NmeeraR Publish time 9-7-2019 12:05 PM

Siapa Kata Nak Pergi Eropah Kena Kos Besar? Ini Dia 5 Bandar Termurah Di Eropah!

Edited by NmeeraR at 9-7-2019 06:33 PM

Bercuti adalah sesuatu yang diidamkan sesiapasahaja. Tambah pula jika diberi kesempatan bercuti ke luar negara atau destinasi idaman, sudah pasti ia menjadi sebuah percutian paling bermakna bukan?
Namun begitu,ia pasti memakan kos yang tinggi. Terutama jika salah satu destinasi percutian anda berada di benua Eropah. Selain perlu menghabiskan banyak wang membeli tiket pesawat, kos sara hidup di bandar Eropah juga agak mahal.


Walau bagaimanapun, tidak perlu risau. Ternyata masih banyak kota-kota cantik di benua Eropah yang murah. Untuk itu , ini 5 bandar Eropah dengan kos sara hidup termurah.



1. Porto, Portugal
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/135907aj1q3bb1qfy1efej.jpgKredit Foto: Butterfield & Robinson


Bandar Porto di Portugal adalah salah satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin berbulan madu di Eropah. Di sini,anda bolehmencari dengan mudah hotel 2-3 bintang dengan harga yang sangat murah tetapi masih dengan suasana tipikal Porto yang romantik dengan persekitaran yang bersih dan menyenangkan.


2. Berlin, Jerman
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/140515s19i14qu0flm2545.jpgKredit foto: Google



Berlin adalah salah satu daripada bandar-bandar dengan kos terendah di Eropah Barat. Berlin juga antara tempat menjadi pilihan "begpacker". Jika ingin menjimatkan kos, anda boleh tidur di asrama dengan harganya (jika ditukar kepada wang Malaysia) lebih kurang RM 88per malam.


Bagi kos makanan pula, serendah RM 15 sahaja.

3. Zagreb, Croatia
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/141144o2hojymy29rmhwjc.jpgKredit Foto: World Travel Guide


Di Zagreb, terdapat banyak tempat penginapan yang murah untuk anda "low-budget traveler". Mendapatkan asrama dengan bayaran sewa serendah RM 59 per malam di sana adalah sesuatu yang tidak mustahil. Anda juga boleh menyewa basikal dengan membelanjakan lebih kurang RM26 sehari untuk berjalan-jalan di sekitar kota Zagreb yang indah.


Terdapat juga banyak muzium yang boleh anda lawati di sini.


4. Prague, Republik Czech
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/141835vr3r3zru6n6kj6ir.jpgKredit Foto : Erasmusu.com


Di Prague, semua boleh dijangkau dengan hanya berjalan kaki sehingga tidak perlu mengorbankan wang untuk menaiki pengangkutan. Malah, suatu bonus untuk anda sambil berjalan kaki anda akan dibelanja dengan pemandangan yang cukup indah.


Salah satu tempat bersejarah yang paling ikon di Prague ialah muzium komunis.


5. Krakow, Poland
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/142136hja1db3bke3jbok2.jpgKredit Foto: Earth Trekker


Di Poland juga mempunyai bandar dengan kos kehidupan yang agak rendah, iaitu Krakow. Anda boleh menyewa sebuah hotel dengan harga kurang dari RM200 untuk satu malam. Jika anda suka mendaki, anda boleh melawat Gunung Pieniny yang terkenal di Krakow.




Itulah lima bandar raya dengan kos terendah di Eropah yang boleh menjadi destinasi pelancongan pilihan anda.
Mana satu pilihan anda?

Mungkin ada yang pernah berkunjung ke destini ini? Jom kongsi pengalaman anda. - CARI

mbhcsf Publish time 9-7-2019 04:28 PM

tu belum tengok keadaan bilik dan lokasi tempat dengan segala kemudahan lain.
hahaa

EvieWanKenobi Publish time 9-7-2019 05:34 PM

macam tak caye je..

armin Publish time 9-7-2019 07:32 PM

Rakyat dia macam mana? Banyak jenayah tak?

