seribulan Publish time 14-7-2019 03:12 PM

Lets TALK biawak

Ada biawak komodo, ada biawak parit...

Biawak 2 kaki paling menyusahkan...

Lengkong Publish time 14-7-2019 04:02 PM

Bercakap mengenai biawak..jika merujuk kepada manusia tiada yang positif yang dapat diperkatakan
Biawak hidup
Orang yang malas bekerja walaupun tubuh badan sihat dan masih muda. Mengharapkan hidup ditanggung oleh orang lain. Dalam masyarakat Melayu masalah biawak hidup ini lebih ditujukan kepada lelaki yang tidak berkerja untuk menanggung isteri dan anak sendiri.
Lidah biawak
Orang yang suka mungkir janji dan percakapannya tidak boleh dipercayai.
Biawak binatang
Adalah hikmahnya Allah menjadikan biawak, salah satu spesis penghuni alam. Biawak makan bangkai binatang lain.



lilylulu Publish time 14-7-2019 04:55 PM

biawak hidup is very irony. iolss duduk umah tgh sawah mmg penoh dengan biawak. biawak biasanya suka korek lubang so mak iolss akn kambus balik tapi tak sampai setengah hari biawak tu akan korek balik so on and so on. jadi iolss simpulkan biawak nih binatang yg rajin tapi kenapa dia dimalaskan dalam frasa biawak hidup? adakah biawak hidup itu merujuk kepada perbuatan biawak yg berpaut ke atas badan manusia seperti mana gambar viral biawak panjat pagar minggu lepas?

seribulan Publish time 14-7-2019 06:38 PM

Jalan pintas banyak biawak. Tergelimpang kena langgar...mati bewak pulak...

watashinoai Publish time 16-7-2019 02:27 AM

biawak suka duduk dalam parit n tempat2 kotor yg berair.. tapi ada satu kaum suka makan biawak.. dorang pilih yg besar2 punya.. kalau jual pun laku.. hehehee..
dulu waktu kecik bila nampak biawak slalu confuse antara biawak dan buaya.. hahahaa..
biawak kulit tebal.. biawak takut kt org dewasa tapi tak tkut pada kanak2 n bayi.

hotmak Publish time 16-7-2019 09:37 AM

ramai orang kata, biawak buat apa nak simpan, kalau lah kuasa cerai tu ditangan perempuan

ada pulak, eh suami org tu biawak, apasal isteri dia masih bertahan, makcik bawang yg dok menyibuk hal org, mana dia tau kot tak keluar kerja tapi ada pendapatan sendiri ke

seribulan Publish time 16-7-2019 10:37 AM

Biawak Dhab buat ubat :)

takayama Publish time 16-7-2019 11:17 AM

kaka x suka biawak atau apa jer binatang dr keluarga reptilia
ms kaka kecik dulu ada biawak sesat msk kat dapor rumah ayah kaka
terjerit2 kaka panggil jiran kaka dam dia berusaha menjolok biawak tu dgn galah suh keluar dr dapor, setelah berusaha berkali2 akhirnya biawak pun keluar dan kaka cecepat tutup pintu
sekrg ni sejak tanah lapang kt kawasan belkg dah dibeli dan diratakan dah x nampak lg biawak kt kawasan perumahan kami tu
dan ada sekali ms kaka sekeluarga tgh mkn mee bandung muo kt tg mas, kami ternampak biawak yg agak beso kat satu pokok ni, aduh potong selera nk mkn :mad:
cam cik momod seri kata lately ni biawak yg mati dilanggar mmg banyak bergelimpangan baik di jln dlm bandar mahupun kat highway
Untuk yg digelar biawak hidup tu, kaka hmmm ajelah, yealah x kena kat kita mmg senang nk kata kot terkena batang hidung sendiri maka senyap ajelah dr berkata2

seribulan Publish time 17-7-2019 01:28 PM

Lidah bercabang bagai biawak...

