seribulan Publish time 14-7-2019 03:41 PM

Lets TALK coconut...

Edited by seribulan at 14-7-2019 03:50 PM

Sedapnya minum ayo nyo panas berbahang sekarang :)

Ada yang tambah lemon, laici dll...

Pokok plebagai guna ni...lidi, ketupat...

Lengkong Publish time 14-7-2019 04:46 PM

Khamis lepas baru je saya dapat minum air kelapa muda, tidak dicampur gula tak nak manis. Air kelapa untuk sejukkan badan. Pokok kelapa pokok serbaguna.
Dulu2 batang kelapa ditebang untuk dibuat bangsal kenduri
Umbut kelapa dicelur dan dicicah dengan sambal belacan atau dibuat kerabu. Rasanya manis.
Sabut dan tempurung dijadikan bahan bakar untuk buat kuih baulu dan digunakan untuk bakar sampah daun2 kering bagi menghalau nyamuk. Biasanya petang2 lah aktiviti bakar sampah ni.
Santan kelapa dibuat kuih, gulai dan dimasak untuk dijadikan minyak.



Bungaapi Publish time 14-7-2019 04:53 PM

Air kelapa fresh muda tu sdp. Tp org cakap kalau mkn vitamin tak elok minum kan. Sbb dia bersifat mencuci. Kalau demam biasa ke demam campak ke selalu minum air ni lah. Kurangkan panas badan dan keluarkan panas.

seribulan Publish time 14-7-2019 06:41 PM

Kat pantai Teluk Batik, dulu diorang jual subenir hasil kraf dari kelapa :)

shinichi Publish time 14-7-2019 06:48 PM

ajenya baru minum, nikmat dapat ais kelapa kosong tanpa gula di tengah paneh lit lit :drool3:

joyahbawang Publish time 14-7-2019 07:26 PM

Selain dari sedap untuk dimakan/minum, coconut pun ada a few other uses for our skin and hair

1. Massage coconut milk into hair and scalp for 5 minutes before shampooing to boost hair follicle and promote hair growth

2. Coconut milk can be used as makeup remover that cleanse and nourishes skin at the same time

3. Oats soaked in coconut milk for 10 minutes can be used as a gentle homemade scrub to exfoliate the skin

4. Coconut water can be used as a face serum by soaking cotton pads in the coconut water and applying them to your face overnight for radiant and hydrated skin

5. To help with reducing acne, mix coconut water with honey and leave on your face for 15 minutes and remove with cold water afterwards

I've tried a few and memang menjadi :$:loveliness:

cikAJA Publish time 15-7-2019 11:47 AM

Tahukah anda?

Kegunaan kelapa

Kesemua bahagian pokok kelapa berguna kecuali kemungkinannya bahagian akar dan pokok kelapa mampu menghasilkan sehingga 75 biji kelapa sebulan; dengan itu, ia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malah, nama pokok kelapa dalam bahasa Sanskrit adalah kalpa vriksha, yang diterjemahkan sebagai "pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan". Kegunaan pelbagai bahagian kelapa termasuk:

batang kelapa boleh dibuat titi serta bahan pembinaan untuk rumah seperti papan, dinding dan lantai

daun kelapa boleh dibuat pembalut makanan

lidi kelapa boleh dibuat penyapu

sabut kelapa boleh dibuat tali

tempurung kelapa boleh diproses menjadi ubat nyamuk ,arang dan barangan kraftangan

serbut sabut boleh dibuat bahan reput dan kompos dalam pertanian

minyaknya sebagai minyak masak, minyak urut,minyak pelita dan sabun

seribulan Publish time 15-7-2019 12:31 PM

Cambah/tumboh/tombong kelapa dalam buah kelapa tua tu sedap betul...lama tak makan sama dengan umbut :)


Kenduri orang India dan sewang Pribumi biasa diguna daun kelapa ni...


Dulu kecil rajin abang rajin buat serunai dari daun ni...

hotmak Publish time 15-7-2019 12:40 PM

santan kelapa tua, masak dijadikan minyak, tapi kena masak guna kayu api, baru tradisional

seribulan Publish time 15-7-2019 12:45 PM

Kuih muih pun banyak asasnya kelapa...tabur kelapa..guna santan kelapa...


