fahdramli Publish time 10-7-2019 10:02 AM

Takdir boleh diubah?

Takdir boleh diubah dengan berdoa, setuju tak?

Boomibulat Publish time 10-7-2019 10:32 AM

Ye setuju...:)

Izzna Publish time 10-7-2019 10:34 AM

Takdir mubram adalah muktamad dan tertulis di Luh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan pada takdir ini. Takdir mu’allaq pula adalah takdir yang tertulis dalam catatan para malaikat. Dengan izin Allah, takdir ini boleh tetap dan boleh berubah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu’allaq adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud “tergantung”.

Contoh takdir mubram adalah sebagaimana firman Allah SWT:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “…maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”
(Surah al-A’raf: 34)

Daripada Thauban RA, Nabi SAW bersabda:

وَإِنَّ رَبِّي قَالَ: يَا مُحَمَّدُ إِنِّي إِذَا قَضَيْتُ قَضَاءً فَإِنَّهُ لَا يُرَدُّ
Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhanku berfirman: ‘Ya Muhammad! Sesungguhnya Aku jika mentakdirkan sesuatu ketentuan, maka tidak ada seorang pun yang sanggup menolaknya.”
(Riwayat Muslim, no. 2889)

Jika diteliti ayat al-Qur’an dan hadis di atas, jelas bahawa ajal seseorang dan ketentuan bagi seseorang hamba Allah adalah tetap pada masanya dan tidak akan dilambatkan atau dicepatkan.
Contoh takdir mu’allaq adalah sebagaimana daripada Salman RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ الدُّعَاءُ، وَلاَ يُزِيْدُ فِى الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرُّ
Maksudnya: “Tidak ditolak satu-satu ketentuan melainkan dengan doa. Tidak ditambah pada umur kecuali dengan kebajikan.”
(Riwayat al-Tirmizi, no. 2139)

Daripada Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang suka untuk dimurahkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturrahim”
(Riwayat al-Bukhari, no. 5985)
Dalam dua hadis di atas pula Nabi SAW seakan memberi satu pemahaman bahawa umur boleh bertambah dengan melakukan amal kebaikan seperti menyambung silaturrahim dan lain-lain perbuatan yang baik.

yangsemb Publish time 10-7-2019 11:47 AM

In Shaa Allah boleh, dgn izin Allah

seribulan Publish time 10-7-2019 12:50 PM

Kun Faya Kun...

zafreen Publish time 10-7-2019 01:35 PM

Selagi hidup berdoa dan letak kan lah penggantungan harapan kepada ALLAH. Kun fa yakun dan sesungguhnya hanya dia yang mampu mengubah dan menentukan jalan hidup umatnya. Orang yang sakit kronik pun boleh sembuh walaupun doktor dah cakap takde harapan untuk hidup

crazybeach Publish time 10-7-2019 03:06 PM

masa sekolah dulu ustaz iols ada cakap macam gitu jugak lah. kita boleh ubah takdir kita dengan berusaha. tapi kalau ikutkan kita punya usaha tu pun sebenarnya dah ditentukan oleh allah. pening iols dibuatnya

rayriff Publish time 10-7-2019 03:42 PM

crazybeach replied at 10-7-2019 03:06 PM
masa sekolah dulu ustaz iols ada cakap macam gitu jugak lah. kita boleh ubah takdir kita dengan beru ...

aah sis.memang agak prning. cuba tgk bideo ust husam.

sebabtu dalam solat, kita mintak hidayah n jalan yv lurus. tu dlm alfatihah tu berapa kali kita baca.supaya Allahberi pertunjuk untuk kita tersedar utk balik ke Allah, utkubah nasibkita.utkbuat benda3 yg baik.

kena selalu doa mintak hidayah. hidayah bukan masuk islamje.

MFR_IN Publish time 10-7-2019 04:01 PM

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah Al- Insyirah : 5 & 6 )

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya


Insha Allah dengan izin-NYA

MentariSenja Publish time 10-7-2019 04:59 PM

Setuju sangat....takdir kita byk bergantung kpd usaha kita...cth rezeki, rajin kerja Insya'Allah boleh jadi kaya. Tapi kalau malas, tak kemanalah. Tapi ramai jer kat luar sana, bila miskin terus salahkan takdir. Usahanya tidak...ni salah satu contohlah.

alkamil Publish time 10-7-2019 05:26 PM

jgn meratapi takdir..kena usaha yakin dan tawakal..tanpa usaha takdir seseorg tu takkan berubah

little_sis Publish time 10-7-2019 09:43 PM

aku pening, apa contoh takdir yg mmg xleh diubah?

ajinomotonosuga Publish time 10-7-2019 10:56 PM

little_sis replied at 10-7-2019 09:43 PM
aku pening, apa contoh takdir yg mmg xleh diubah?

Mat Sabu tokleh jadi Mahsaburi !!!

Tu contoh takdir tokleh di ubah..ok??

cahaya_almas Publish time 11-7-2019 12:41 AM

Kadang2 apa yg kita rancang tak dpt sepenuhnya...mgkn lain yg kita plan..lain yg jadi....tp betul..berdoa lah agar apa yg kau nak tu tercapai...kalau tk tercapai jgk..mgkn bkn rezeki kau...or mgkn rezeki kau benda lain...siapa tahu kan....tp bila berlaku sesuatu mcm i akan selalu bgtau...kenapalah i tak buat mcm tu...mcm ni....kita akan fikir mcm2 slps keputusan yg kita amik....

lilylulu Publish time 11-7-2019 12:56 AM

my opinion about this adalah takdir boleh diubah adalah salah satu bentuk motivasi untuk kita strive for excellent. yg tak boleh diubah sudah semestinya macam jodoh dan kematian. but thinking that i can change my lifestyle if i work harder would definitely help lah

Ms.Mangga Publish time 11-7-2019 02:14 AM

So contohnya mcm ni, dh ditakdirkan kita ni miskin. Tp sbb kita kerja kuat, rajin, jaga solat, berbuat baik pd org & etc dan akhirnya takdir kita berubah menjadikan kita kaya raya.... gitu? Correct me if im wrong sbb sy sungguh2 tak tahu & tak berapa faham.

Sebenarnya pernah terfikir juga mcm ni... kalau dh ditakdirkan, knp nk kena kerja kuat & all... dah mmg Allah takdirkan begitu kan. Tp sekarang dh faham la sikit2.

shahirakay Publish time 11-7-2019 09:23 AM

kadang aku rasa kan takdir ni macam filem or novel yang ada dua ending. contoh la kita pilih tindakan kita, lepas tu pilihan kita tu akan tentukan untuk kita teruskan pembacaan, atau skip ke chapter 5 contohnya. gitu.

shahadah00 Publish time 12-7-2019 11:54 AM

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216)









seribulan Publish time 6-8-2019 11:15 AM

https://media1.giphy.com/media/9DcDoQkxlsA9b9XFHU/200.webp?cid=790b76115d48efa66e597a7163da3ef5&rid=200.webp

cikbawang237 Publish time 6-8-2019 01:45 PM

klu tak silap I, kita boleh berusaha tukar takdir kita tp kalau da habis usaha still cengitu gak, anggapla itu yg terbaik dari Nya.. tp yg paling penting, usaha dlu papehal. jgn dok salahkan takdir jurrr
Pages: [1] 2
View full version: Takdir boleh diubah?


ADVERTISEMENT