GigaMom Publish time 9-7-2019 10:29 PM

Kalau bercuti tp ikat perut, tidur asal boleh, baiklah x payah pegi. Itu dh bukan bercuti namanya
Utk pglman, ya mungkin.

midori888 Publish time 10-7-2019 08:43 AM

Pnh smp ke 4 tempat terakhir dlm list tu...RM200 to 300per nite dah bole dok hotel...dlm area city centre jugak dan dkt dgn bus station or tram stop...

biasa kat Europe nie, kalu capital city mmg lagi murah dari big city yg lain...mcm Madrid lagi murah dari Barcelona...antara Berlin dgn Munich, murah lagi Berlin...




midori888 Publish time 10-7-2019 08:51 AM

Edited by midori888 at 10-7-2019 08:57 AM

armin replied at 9-7-2019 07:32 PM
Rakyat dia macam mana? Banyak jenayah tak?

psl jenayah tu, camnie lah....low crimes does not mean no crimes...pick pocket tu biasa, tapi kat Msia punya kes ragut lagi dahsyat smp ada kematian...yg penting kita berwaspada di mana jua anda berada..

masa sy di Prague, sy tertinggal bag yg ada cash & cards dlm taxi selps smp hotel...dah lah main amik jer taxi dari airport. Masa tgh gelabah, tetiba taxi tu dtg balik htr bag sy...alhamdulillah...dah lah dlm pocket cuma ada 20 euro jer, yg lain semua dlm bag tu...jujur driver taxi tu...



zaziot Publish time 10-7-2019 08:54 AM

bestnye...ntah bile dpt pegi lg

armin Publish time 10-7-2019 02:29 PM

midori888 replied at 10-7-2019 08:51 AM
psl jenayah tu, camnie lah....low crimes does not mean no crimes...pick pocket tu biasa, tapi ka ...

Iya tp kalau blh elakkan la pergi tempat2 yg high crime ni.

pinkpunk Publish time 10-7-2019 03:17 PM

europe memang murah. tp kos flight tu yg over..

kelam22 Publish time 10-7-2019 03:29 PM

boleh masukdalam wishlist.

Artemesiaa Publish time 10-7-2019 05:37 PM

Ramai yang berkira2 nak kesana sebab flight ticket tak berapa nak murah sesekali je dapat harga okdan kedua sebab kadar tukaran wang kita masih belum menyelebahi kita lagi.

iloveyou Publish time 11-7-2019 02:36 PM

nk bayar kos flight ke sana je masih berkira2 lg ni nak beli.

andaman Publish time 11-7-2019 03:34 PM

mcm croatia tu ye kot. belah2 balkan. bilalah nk smpai balkan ni...

mawar_mustika Publish time 11-7-2019 04:52 PM

teringinnye nk g travel blah sana

nuralisa Publish time 12-7-2019 10:53 AM

setakat byr per persontix dgn hotel masih ok lagi..
yg nak berbelanja tak ingat tu yg problem ... rugila kalau dah smpai sana x amik kesempatan bershopping...:lol:

berakit2kehulu Publish time 14-7-2019 11:20 AM

Kos flight la yg perlu difikirkan. Nak2 ada anak 2-3 org. Masa belum ada anak dulu, laju je beli tiket terus fly. Sekarang kena fikir banyak kali

Wija Publish time 15-7-2019 02:03 PM

cantiknya :drool3: bila la dapat ber-euro trip :sweat3:

Modngengade Publish time 15-7-2019 05:24 PM

ni negara2 europe pprt

MakcikPrada Publish time 16-7-2019 12:37 AM

Berlin senang nak jalan jalan. X byk tall building. Byk gypsies, so bag kena jaga2. Overall, okla. Xdela murah sangat.
Pages: [1] 2
View full version: Siapa Kata Nak Pergi Eropah Kena Kos Besar? Ini Dia 5 Bandar Termurah Di Eropah!


ADVERTISEMENT