Keresek kering @ basah...asas masakan...yang kering suka buat kerabu {:2conggalo


watashinoai Publish time 16-7-2019 02:18 AM

masa kena chicken pox 4 tahun lepas hari2 minum air kelapa.. tapi tu la, kejap2 nk buang air kecik.. dalam masa sejam brapa kali masuk toilet..

saya suka minum air kelapa tanpa gula dan ais.. minum dalam buah kelapa tu.. lepas minum baru korek2 isi.. memang marvelous.. hehee

seribulan Publish time 16-7-2019 10:39 AM

Tomyam air kelapa...banyak masakan tambah air kelapa sekarang :)

takayama Publish time 16-7-2019 11:25 AM

mmg banyak kegunaan kelapa ni

sabut dan tempurung kelapa tu ada kegunaannya. Terigt kat arwah tok gunakan dua bhn ni utk bakar kuih bahulu tradisional dulu2
dulu2 kaka rajin gak tolong arwah tok msk minyak kelapa dan minyak kelapa yg fresh sgt best baunya, ada org x suka tp kaka suka aje. dan ms kecik dulu2 arwah ibu kaka guna minyak kelapa dgn melulurkan kat rambut maka rambut kami nampak cantik dan shining ;P
dan daun kelapa tu time kecik2 dulu ditarik oleh abg2 seronok sgt :lol:
air kelapa muda biasa kami minum time bdn rs x best, rs cam nk demam insyaAllah nnt cepat kebahnya
dan kaka br aje try msk tomyam guna air kelapa muda, rs dia okay jer tp anak2 x brp suka sbb dlm kepala diaorg kaka guna santan walhal xde rupa camtu pun :curse:

irise666 Publish time 16-7-2019 01:13 PM

Perubatan Rohani

1. Santau - diberi minum air kelapa muda sebiji dengan dicampur dengan madu. Diruqyah air kelapa kemudian tepuk pesakit dengan ayat tepuk sebagaimana dalam buku Ruqyah Asas 17 Mustaqim.

2. Ilmu Pengasih/Nasi Kangkang - Air kelapa ialah penawar ilmu pengasih yang mujarab. Diberi minum air kelapa muda sebiji sebanyak 3 kali sehari, jika ada simptom seperti panas badan, elok juga mandi dengan air kelapa tua. Baca selawat syifa, al-fatihah dan 3 qul sebelum minum.

3. Saka - Saka yang menyebabkan pemiliknya sakit terlantar, ubatnya air kelapa. Dimandi dengan air kelapa tua. Diruqyah dengan al-fatihah dan selawat tafrijiah dan di minum air kelapa muda yang dipanggang.

4. Sihir gatal - Air kelapa dicampur dengan seinci kunyit, sireh (ditumbuk) dan secalit kapur makan. Disapu ke badan yang gatal. Cara untuk minum pula, rebus secekak sireh dan sejukkan. Apabila sejuk tambahkan dengan air kelapa muda, minum 3x sehari selama seminggu atau hingga sembuh. Bacaan ruqyah untuk ditiup pada air kelapa tadi ialah selawat syifa 3x, al-fatihah 7x dan An-Nas 7x


sumber:
http://kuasamistik.blogspot.com/2012/05/khasiat-air-kelapa.html

Amalinarazi Publish time 16-7-2019 10:19 PM

Khasiat air kelapa

1. Mengurangkan Berat Badan

Kalau di banding dengan minuman yang lain, kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan.

2. Penjagaan Kulit

Kepada yang hendak memiliki kulit yang sempurna, air kelapa boleh memastikan kulit anda licin berseri. Apabila anda minum air kelapa ia membantu memulihkan kelembapan semulajadi kulit anda.

Kulit yang kering selalunya bererti kulit yang rosak. Kulit bergantung kepada lapisan Lipid untuk melawan iritasi kulit yang disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat.

Apabila kulit anda menjadi kering, ia hilang keupayaan semulajadi untuk melawan bakteria meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat.

Kalau anda sedar,banyak produk kecantikan yang popular di pasaran mengandungi ekstrak buah kelapa kerana kebaikanya dalam penjagaan kulit telah lama terbukti.

3. Membantu Penghadaman

Jika anda selalu rasa kembung dan susah untuk menghadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman anda.

Ini kerana air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masaalah pencernaan . Tambahan pula, air kelapa dapat mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut anda.

4. Menggalakkan Penghidratan

Apabila anda berseman ataupun menjalankan aktiviti fizikal, badan anda akan kehilangan mineral penting yang membuat anda rasa letih.

Daripada anda minum Air Isotonik yang penuh dengan gula, anda boleh menggantikan mineral yang hilang dengan cara yang lebih sihat.Air Kelapa membawa kesan yang sama seperti minuman Isotonik dalam menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersenam.

Satu cawan Air Kelapa mengandungi 294 mg Kalium dan 5 mg Gula semulajadi. Kandungan gula yang rendah dibandingkan dengan minuman Isotonik menjadikan ia alternatif yang sihat.