Amalinarazi Publish time 17-7-2019 07:25 PM

Walaupun dhab dengan biawak dua jenis berbeza dan dhab halal untuk dimakan , still terfikir macam makan biawak

seribulan Publish time 19-7-2019 05:24 PM

Biawak

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Dalam masyarakat Melayu, binatang dan tumbuhan sering dijadikan perumpamaan dan teladan. Misalnya, pokok enau(kabung) hidup menyendiri, tegak tanpa mendapat sokongan pokok lain, menerbitkan perumpamaan, "bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing" yang membawa maksud orang yang pentingkan diri sendiri, tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.


Biawak juga sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu, mungkin disebabkan ia sebahagian daripada haiwan reptilia liar yang sering ditemui di Malaysia.
http://google.com/thumb/8/8b/Water_Monitor_%28about_1.5m_long%29.jpg/240px-Water_Monitor_%28about_1.5m_long%29.jpg
Mengikut web wikipedia, biawak air atau nama saintifiknya,Varanus salvator adalah spesis biawak yang besar dan boleh mencapai ukuran lebih 3 meter;

Water Monitor is a large species of monitor lizard capable of growing over 3 meters (9.8 ft) in length, with the average size of most adults at 2.5 meters (8.2 ft) long. Maximum weight ofVaranus salvator can be over 75 kg, but most are half that size. Their body is muscular with a long powerful laterally compressed tail. Water monitors are one of the most common monitor lizards found throughout Asia, and range from Sri Lanka, India, Indochina, the Malay Peninsula and various islands of Indonesia, living in areas close to water.
(dipetik daripada Wikipedia)


Dalam masyarakat Melayu, dua peribahasa melibatkan haiwan ini selalu digunakan:

1. Bagai mendukung biawak hidup; maksudnya membela atau menjaga orang yang tidak tahu mengenang budi. Sesuai dengan perilaku biawak, ia tidak akan diam, sebaliknya orang yang mendukungnya akan dicakar atau dicederakan. Ini menjelaskan bahawa tiada gunanya melakukan kerja untuk orang yang tidak tahu membalas kebaikan orang.

2. Lidah biawak; maksudnya percakapan atau janji yang dikhianati. Kadang kala ia juga disebut lidah bercabang, dan memanglah biawak merupakan reptilia yang mempunyai cabang di hujung lidahnya. Dalam masyarakat Melayu, sesuatu janji atau ikrar yang dikhianati merupakan tindakan yang tidak beradab, melanggar tatasusila masyarakat dan tidak wajar diteladani.

Kesimpulannya, biawak adalah lambang perilaku buruk dan tidak elok. Tidak pernah kita menerima perspektif positif tentang biawak. Bagaimanapun, seperti makhluk Allah yang lain, biawak tetap memainkan peranan penting dalam kitaran ekosistem semulajadi. Dalam rantaian makanan, biawak memakan bangkai serta rodensia kecil seperti tupai dan tikus, ikan, ular dan burung. Apa yang tidak elok ialah sikap yang digambarkan dalam peribahasa di atas, seharusnya tidak menjadi sebahagian daripada nilai dalam diri kita.


adila39 Publish time 20-7-2019 09:46 AM

biawak bintang yg sgt geli.... tgk lidah dia menjelir tu.... euwww... again selalu biawak relate pd biawak hidup.. aka manusia yg makan duit org lain tanpa bekerja.

TalibanRock Publish time 20-7-2019 09:52 AM

Suhami bewok dikira sbgai biawak ke tak yer??{:laugho

seribulan Publish time 26-7-2019 02:04 PM

https://media3.giphy.com/media/E9RRvkt19OczS/200w.webp?cid=790b76115d3a979d6b63502f49e3dd22&rid=200w.webp

orgsepang Publish time 26-7-2019 10:47 PM

Disini ada lagi orang bukan islam yang makan biawak. Katanya untuk lebih sedap biawak ditangkap sewaktu dia lepak atas pokok. Bagus untuk tenaga syahwat. Sesetengah orang lelaki kalau pasal benda tu apa pun sanggup makan ;P

orgsepang Publish time 26-7-2019 10:54 PM

Walaupun gemuk mungkin kurang sedap sebab melepak atas tanah ;P

Sumber: google
Pages: [1]
View full version: Lets TALK biawak


ADVERTISEMENT