cikX87 Publish time 4-7-2019 11:03 AM

ALKISAH SERAM VOL II : CINDAI DI SINI #1

Edited by cikX87 at 4-7-2019 05:28 PM

hello. lama rasanya tak berkongsi cerita. sekadar menempel di benang benang orang.

pada yang dulunya mengikuti rumah lama, terima kasih. pada yang belum, ini link rumah lama cikX :

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=830345&mobile=2.

tak tau lah aku cara tepek link ni betul ke tidak. interface macam pelik je. post guna phone beginilah, ye dak?

sepanjang ketidakaktifan aku dalam berbenang beberapa tahunan ini, ada beberapa kisah terjadi. tapi yang aku nak cerita ni kejadian semalam.

"CINDAI DI SINI"

so nak dijadikan cerita, semalam, aku dengan kakak layan youtube dengar lagu disney aladdin tu. yang versi melayu si silaamzah dengan haelkumis. tak paham aku nak di melayu layu kan. terus tak sedap. hahah.

tapi bukan topik tu yang aku nak bahaskan di sini. ni berkaitan dengan benda komen di video itu.

ada pihak yang mempertikaikan sebutan bait kata lirik baku seolah bahasa indonesia, bukan MALAYSIEEE. haha. so to cut the long story short, fast forward sikit. sampai lah aku di ruang komen yang memberi contoh lirik lagu CINDAI.

aku tau ramai kata cindai ni lagu berhantu. ponti ke apa tah tak ingat. so aku pun dengan tulus ikhlasnya baca komen tu out loud sebab nak bagi kakak aku dengar. contoh lebih kurang macam ni :

CINDAI LAH MANA bukan CINDAI LAH MANE.. blablaba. lebih kurang gitu lah explanation orang itu. intinya dia nak bagitau yang bahasa ala ala upin ipin tu bahasa pasar lah. kita tetap guna bahasa baku sebagai bahasa formal dalam menyanyi, menulis etc.

tengah aku dok syok baca lirik cindai dengan jayanya tu, tiba tiba mesin printer aku on. mintak di suap kertas sebab nak print something. you know what i mean? aku dan kakak tak ada sorang pun yang tengah nak print apa jadah k time tu. memang melayan youtube. kakak aku pulak baring kat katil sambil baca wattpad dia, sambil dengar youtube yang aku pasang.

nak tak nak aku bangun pegi dekat printer. masa tu bulu tengkuk, bulu tangan, kaki segala mak bapak bulu jangan cakap lah. tegak. aku cakap gini, "banyak benda ko boleh main. tapi bukan printer aku. toner mahal." ;P HAHA.

saja nak kurangkan gementar. waklus.

time tu sumpah aku baru terfikir pasal cerita lagu berhantu cindai tu. masa aku baca komen dan lirik tu tak pikir apa langsung.

lalu dengan bangangnya aku cakap dekat kakak aku, "mentang mentang lah aku review pasal lirik cindai."

"ALAMAK." tu je kata yang terkeluar dari mulut kakak aku.

cerita senyap begitu saja sebab aku terus sambung layan youtube. kakak pulak dengan wattpad nya. masing masing nak buat tak ada apa apa. tapi apa? kau ingat cerita habis?

tepatnya pukul 3 ke 4 pagi tadi, aku tak boleh tidur. rasa dada sempit. berat. tekak rasa blocked. so aku tinggikan perbaringan. bantal ku lapis dua tiga. kakak aku ada baring kat sebelah. tapi dia dah hanyut ke alam mimpi. maka tinggallah aku sorang sorang terkontang kanting mencari nafas sambil sedut sedut inhaler vicks.

selang berapa minit, aku terlelap. tak berselimut. aku kalau tidur memang pakai shorts. panas. kalau seluar tu panjang sekalipun, akan ku gulung ke pangkal paha. bhahaha!

rasa aku.. adalah kot terlelap dalam seminit dua? aku ni light sleeper. aku terjaga sebab.. aku rasa ada kuku cekau lutut kanan aku dan cekau tapak kaki kiri. SERENTAK. kedudukan baring aku time tu lutut kanan aku naikan, kaki kiri selonjor macam biasa. paham tak? paham ye.