5. Menurunkan Tekanan Darah

Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi.

Kerana Air kelapa ini mempunyai kandugan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbang semula kandungan elektrolit dalam badan.

Kajian yang boleh dijumpai di dalamWest Indian Medical Journal 2005,menunjukan air kelapa dapat mengurangkan kadar tekanan darah 71% dari perserta kajian tersebut.

6. Kaya Dengan Nutrien & Vitamin

Berbeza dengan jus lain yang ada di pasaran, air kelapa mengandungi dos Vitamin dan Nutrien yang penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

7. Penuh denganPotassium

Kepada yang belum tahu tentang kebaikan Potassium, ia membantu membina protein dan bertanggung jawab untuk merangsang saraf dan otot seluruh badan. Ia juga membantu tulang anda mengekalkan kalsium.

Secawan air kelapa mengandungi 600 milligram Potassium yang merupakan 17% dari jumlah harian yang disyorkan. Ini sama seperti anda makan satu biji pisang yang besar. Cukup sebab untuk anda jadikan Air kelapa sebagai satu sumber bekalan Potassium harian anda.

8. Mengimbangkan kadarpHBadan

Stress dan tekanan kehidupan harian, tambahan pula makananan segera yang penuh dengan bahan kimia, boleh meningkatkan kadar asid dalam badan ke tahap yang bahaya.

Ini membuat badan kita rasa lemah dan mengurangkan keupayaan semulajadi tubuh kita menyerap mineral yang penting. KadarpHbadan yang tinggi juga boleh meletak tekanan pada hati untuk berkerje lebih keras. Selain daripada itu, antara penyakit lain yang boleh disebabkan oleh kadarpHtinggi adalah:

artritis reumatoidosteoporosisKencing Manistekanan darah tinggikurang daya tahan.

Air kelapa memberi kesan alkali dan bertindak untuk mengimbangkan kadar PH dalam badan.

9. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Air kelapa mengandungi asid amino dan serat yang boleh membantu mangawal kandungan gula dalam darah .

Ia juga meningkatkan sensitiviti insulin. Kajian menunjuk air kelapa membawa kesan terapeutikkepada tubuh manusia dengan cara membantu mengurangkan paras glukosa darah.

10. Melambatkan Proses Penuaan

Air kelapa mengandungi Cytokininsyang mempunyai kesan anti-penuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Ini mengurangkan risiko mendapat penyakit degeneratif yang berkaitan dengan usia.

Kuasa Penghidratan Air Kelapa juga memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit.


seribulan Publish time 17-7-2019 01:22 PM

Kena cari ayo nyo balik ni :)

seribulan Publish time 19-7-2019 04:24 PM

shinichi replied at 14-7-2019 05:48 PM
ajenya baru minum, nikmat dapat ais kelapa kosong tanpa gula di tengah paneh lit lit

Borong 3 bekas ayo nyo. Panas lit lit :)

f98 Publish time 23-7-2019 09:34 PM

Seronoknya dapat minum air kelapa sejuk panas panas ni... fuhhh nikmat!

Coconut fun facts 🌴

# Coconuts can float for long distances across the ocean and then put down roots again when they are washed ashore. There are reports that individual coconuts have even reached Scandinavia.

# At full capacity, the coconut palm bears fruit for 15 to 60 years, but under ideal conditions, fruit production can last for up to 80 years.

# The maximum age of the coconut palm is between 100 and 120 years.

# There is a crustacean that particularly likes to live where there are coconuts, and is therefore called the coconut crab.

15. There are over 1,300 types of coconut, which can all be traced back to one of two genetic origins from either the Pacific or the Indian Ocean.

16. In well managed 15 year old plantations, about 9,500 coconuts can be harvested per hectare per year, and some 12,000 fruits can be harvested from 20 year old plantations.

orgsepang Publish time 27-7-2019 10:11 PM

Edited by orgsepang at 27-7-2019 10:13 PM

Tombong kelapa sedap tapi budak sekarang tak pandai makan.

Sekarang orang buat bonsai, cantik kan :loveliness:


Air kelapa jadi kesukaan keluarga tapi nak menghasilkan hidangan kadang2 malas sungguh ;P

Sumber gambar : google

amerald Publish time 28-7-2019 10:03 PM

Bagus
Banyak info dapat kr sini.
Thanks...
Kalau demam campak boleh minum air kelapa lepas tu air kelapa tu buat mandi.
Cepat hilang campak dan tiada parut {:1_141:}
Pages: [1] 2 3
View full version: Lets TALK coconut...


ADVERTISEMENT