni la.. sampai EP 17 je..dah abis ke???

Dahpun habis dua hari lalu..

bulan_gerhana Publish time 23-8-2019 09:07 AM

hayrin86 replied at 23-8-2019 08:33 AM
Dahpun habis dua hari lalu..

ye ye betui lama gile nak tunggu next episode.. tetiba 2 epi terus abis... just becoz raya haji kot..

anyway.. cam kelam kelibut la ending dia...

rizwan tangkap org upahan lisa.. then rizwan pulak kene ikat dengan org upahan tu..

farah pulak jadi tali barut.. padahal ade motif sendiri dendam dgn rizwan.. alih2 kene tembak.. fahrin kene tuduh.. cat tolong pulak.. rumah sabrina kene lelong .. cat beli balik..

rizwan pulok koma... buah pinggang sume rosak.. then fahrin dtg kata nak donate kidney.. siap boleh sesuai plak tu.. then fahrin yg mati.. mmg betui2 mimpi sabrina...

untung jadik org nama sabrina hehheheh
Pages: [1]
View full version: MIMPI SABRINA [Samarinda TV3: Juliana Evans, Josiah Hogan, Erwin Dawson, Tasha S


ADVERTISEMENT