NmeeraR Publish time 5-7-2019 10:38 AM

10 Spot 'Instagramable' Di Shanghai Untuk Kaki Travel, Kaki Foto! Berani Cuba No

Edited by NmeeraR at 5-7-2019 03:33 PM

Tahukah anda, di Shanghai terdapat banyak tempat kecil yang benar-benar instagramable! Bahkan, ia cukup popular dan sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.

Jika anda seorang "kaki travel" dan "kaki gambar", ini 10 spot instagramable di Shanghai!


1. Shanghai Film Parkhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/152836ppwsbvrrudb90mcu.jpg
Kredit Foto: instagram.com/janekwanishere
Seperti berada di China pada masa lalu. Shanghai Film Park adalah sebuah taman hiburan yang juga sebuah tapak untuk penggambaran filem, lawatan dan komunikasi budaya.

Di sini, berdirinya bangunan-bangunan lama dengan seni bina Eropah yang tipikal dan trem lintasan kereta api yang menjadikan tempat ini sangat Instagramable untuk bergambar.


2. Qibaohttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/164721gjjiy4490j2ypyzp.jpgKredit Foto: instagram.com/vk_lyuba

Terdapat satu lagi tempat Instagramable di Shanghai yang membawa anda kembali ke masa lalu, iaitu Qibao. Sejak Dinasti Song, bandar-bandar indah ini masih teguh di sini.

Tidak hanya mengambil gambar, di sini anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti melawat Kuil Qibao, pergi ke jalan-jalan lama Qibao, atau meneroka Sungai Qibao dengan bot yang membuatkan anda berasa seperti berada di Venice.


3. The Oriental Pearl Towerhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/170747bsboff1ztnyj0bn0.jpgKredit Foto: instagram.com/miewky

Terletak di kawasan Taman Pudong, The Oriental Pearl Tower merupakan menara TV dan menara radio tertinggi kedua di dunia. Mempunyai rekaan futuristik dan unik, menara ini menjadi pusat tarikan pelancong pilihan utama apabila tiba di Shanghai.
Untuk membuktikan bercuti di Shanghai, ramai pelancong memilih untuk mengambil gambar dengan menara ini kerana ia merupakan landmark Shanghai.

4. Jin Mao Tower and Skywalkhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/171045czq7nlp728nz7pap.jpgKredit Foto : instagram.com/gabs_cocca

Walaupun hanya sekadar bangunan pejabat, Jin Mao Tower and Skywalk adalah spot instagramable yang menguji keberanian dan mencabar diri.

Pengurus bangunan juga menawarkan setiap pengunjung yang datang untuk menikmati pengalaman berjalan di luar bangunan. Bukan sahaja tempat luaran yang mencuri perhatian, bahagian dalaman juga amat menarik.

5. Tianzifanghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/171553evix9g8s8ibyv66q.jpgKredit Foto: instagram.com/janekwanishere/

Seni bina bangunan Perancis yang tipikal dan lorong-lorong sempit yang bersih serta lampu berwarna-warni menghiasi langit di Tianzifang mengahsilkan pemandangan yang menarik.
Hal ini demikian, Tianzifang menjadi kawasan pelancongan, dan tempat membeli-belah yang sangat menarik di Shanghai.
Ramai berkata, kawasan ini adalah 'Eropah di Shanghai'.

6. The Bundhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/171952w5hzt2xti45xgghz.jpgKredit Foto: instagram.com/joeribreuk
Jikalokasi sebelumnya telah memanjakan pelancong dengan suasana Shanghai di masa lalu, lain halnya dengan The Bund. Tempat terkenal di Shanghai ini menjadi kawasan kunjungan pelancong untuk bersantai sejenak dan menikmati keindahan kota Shanghai yang dipenuhi bangunan pencakar langit.

7. Yu Garden




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/172202sb3hcje5lb7e3wdc.jpgKredit Foto: instagram.com/nataliaingz

Walaupun kecil, Yuyuan Garden atau Yu Garden adalah tempat yang unik kerana masih terdapat tapak bersejarah yang mempunyai seni bina Cina klasik yang masih berdiri teguh di tengah-tengah bangunan moden.

Bukan sekadar spot Instagramable, di sini anda boleh melakukan banyak keseronokan. Salah satunya adalah membeli-belah di Yu Garden Market, yang menjual pelbagai kraf tangan.


