Kebayahijau Publish time 8-7-2019 03:34 PM

JANDA KAH AKU?

Haaa tajuk tak menahan kan. izinkan aku untuk bertanya dan meluah perasaan.
aku ni baru kahwin tak sampai 2 tahun pun, anak pun takde lagi. aku gaduh dengan suami aku malam tadi. kira gaduh teruk jugak lah. paling buat aku angin, dia cakap aku bukan isteri yang baik.

mestilah aku naik hantu kan. so aku cakap kat dia, lepaskan je lah aku kalau aku ni isteri yang teruk.

then dia halau aku dari rumah. aku cakap lepaskan aku kalau nak aku keluar dari rumah.
lepastu dia terus cakap AKU LEPASKAN KAU, KAU KELUAR SEKARANG!
aku ada baca, kalau suami dah lafazkan talak maknanya kita kena pergi mahkamah rendah syariah terus ke untuk pengesahan talak?


tapi aku tak keluar sebab aku mana ada tempat nak pergi. aku sanggup berhenti kerja dulu pun sebab dia.
aku kalini memang dah betul2 terluka dengan dia. dia ungkit2 semua benda yang dah lepas. aku ni bukannya baik dulu. tapi dia pun sama. then aku naik hantu aku pukul dia, aku tampar dia. itulah pertama kali aku tampar dia. dia hina2 maruah aku. aku sayang perkawinan ni tapi bila mengingatkan dia hina2 maruah aku, aku tawar hati.

aku pergi mahkamah tadi, hampir nak meraung aku masa akak kaunter tu tanya macam mana suami aku lafaz cerai kat aku. aku pun dah ambik borang untuk cerai.
aku keliru sekarang. aku tak tau macam mana nak hadap ni semua. aku tak pernah sangka ni semua akan jadi :'(




rospinki Publish time 8-7-2019 03:43 PM

syukurlah org dh buang awal2..takde nk siksa kau lama2 seperti dalam sangkar tu jam dh beranak pinak lagi susah.

sebaiknya..bertenang dan kuatkan hati serta fokus apa permasalahan yg terjadi. sehelai demi sehelai dikupas dalam cakna pemikiran yg jelas. kamu masih muda dan akal mungkin belum cukup sempurna dalam perkahwinan..maka jika suami sudah sedia maklum utk melepaskan dalam cara menghalau kamu haruslah segera dptkan pengesahan dari mahkamah akan lebih mudah sebab suami akan terus lafaz cerai dan proses tidak panjang.

teruskan perjalanan dan ajarkan diri utk bertenang dalam apa juasituasi..bertenang..bertenang..insyaallah jalan yg dilalui akan lebih mudah dan jelas.

apapun..berdoa padaNya apa jua yg kau minta.

sekian hanya pendapat saya saja.

fair_iza Publish time 8-7-2019 03:44 PM

Takziah tt. Tak arif sgt psl rujuk-cerai, tp kalau ye pun sah lafaz cerai, tt dan suami masih boleh rujuk (talak 1). Harap tt dan suami boleh perbaiki rumah tangga.

prettyuglybabe Publish time 8-7-2019 03:50 PM

laki u nyata jenis tak berfikir punya orang..
bagus la u pergi mahkamah terus..
refer pada yang arif..

lepas ni move on je la..
cari kerja dan bina semula hidup u sendiri..
jadikan kesilapan lepas sebagai pengajaran..

NamaKuMawar Publish time 8-7-2019 04:05 PM

Pergi mahkamah untuk buat pengesahan lafaz cerai..kalu jatuh talak..takpela..move on je..

leylapple Publish time 8-7-2019 04:08 PM

hmm... why u berhenti keja sedangkan u blm ada anak lagi? selalunya org blm ada anak nie living life to the fullest...

i dont know apa yg menyebabkan korang bergaduh teruk tp i think u rasa left out sbb kena duduk di rumah instead of going out..

however, past is past.. u make peace with it...

lepas nie u cari keja, sewa bilik and try to live to the fullest...

alaa Publish time 8-7-2019 04:11 PM

better sekarang dari makan hati lama2. TT pun belum ada anak.

CiliPadiSedap Publish time 8-7-2019 04:21 PM

u xde anak kira beruntung kena lafaz talak masa tiada anak. banyakkan bersyukur. kalau nak nangis boleh pinjam bahu sis vokuru sebab bahu dia sado.

kuatkan iman. kuatkan fikiran.

EvieWanKenobi Publish time 8-7-2019 04:23 PM

tt tak ambik wuduk ke masa
tengah marah2 tu?

tanya je..:$

sufi^_^ Publish time 8-7-2019 04:31 PM

Rapuhnya perkahwinan zaman ni. Warranty period lebih kurang 1-2 tahun je ke?

