easicircle Publish time 8-7-2019 11:46 AM

5 Tanda Anda Telah Terjatuh Cinta

Mengingati
Hari-hari berlalu tanpa sekali pun anda tidak pernah untuk tidak mengingatinya. Pastinya anda akan sentiasa teringat setiap perbualan dan mesej bersama si dia yang mampu buat anda tersenyum seorang diri.

Mengambil Tahu
Anda akan mula mengambil berat tentang si dia tanpa dipaksa.Sebagai contoh jika si dia mengadu penat atau sakit. Anda akan secara automatik ingin menjadi doktor peribadi kepada si dia. Perasaan risau mula membuak-buak sampai hati jadi tak tenang memikirkan keadaan si dia.

Mengambil Hati
Jika anda telah mula berusaha untuk membuatkan si dia tersenyum. Pastinya hati anda sudah terbit bunga-bunga cinta. Melihat si dia tersenyum gembira itulah kegembiraan anda. Malah mampu buat hari anda yang mulanya mendung menjadi cerah umpama pelangi.

Merindu
Rindu yang datang tak diundang pergi juga tak diusir. Itulah rindu pada si dia yang telah berjaya mencuri hati. Nak diluah tak mampu, nak dipendam pula angau jadinya. Maka hanya mampu tengok perkembangan si dia di media sosial dan tengok kembali mesej perbualan anda berdua. Tahap paling kritikal sekadar tengok si dia 'Online' pun mampu mengubat rindu di hati.

Menyayangi
Bila hati mula merindu, mengambil berat, tersenyum sendiri dan angau. Maka jangan cuba dinafikan lagi rasa tersebut. Ternyata bibit cinta telah berputik dan rasa sayang itu semakin hari semakin dalam ke lubuk hati paling dalam.

yuki812 Publish time 8-7-2019 01:10 PM

bila suka dgr lagu2 cinta..
ingin dicintai..disyangi..
hati berbunga2..
pon sebenarnya org kata tgh bercinta..sdg jatuh cinta..
hahahaha..

tapi in realiti..sebenarnya..tak tau jatuh cinta ngan sape..;P
ke perasan lebih...:'(
takpe lah..yg penting hati hepi sudah lah..

insulin Publish time 8-7-2019 01:20 PM

Apabila orang tak suka kita, semua tindakan di atas akan dianggap psycho. ;P:L

easicircle Publish time 8-7-2019 01:57 PM

yuki812 replied at 8-7-2019 01:10 PM
bila suka dgr lagu2 cinta..
ingin dicintai..disyangi..
hati berbunga2..


Mohon bertabah. Akan ada jodoh tu nanti

easicircle Publish time 8-7-2019 01:58 PM

insulin replied at 8-7-2019 01:20 PM
Apabila orang tak suka kita, semua tindakan di atas akan dianggap psycho.

Kalau tak suka sah psycho. Tapi kalau kejadian seperti di atas pasti perlu mutual response.

yuki812 Publish time 8-7-2019 03:00 PM

easicircle replied at 8-7-2019 01:57 PM
Mohon bertabah. Akan ada jodoh tu nanti

hehehehe..aminnn...
insyaallah..ada..
kita layan apa yg ada dulu..


vanilacup Publish time 8-7-2019 04:28 PM

Seronok lorr rasa dicintai ni walau org tu wujud atau tak:lol:

Perasaan tu mcm angin sepoi2 bahasa datang mengundang jiwa raga yg sukar digambarkan...

easicircle Publish time 8-7-2019 04:44 PM

vanilacup replied at 8-7-2019 04:28 PM
Seronok lorr rasa dicintai ni walau org tu wujud atau tak

Perasaan tu mcm angin sepoi2 bahas ...

Hahahah..mestilah wujud kan?? Kalau tak wujud nak tengok balik text tu macam mana. LOL

noraidil_06 Publish time 8-7-2019 06:05 PM

Jatuh cinta berjuta rasanya
Biar siang biar malam terbayang wajahnya
Jatuh cinta berjuta indahnya
Biar hitam biar putih manislah nampaknya
Dia jauh aku cemas tapi hati rindu
Dia dekat aku senang tapi salah tingkah
Dia aktif aku pura-pura jual mahal
Dia diam aku cari perhatian oh repotnya
Jatuh cinta berjuta indahnya
Dipandang dibelai amboi rasanya
Jatuh cinta berjuta nikmatnya
Menangis tertawa karena jatuh cinta
Oh asyiknya

Betul sgt ape titek puspa nyanyi Ni.

noraidil_06 Publish time 8-7-2019 06:07 PM

Pertama ku melihatmu
Bergetar rasa hatiku
Berdebar-debar jantungku
Mungkin ku suka padamu
Ketika ku melihatnya
Berdetak-detak di dada
Mungkin itu suatu pertanda
Bahwa ku suka padanya
Dia atau dia
Ku pilih yang mana
Aku pusing untuk memilihnya
Jatuh cinta lagi
Lagi lagi ku jatuh cinta
Aku jatuh cinta
Kepada setiap wanita
Jatuh cinta lagi
Lagi lagi ku jatuh cinta
Harus bagaimana
Ku bingung memikirkannya
Layaknya seorang pria
Kucoba untuk setia
Mencintai satu wanita
Tetapi aku tak bisa
Dia atau dia
Yang harus ku cinta
Aku pusing untuk memilihnya

Tapi jangan la mcm ni:curse:

fifie_olin Publish time 9-7-2019 08:14 AM

suka cari pasal
nk gado2 manja
gitewww :loveliness:

yuki812 Publish time 9-7-2019 09:34 AM

noraidil_06 replied at 8-7-2019 06:07 PM
Pertama ku melihatmu
Bergetar rasa hatiku
Berdebar-debar jantungku


sheila on 7 ke..
x ingatlah..indon

awanysss Publish time 9-7-2019 10:25 AM

insulin replied at 8-7-2019 01:20 PM
Apabila orang tak suka kita, semua tindakan di atas akan dianggap psycho.

komen uols paling realistik ;P

noraidil_06 Publish time 9-7-2019 12:10 PM

yuki812 replied at 9-7-2019 09:34 AM
sheila on 7 ke..
x ingatlah..indon

matta band kut. lupe

misssakura Publish time 10-7-2019 11:25 AM

insulin replied at 8-7-2019 01:20 PM
Apabila orang tak suka kita, semua tindakan di atas akan dianggap psycho.

terasanya:'(:'(

misssakura Publish time 10-7-2019 11:27 AM

perasaan iols x pernah mutual. org yg iols suka x nak pada iols, org yg iols x nak suka pulak pada iols.

himun_hino Publish time 10-7-2019 01:33 PM

insulin replied at 8-7-2019 01:20 PM
Apabila orang tak suka kita, semua tindakan di atas akan dianggap psycho.

...kann?? ;P


easicircle Publish time 10-7-2019 05:42 PM

misssakura replied at 10-7-2019 11:27 AM
perasaan iols x pernah mutual. org yg iols suka x nak pada iols, org yg iols x nak suka pulak pada i ...

it's okay one fine day uolls akan jumpa juga partner yang ada mutual feelings. Never lose hope. But more important is start to love yourself first. :)
Pages: [1]
View full version: 5 Tanda Anda Telah Terjatuh Cinta


ADVERTISEMENT