natrahn Publish time 4-7-2019 11:09 AM

Pisang Biru Perisa Vanila Cair Dalam Mulut! On Tak On?

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/01/103958o7bfnz5f5dc5cz71.png


Kita dah biasa melihat pisang mesti berwarna kuning. Tetapi, tahukah anda rupanya ada pisang berwarna biru. Blue Javas Banana, pisang berwarna biru ini dikatakan mencair di dalam mulut dan rasa seperti vanila.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/01/102038nfbb8fu5gd5ebfxq.png



Pokok pisang ini boleh tumbuh di kawasan beriklim sejuk termasuk di Amerika Syarikat. Pisang ini berasal dari Asia Tenggara dan lazimnya terdapat di seluruh kepulauan Hawaii.


Tidak seperti kebanyakan pokok buah-buahan tropika, pokok pisang ini mampu bertahan untuk tumbuh dan membesar dengan suhu serendah 20 darjah Fahrenheit, bermakna ia boleh tumbuh di kawasan beriklim sejuk iaitu sebahagian besar California, bahagian-bahagian Barat Laut Pasifik, dan seberang Selatan.




Pisang yang sudah masak akan bertukar dari warna biru kepada warna kuning. Pokok pisang ini dijual dalam talian dan memerlukan masa sembilan bulan untuk membesar dan sedia untuk dimakan.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/01/103127dst0l4ttvksl42lf.png


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/01/103127dzrip66vrvrz26kk.pngFoto: Amazon







https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201907/01/102353ucbgflkgokvqoqbk.png
Foto: Google



Blue Javas juga dikenali sebagai "pisang ais krim" dan dikhabarkan boleh menjadi ramuan sempurna untuk ais krim pisang yang semakin popular. Malah, terus boleh dijadikan ais krim tanpa produk tenusu yang mudah dan sihat! - CARI

KIM.K Publish time 4-7-2019 11:41 AM

Mata haku tengok tak berapa biru. Tapi popular pisang ni

ainashiqa Publish time 4-7-2019 03:04 PM

Mcm kaler hijau je. X kaler biru pun.. Mesti sedap rasa pisang ni..

CikB Publish time 4-7-2019 07:43 PM

mesti sedap ni

puanbintang Publish time 5-7-2019 11:43 AM

tak nampak kaler birunya sangat tapi sedap la kotnye

Lengkong Publish time 7-7-2019 01:10 PM

First time tengok..nampak ais krim tu sedap je


eimila Publish time 11-7-2019 09:37 PM

kalau dah masak, jadi warna kuning juga kan..so takdelah pelik sangat makan pisang kaler biru

natrahn Publish time 12-7-2019 01:40 AM

eimila replied at 11-7-2019 09:37 PM
kalau dah masak, jadi warna kuning juga kan..so takdelah pelik sangat makan pisang kaler biru

betul..masa muda warna biru, bila dah masak baru tukar kaler kuning. Ada lagi pisang lain warna pink masa belum masak. Tapi tetap bertukar warna kuninh bila dah masak. Semuanya kat Hawaii

hollahop Publish time 13-7-2019 01:51 PM

sedap betul nampak tu.

AniseAzure Publish time 15-7-2019 11:56 PM

Cantik nya warna pisang ni.
Subhanallah.. Mcm2 kan ciptaan Allah yg kita x pernah terpk ada, rupanya ada.

cikbun Publish time 7-8-2019 10:35 PM

waa baru tahu ada

lynakajang Publish time 14-10-2019 05:01 PM

Ehhhh first time tau ni

amatur Publish time 14-10-2019 07:16 PM

Wow...bestnya...

CinnamonR Publish time 3-11-2019 01:30 PM

Sedapnye..teringin nak rase

kacang^soya Publish time 21-11-2019 09:55 AM

Mcm sedap jah..buat milk shake mesti terangkat :drool3: pisang ni ada jual kat malaysia kah?

MissVixen Publish time 21-11-2019 10:03 AM

Wahhhh. Cantiknya warna dia. Harap2 ada orang mula tanam dekat malaysia. :D
Pages: [1]
View full version: Pisang Biru Perisa Vanila Cair Dalam Mulut! On Tak On?


ADVERTISEMENT