akubujang Publish time 4-7-2019 10:51 AM

TWO SISTERS

Edited by eddlisa_uyuk at 5-7-2019 08:06 AM

Kadang-kadang, kita terpengaruh hendak menonton filem di panggung wayang sebab promosi besar-besaran, apatah lagi kalau selebriti laman sosial kata sedap. Tapi bila dah tengok, rupa-rupanya tidak lah sesedap mana atau tidak kena dengan selera filem kita.


Apa yang selalu dilakukan apabila kecewa selepas menonton sesebuah filem? Selalunya mengumpat dengan rakan-rakan atau meluahkannya di laman sosial sajalah, kan?


Tapi, bagaimana kalau anda diberi peluang untuk mendapat balik duit kalau filem ditonton tidak memuaskan?


Itulah yang dilakukan Kuman Pictures. Syarikat perfileman Malaysia yang diterajui Amir Muhammad ini berjanji akan memulangkan semula duit jika anda tidak berpuas hati dengan filem mereka.


Mereka buat kali pertama tampil dengan filem seram Two Sisters baru-baru ini, hasilnya ada tiga penonton yang tidak berpuas hati dan Kuman Pictures memulangkan semula wang mereka.




https://www.facebook.com/KumanPictures/photos/a.1909991725964483/2027172717579716/?type=3&theater




Kenapa?


Sebabnya mudah, tauke Kuman Pictures, Amir Muhammad berkata; "Tanpa penonton, tiadalah filem".


Two Sisters merupakan filem pertama Kuman Pictures. Syarikat filem seram ini menetapkan bajet RM500,000 untuk setiap filemnya, bajet yang sangat rendah sebenarnya untuk sebuah filem. Kos ini termasuklah skrip, upah pelakon, penggambaran dan promosi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201906/26/150324gb9hulm4yiydhdhy.png
FOTO: FB




Mereka juga menjaga kebajikan kru dan pelakon filem mereka. Selain gaji yang diterima, pelakon dan kru filem akan mendapat royalti hasil jualan tiket di panggung wayang atau saluran lain. Sesuatu yang tidak pernah dibuat dalam industri filem Malaysia.


Two Sisters sudah habis ditayangkan di pawagam Malaysia, dan syarikat itu dalam perancangan untuk menerbitkan filem kedua bertajuk "Roh" pada hujung tahun ini.




BlYq6c6EXew


Agak-agaknya, kalau mereka buat lagi promo "tak puas hati boleh dapat duit balik", adakah akan pergi ke panggung wayang untuk menonton filem Roh ini?


Bagi anda, ini gimik atau sebenarnya nak melawan budaya promosi melampau yang berlaku sekarang?- CARI

Kurex Publish time 4-7-2019 11:06 AM

Aku tak tau pun kewujudan movie ni

LadyCarefree Publish time 4-7-2019 11:17 AM

Satu langkah yng bagos. Dulu aflin shoki jual cd ikot suka nk byr brape kn?

merrissa Publish time 4-7-2019 12:03 PM

durian kalo isi kosong, boleh refund ka? eh silap thread hehehehe

Boomibulat Publish time 4-7-2019 12:14 PM

merrissa replied at 4-7-2019 12:03 PM
durian kalo isi kosong, boleh refund ka? eh silap thread hehehehe

Dia ckp klu x sdp je ade refund..klu kosong xde.movie pn ada sedap x sdp jgk ropanya

Mfzg89 Publish time 4-7-2019 04:25 PM

ramai la kapel rempit g tgk cite ni satgi..pastu keluar panggung mintak refund (Korg paham2 jela...)

otai_g Publish time 6-7-2019 07:26 AM

Gimik je ni. 3 org upahan tu.

kalo 100 org tgk n kt filem ni x sdp da brp ringgit plk nak byr blk tu?

kualibesi Publish time 25-7-2019 05:26 PM

movie apa nie? xde pun promo dkt tv

sekngucing Publish time 25-7-2019 08:26 PM

tak pernah dengar pun

aku pernah tgok pilem seram korea.. two sisters tahun 2003 dulu

dua_chzy Publish time 21-8-2019 08:30 AM

Tengok la sapa kepala company ni. Amir Muhammad. Korang tak kenal ke?

dua_chzy Publish time 21-8-2019 08:32 AM

Director, James Lee.

Ni suma bukan nama calang2 ni. Level kreatif meka bukan level Razak Mohaideen, Ahmad Idham atau... Shamsul Yusof. :lol:
Pages: [1]
View full version: TWO SISTERS


ADVERTISEMENT