aku buka mata je, centrekan kepala, bagi sel sel otak berhubung sikit. maklumlah. kau baru terlelap pastu ko terjaga dalam keadaan shocked macam tu. haruslah blur. bilik terasa panas. padahal kipas full blast macam nak tercabut dari ceiling.

aku pandang kakak aku kat sebelah. aku kejut dia. lama jugak aku panggil dia tak nyahut. deep sleep habis. padahal biasanya bila aku panggil dia sejenis cepat respond. tapi tak malam tadi. berkali kali aku panggil baru dia jaga. aku mintak dia bangun putar ayat ayat kat laptop. pasang manzil.

tak lama lepas tu bilik jadi sejuk. aku pun terlelap sampai ke pagi. dan kak cindai? mungkin da balik. kot? haraplah. i is dont want you. HAHA.

okay itu saja. tak seram kan? kata kau. cuba lutut kau yang kena cekau. agaknya situ jugak kau cirit. hehe. until next posting. terima kasih baca! :$

Kurex Publish time 4-7-2019 11:15 AM

Ala... Kau kongsila cerita dekat thread aku " Jom Kongsi Cerita Hantu" tu.. :)

C1k_J4h Publish time 4-7-2019 11:39 AM

fuhh..serammm
abes nampak la kesan kena cekau tu?

cikX87 Publish time 4-7-2019 11:41 AM

Kurex replied at 4-7-2019 11:15 AM
Ala... Kau kongsila cerita dekat thread aku " Jom Kongsi Cerita Hantu" tu..

alaaa. ni rumah nombor dua haa. sambungan rumah lama. kompilasi segala mak nenek cerita. hehe.

cikX87 Publish time 4-7-2019 11:42 AM

C1k_J4h replied at 4-7-2019 11:39 AM
fuhh..serammm
abes nampak la kesan kena cekau tu?

tak ada tanda pun, cik jah. tapi kuku tu memang rasa. nasib lah dia tak cekau sekuat hati. bayangkan kuku tajam cekau lutut. geli weh. haha!

C1k_J4h Publish time 4-7-2019 11:46 AM

cikX87 replied at 4-7-2019 11:42 AM
tak ada tanda pun, cik jah. tapi kuku tu memang rasa. nasib lah dia tak cekau sekuat hati. bayangk ...

memg geli weh
fuh nasib baik xtggl bekas
kalau x mesti lg seriau dibuatnye

sambung tt..best bace kisah tt:lol:

cikX87 Publish time 4-7-2019 11:56 AM

C1k_J4h replied at 4-7-2019 11:46 AM
memg geli weh
fuh nasib baik xtggl bekas
kalau x mesti lg seriau dibuatnye


terima kasih sudi baca. kisah kisah lain di thread sebelum ni da baca? thread tahun 2014 kalau tak salah.

hidupku ini penuh dengan cerita seram. tapi tak lah sampai berepisod macam sinetron. hikhik.

cikX87 Publish time 4-7-2019 12:04 PM

terima kasih @BabeYSHa untuk kekacangan itteww. hehe. :$

C1k_J4h Publish time 4-7-2019 12:05 PM

cikX87 replied at 4-7-2019 11:56 AM
terima kasih sudi baca. kisah kisah lain di thread sebelum ni da baca? thread tahun 2014 kalau tak ...

ai x bace lgkena pilih2 cite sebb ai duk umah sorg2 ja
kiri kanan depan pun rumah kosong
bila bace kdg2 teringt dan terbyg tu yg leceh

cikX87 Publish time 4-7-2019 12:09 PM

C1k_J4h replied at 4-7-2019 12:05 PM
ai x bace lgkena pilih2 cite sebb ai duk umah sorg2 ja
kiri kanan depan pun rumah kosong
bila ba ...

haa. sila jangan takut takut kan diri sendirik kalau sebegitu. hehe. cikX pun weekdays memang sendirian kat rumah sebab kakak kerja.

meriah rumah atas ni selalu bunyi tapak kaki berlari lari. jatuhkan barang bagai. sedangkan rumah memang kosong sebab semua kerja kalau siang.

dan bunyi bunyian akan menjadi jadi bila nak masuk waktu solat. start lah bertukang lah. lempar lempar coins lah. SETIAP KALI nak masuk waktu solat. especially maghrib. tak paham kita.

