Lake MacDonnell, Tasik Merah Jambu Indah Yang Boleh Ubah Warna Ikut Keadaan!
Edited by NmeeraR at 5-7-2019 03:26 PMDi sebuah kawasan terpencil di Australia Selatan terdapat tarikan menarik yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Tempat itu dikenali sebagai Lake MacDonnell.
Apa yang istimewa tentang tasik ini adalah pemandangan indah bewarna merah jambu yang sangat nyata.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/04/171110dkrshzoxuah752ux.jpgKredit Foto: behance.net
Gambaran atau foto Lake MacDonnell juga bukanlah disunting dari aplikasi, tetapi ia adalah benar dan keindahan berwarnamerah jambuitu adalah kejadian semula jadi.
Untuk itu, jom layan gambar keindahan tasik ini sambil mengetahui lima fakta menarik tentangnya.
1. Terletak jauh dari pusat bandar dan sangat tenanghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/04/171252f9re86d9fdizddbn.jpgKredit Foto: instagram.com/elyshaelysha
Untuk pergi ke Lake MacDonnell, adalah disyorkan untuk menggunakan penerbangan tempatan dari Adelaide ke Ceduna. Selepas menempuh jarak 860 kilometer (km) selama satu jam setengah, anda masih memerlukan perjalanan selama 45 minit untuk sampai ke lokasi tasik MacDonnelll.
Pelancong biasanya menyewa van untuk mendapatkan suasana yang lebih istimewa sambil meneroka Lake MacDonnell.
2. Warna merah jambu cantik menghiasi tasik
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/04/171833ten1o1j2aaiiwriz.jpgKredit Foto: instagram.com/marklawson85
Anda tidak salah lihat. Tasik ini memang berwarna merah jambu yang ceria. Tasik ini memiliki warna seperti ini kerana mengandungi kadar garam yang sangat tinggi di dalamnya sehingga membuatalga (rumpai air) tumbuh dengan subur dan akhirnya memberi warna merah jambu pada air tasik.
Tempat ini adalah bekas penambakan garam yang tidak lagi digunakan.
3. Warna air boleh berubah mengikut keadaanhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/04/181050a0pjnnmy7d0jay84.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/04/171252f9re86d9fdizddbn.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/04/172121npapspbgufuby0u1.jpgKredit Foto: Google
Perubahan warna merah jambu adalah perkara biasa di tasik ini kerana iklim memberi kesan kepada perkembangan alga.Penggredan warna yang terciptabiasanya berwarna merah jambu yang kadangkala kelihatan seperti dusty pink atau pink jingga.
4. Bersebelahan pantai terkenal di Australiahttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/04/183732bgedcbghcczhohkg.jpgKredit Foto: instagram.com/elyshaelysha
Salah satu pantai popular di Australia berada berdekatan Lake MacDonnell, iaitu Cactus Beach! Andainya sudah puas berjalan-jalan dan bermain air di pinggir Lake MacDonnell, anda boleh terus ke Cactus Beach, yang jaraknya hanya 5 km saja jauhnya.
5. Spot foto menarik yang tidak boleh dilepaskanhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/04/181855z23679h99eq7639i.jpg
Kredit Foto: instagram.com/paskhae
Salah satu perkara wajib perlu dilakukan adalah menyimpan keindahan Lake MacDonnell dengan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Foto akan semakin lebih menarik ketika diambil dari jarak jauh dengan dron atau boleh juga mengambil gambar keindahan air bewarna pink dari jarak dekat.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/04/183458n3xxtyyp4vsxxyhh.jpgKredit Foto: instagram.com/polla.0820/
Indah bukan? - CARI
Cantik tapi perjalanan yang amat jauh untuk sampai tapi kalau ada masa apa salahnya kalau nak kesana indah sungguh kejadiannya insha Allah 1 hari nnti akan ku jejak kaki ke negara kangaroo ni.. Hauknya BI penulis tu Sampai situ bergambar2 pastu???? Cantik sangat tapi perjalanan ke sana pun boleh tahan. Kat Iran pun ada tasik pink ni, Shiraz rasanya Bestnyaaa {:childlike Cantik nya cantikkknyaaa jauh nya nak sampai. tapi berbaloi kalau cantik dia sama dalam gambar. Subhanallah... Cantiknya... Mahsallah cantik!! cantik nya kejadian tuhan Subhanallah.. cantik sgt. Harap dpt sampai nanti
Pages:
[1]