Apa2pun, duduk tenang2 pikir dulu if berpisah is what both of you really want. Entah2 puncanya kecik aje, tapi ikut napsu marah punya pasal.

Laki you as pihak yang punya kuasa talak patutnya kena lebih banyak sabar dan jangan mudah sangat ucap menda talak cerai ni. Kalau dicabarpun, patutnya kalau dia matang & pikir panjang, dia yang keluar rumah gi cool down memana dulu.

yuki812 Publish time 8-7-2019 04:32 PM

EvieWanKenobi replied at 8-7-2019 04:23 PM
tt tak ambik wuduk ke masa
tengah marah2 tu?



pergghhhhh..dasat komen ni...
tergelak i...

Kurex Publish time 8-7-2019 04:35 PM

Sebab marah kan.. Apa pun bersabar ladan bertenang

Boomibulat Publish time 8-7-2019 04:39 PM

Lepas x smesti cerai sis..mgkn lepas kan u keluar tmh je.talak bkn sng2 blh jatuh mcm tu je.klu betul2 sebut ''aku cerai kau' tu konpom la jatuh.wallahua'lam

Andyscenes Publish time 8-7-2019 04:41 PM

Teruskan hidup.

manehnya Publish time 9-7-2019 09:31 AM

tabahkan hati

TalibanRock Publish time 9-7-2019 09:52 AM

Nasihat kepada TT, mohon bersabar dengan apa juga dugaan yang TT kena hadap. Kita masing-masing ade share masing-masing dalam hidup. So keep yourself strong and looks into the future okay.

First step, TT kena clearkan dulu status TT,which is bercerai tersebut must be have B&W dulu. Ini untuk memudahkan urusan TT kemudian hari. Kalau status x clear, TT mesti serabut nanti, please believe me on this.

Next, TT sila mohon pendapat keluarga (mertua sekali okay). Sila rujuk dan minta nasihat dari orang tua. Don't simply terima but minta jalan keluar sahaja. Kene faham objektif TT dalam hidup TT, nak sambung semula (ruju') atau TT ambil keputusan untuk move on dengan hidup solo (buat sementra waktu, InsyaAllah).

Next, if TT decide on nak sambung semula, please fikir byk kali. Buat solat istikharah (ini kene buat tau TT). Doa banyak2 minta jalan dan petunjuk dari Allah. TT kene sabar, bukan hari ni minta esok terus dapat hokey. Please list PROs and CONs bila TT ambil keputusan untuk sambung semula. Itu hanya TT sahaja yang tahu.

Next, if TT decide untuk move on, TT ade banya kerja nak kene buat tau. TT kene cari kerja and at the same time TT kene cari rumah sewa. If TT nak balik rehat kan minda dulu kt rumah orang tua TT, silakan. Dan bangrock rasa itu adalah langkah yang sangat wajar. Tapi itu tidak menidakkan TT untuk abaikan pencarian kerja tau. TT nak survive sorang semula bukan mudah, nak plak bila memori lama datang semula. Mohon TT kene kuat. Lagi satu if TT move on, TT kene terima status JANDA akan melekat kat TT. Mohon TT juga byk bersabar yer.

Akhir kata, wish you all the best. Bangrock tak dapat tolong lebih2. Pape pon TT kene yakin dengan diri TT. Roger and out.

MYviHaZz Publish time 9-7-2019 09:57 AM

dah nampak pun belang sebenar laki ko tt siap ungkit2 apa yang dia bagi kat kau dengan pakej siap halau keluar rumah lagi..ko takde anak lagi la senang nk uruskan perkara ni, ada hikmah di sebalik sume yang berlaku ni.. suggestion forumer2 kat atas tu sangat membina

awanysss Publish time 9-7-2019 10:27 AM

pergi refer jabatan agama mintak pendapat, kalau ada apa2 dorang akan refer ke syariah court..

supermum Publish time 9-7-2019 11:32 AM

sufi^_^ replied at 8-7-2019 04:31 PM
Rapuhnya perkahwinan zaman ni. Warranty period lebih kurang 1-2 tahun je ke?

Apa2pun, duduk tenan ...

First few years tu memang mencabar. Iman tak kuat, terlepaslah talak.

sarahmirza Publish time 9-7-2019 11:49 AM

Ada pulak yang komen tak baca habis apa TT tulis...

Takziah TT...
Dah ungkit siap halau keluar rumah lagi...
Ada baiknya TT move on dan jangan pandang belakang lagi...
Sampai hati ya.. Mentang2 TT tak menyumbang apa2 (duit), selamba aje nak ungkit dan halau...

Jangan cair pulak dengan pujukan insaf dia.. (kalau dia pujuk la).
Pages: [1] 2 3
View full version: JANDA KAH AKU?


ADVERTISEMENT