C1k_J4h Publish time 4-7-2019 12:14 PM

cikX87 replied at 4-7-2019 12:09 PM
haa. sila jangan takut takut kan diri sendirik kalau sebegitu. hehe. cikX pun weekdays memang send ...

duk rumah apartments ke?hehealhamdulillah..so far xdela dgr bunyi pelik2
paling kuat pun dgr bunyi grill bukak
tp ai anggap je jiran sebelah balik kerja lewat

memg amalkan setiap kali masuk keluar rumah mesti bace ayat kursi
weekdays ja duk umah ni
weekend balik umah mak

seram gak kalau duk bunyi mcm2 tu
lelalgi kalau maghrib

cikX87 Publish time 4-7-2019 12:23 PM

rumah saya dan kakak duduk apartment, tapi rumah family tak. but still ada bunyian ittewww. hehe. anggap tikus saja lah walaupommm. ;P

WiRa_MiSTiK Publish time 4-7-2019 01:06 PM

Hi TT. Cerita lah lagi..tq

hatikudus Publish time 4-7-2019 01:21 PM

Yeayyyy ada benang baru best!! {:thumbo

cikX87 Publish time 4-7-2019 05:05 PM

WiRa_MiSTiK replied at 4-7-2019 01:06 PM
Hi TT. Cerita lah lagi..tq

hi awak. dua benang sebelum ini da habis baca belum? hehe.

cikX87 Publish time 4-7-2019 05:06 PM

hatikudus replied at 4-7-2019 01:21 PM
Yeayyyy ada benang baru best!!

yassssssssss~
terima kasih singgah.

msamyrazi Publish time 8-7-2019 11:46 AM

teah tt is back.. miss u .. i nak share gak lah pengalaman boleh dak tt? zaman belia idulu , i pernah dengar perempuan humming lagu cindai pukul 5.10 am. masa tu tengah turun tangga nak g kerja . memula ingat adik i bukak radio, tapi bila pikir2 balik bunyi org humming kat belah dapur . terus i lari ke luar rumah . masuk kereta .

hari isnin lepas ,waktu yang sama . i dah keluar rumah siap kunci pintu segala bagai dan otw nk p kat kereta . masa tu lah jugak i dengor macam bunyi perempuan bercakap .i dah pucat nak patah balik masuk rumah malas. so pasrah je masuk kereta. tapi yang pelik bila nak masuk kereta tu bunyi tu hilang . haa sudah . bunyi tu mmg macam perempuan tengah bercakap sesama sendiri. nasib baik sekali tu lah dengar . bunyi butir i tak paham , sebab depa cakap laju .

cikX87 Publish time 10-7-2019 07:54 PM

msamyrazi replied at 8-7-2019 11:46 AM
teah tt is back.. miss u .. i nak share gak lah pengalaman boleh dak tt? zaman belia idulu , i per ...

hi awak!

thank you kongsi cerita. kisah cindai ni ada je dengar memana kan. dan tak sangka kena kat batang hidung sendirik.

suara jiran kot wak? ke tv jiran ke.. kalau tak.. ohmaigad sangat. scary kot bila da sah sah takda sesapa di situ tibehhh dengar soksek. eii.

msamyrazi Publish time 11-7-2019 07:30 AM

cikX87 replied at 10-7-2019 07:54 PM
hi awak!

thank you kongsi cerita. kisah cindai ni ada je dengar memana kan. dan tak sangka kena ...

welcome .. bukan suara jiran i lah , you . jiran tu dah pindah .

cikX87 Publish time 11-7-2019 06:51 PM

msamyrazi replied at 11-7-2019 07:30 AM
welcome .. bukan suara jiran i lah , you . jiran tu dah pindah .

okay. ni zerammm. hahaha!
Pages: [1] 2
View full version: ALKISAH SERAM VOL II : CINDAI DI SINI #1


ADVERTISEMENT