8. Gongqing Forest Park
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/175305lb9soxayop901yan.jpgKredit Foto : instagram.com/lng_marine_ ,instagram.com/hoyoung________

Taman hutan ini adalah spot Instagramable begitu menyenangkan. Ianya sesuai untuk anda yang sukakan kehijauan dan ingin menghirup udara segar.Hal ini kerana kehijauan pokok-pokok rendang, tasik, sungai dan bukit-bukit, membuat taman hutan ini menjadi pilihan yang menyegarkan untuk saat meluangkan aktiviti di hujung minggu.


9. Shanghai Disneyland Parkhttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/175707rjh3vajpvljapo4a.jpgKredit Foto : instagram.com/jessiiieowlTidak sempurna rasanya jika ke Shanghai tetapi tidak mengunjungi Disneyland. Taman hiburan ini bukan sahaja menyediakan perlbagai permainan menarik yang boleh dicuba dengan keluarga atau rakan-rakan, tetapi juga emiliki banyak bangunan yang menarik dan seni bina yang menjadikan beberapa tempat di Shanghai Disneyland Park menjadi tempat yang instagramable.
10. Xinhua Bookstorehttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/03/180019i0r55aorjn5lpn0l.jpg
Kredit Foto: instagram.com/ms.2p

Terdapat sebuah kedai buku Xinhua dengan reka bentuk dalaman yang sangat menarik. Selain memilih buku yang di beli, biasanya pengunjung yang datang ke sini adalah untuk mengambil gambar di antara ketinggian rak buku dalam reka bentuk futuristik.

Wah! Menarik bukan? Apa-apapun, andai ke sana jangan biarkan aktiviti bergambar anda mengganggu komuniti sekitar atau pelancong lain. - CARI

ainashiqa Publish time 5-7-2019 10:44 AM

Cantiknya tempat2 dia

LadyCarefree Publish time 5-7-2019 10:47 AM

Try too hard nyeeeeee cari tempat nk penohkn list 10

Boomibulat Publish time 5-7-2019 10:59 AM

Lokasi 1st tu mcm tpt shooting filem ip man

Artemesiaa Publish time 5-7-2019 11:22 AM

Dah sampai ke kesemuanya memang menarik nak2 yang No. 1 tu kalau nasib baik boleh tengok orang tengah shooting movie live time tu

Artemesiaa Publish time 5-7-2019 11:25 AM

Boomibulat replied at 5-7-2019 10:59 AM
Lokasi 1st tu mcm tpt shooting filem ip man

Betul tu mereka shooting kat situ.Kawasan tu amat luas macam satu pekan kecil dengan pemandangan dan setiap sudut dalam era yang berbeza.Rasa macam balik ke zaman silam pun ada ala2 time 50an time mafia, show girls dan gatsby tu.

Boomibulat Publish time 5-7-2019 11:29 AM

Artemesiaa replied at 5-7-2019 11:25 AM
Betul tu mereka shooting kat situ.Kawasan tu amat luas macam satu pekan kecil dengan pemandangan ...

I suka filem2 mcm zmn tu.mcm kung fu hustle.kungfu terbang x suka

Artemesiaa Publish time 5-7-2019 11:35 AM

Boomibulat replied at 5-7-2019 11:29 AM
I suka filem2 mcm zmn tu.mcm kung fu hustle.kungfu terbang x suka

Kalau pergi sana boleh tengok live kung fu show sekali.Mereka akan persembahkan dalam theatre hall tiap hari.

LostStar Publish time 5-7-2019 11:39 AM

Wahhh number 10 tu bestnya...

puanbintang Publish time 5-7-2019 11:40 AM

bestnya kalau dapat merasa g...menarik sungguh

goss79 Publish time 5-7-2019 04:19 PM

cantik tempat2 nya.. moga ada rezeki sampai sana...

MsKathryn Publish time 6-7-2019 02:02 AM

No.1 tu cantik mcm zaman dulu2

makton Publish time 8-7-2019 07:58 AM

cantiknyaa...               
Pages: [1]
View full version: 10 Spot 'Instagramable' Di Shanghai Untuk Kaki Travel, Kaki Foto! Berani Cuba No


ADVERTISEMENT