fahdramli Publish time 3-7-2019 01:38 PM

Dan apabila musibah dan ujian datang bertimpa-timpa,

Kehidupan ada pasang dan surutnya, apabila ujian dan musibah datang mengganas, perkara pertama yang akan anda lakukan...

moonbug Publish time 3-7-2019 01:46 PM

First sekali istighfar banyak banyak, ada lah tu khilaf di mana-mana sedar atau tak

BabyMiakaChan Publish time 3-7-2019 02:03 PM

Bile saya ditimpa musibah, saya akan solat taubat dulu. Mungkin kifarah Allah, mungkin Allah nak uji. Perkara pertama yang saya cuba lakukan, ialah perbaiki hubungan dengan Allah. Doa mintak hati redha dgn ujian dia.

Bile sedih menangis yang x berhenti2, memang saya baca zikir dibawah:



makita Publish time 3-7-2019 02:27 PM

Bagus, bila kita diuji, kita merujuk pada Al-Quran dan sunnah. Kebergantungan kita pada Allah sahaja. Semoga hati org2 di uji ni dirahmati dan diberkati hidupnya

msdummy.2018 Publish time 3-7-2019 08:19 PM

Semoga mereka yg diuji dgn ujian berat terus tabah bertahan... Apabila keyakinan semakin menghilang, hanya kekuatan dan doa sahaja yg akan terus bersama dengan diri kita..

CardiGans85 Publish time 3-7-2019 08:57 PM

Kesenangan pun ujian..ingat Allah SWT sentiasa. Kalau susah, memang lah cari Allah SWT. #peringatanuntukdirsendiri

Lengkong Publish time 3-7-2019 09:00 PM

Saya pernah ditimpa musibah, bila terjadinya perkara tersebut hati perlu bersungguh2 untuk redha. Bila redha akan jadi tenang dan dapat menerima ketentuan yang terjadi.
Dalam masa yang sama ujian yang datang mendekatkan diri pada Allah swt. Sudah tentu doa tidak putus untuk menghilangkan kerisauan hati dan mencari penyelesaian untuk mengatasi musibah yang terjadi.


blueeress Publish time 3-7-2019 10:25 PM

Semoga mereka2 yg sedang menghadapi pelbagai musibah termasuk diri sndri sntiasa kuat smgt, bykkn berdoa dan always positif. It hard but surely everythg hv a reasons.

f98 Publish time 3-7-2019 10:54 PM

Apabila musibah melanda, itu adalah menjadi tanda kepada 2 perkara. Sama ada musibah yang melanda adalah merupakan satu ujian atau merupakan satu penghapusan dosa. Oleh itu apabila berlaku musibah, ini adalah perkara yang boleh kita lakukan.

Berdoa dengan doa terkena musibah iaitu “Innalillahi-wa-inna-ilaihi-rojiun”. Doa ini bukan hanya dibaca apabila berlaku kematian, tetapi turut dituntut dibaca apabila berlaku sebarang jenis musibah.
Muhasabah diri dan fikir dari sudut yang positif kenapa musibah tersebut melanda. Mungkin ianya sebagai ujian untuk meningkatkan darjat atau sebagai penghapus dosa?
Perbanyakkan Istigfar dan renungi dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
Sentiasa bersabar dan redha dengan ketetapan Allah.
Cari sahabat yang dipercayai dan minta nasihat.
Minta maaf dengan kawan dan sahabat sekiranya kita ada menyakitkan hati mereka.
Berusaha menghadapi musibah dan sentiada bertawakal kepada Allah.

sliperpink Publish time 3-7-2019 11:30 PM

Sebab tu kalau time gembira, jgn terlampau suka...

mrshollow Publish time 4-7-2019 02:02 AM

First sekali byk kan muhasabah diri..belajar berlapang dada dan redha dgn ketentuanNya dan jgn mengeluh..in shaa Allah setiap yg terjadi ada hikamah dariNya.ujian diberi kerana nk melihat sejauh mana keimanan kita kepadaNya..bykkan berdoa kepadaNya

miss_perfect Publish time 4-7-2019 06:50 AM

Thanks for sharing...

nishikido Publish time 4-7-2019 08:04 AM

Thanks for sharing..saya sendiri sedang dilanda musibah yg sangat besar..suami saya baru meninggal syawal ke 16 lepas, pergi secara mengejut dan tanpa sempat meninggalkan saya apa2 pesan.walhal tak sakit dan umur pon baru 30tahun...saya rasa yg pergi bukan sahaja suami tetapi semangat saya juga..

15 may lepas baru saja kami sambut anniversary ke4 dan 20 june saya terpaksa terima hakikat suami yg saya kenal sejak 10tahun lepas telah meninggalkan saya selamanya..dan kami tak dikurniakan zuriat lagi jadi kami memang tersangat rapat.kemana2 berdua saja..tapi sekarang saya nak ke kedai pon terpaksa sorang2..susah yg teramat..

Tapi sy redha andai ini ujian buat saya.. mungkin dosa saya banyak maka Allah uji saya begini hebat. Dan saya ada terbaca Allah akan uji kita dengan kehilangan bila kita rasa kita telah memiliki sesuatu itu.. sekarang saya cuma mampu meneruskan hidup dengan umur yg masih tersisa..semoga Allah temukan semula saya dengan arwah lagi di syurga nanti.. tenang lah buat suamiku disana,moga Allah tempatkan dikalangan org2 beriman lagi beramal soleh.amin

Supersirap Publish time 4-7-2019 09:57 AM

Sentiasa ingat, Allah sentiasa ada

takayama Publish time 4-7-2019 10:44 AM

nishikido replied at 4-7-2019 08:04 AM
Thanks for sharing..saya sendiri sedang dilanda musibah yg sangat besar..suami saya baru meninggal s ...

Innalillahiwainnailaihirrojioun
takziah buat adik moga adik kuat menghadapi hari mendtg
kaka dah laluinya lbh kurang hampir 7 tahun yg lalu
bezanya arwah suami kaka mmg sakit dan ms dia nk pergi kaka mmg berod abyk2 agar kaka diberi kekuatan
dan lps kaka solat sunat di hening pg tu kaka ngadap muka arwah dan bisik pd dia yg kaka redha kiranya dia nk pergi pd penciptanya
dan kaka juga kata pd dia yg kaka janji akan besarkan anak2
lbh kurang dlm sejam seblm subuh dia menghembuskan nafas terakhirnya
kaka dan anak perempuan sulung terkedu dan terkelu sbb dia benar2 pergi, allahu
dan kaka pandang kat dua anak kaka yg msh kecik ms tu dan kejut bg taw yg ayah diaorg dah xde
memsg dok bertelku ditepi jenazah si ayah
dan arwah suami kaka pergi hr yg sama kami berdua diijabkabulkan 18 tahun yg lalu tt time
mula2 mmg x kuat juga tp dgn semangat dr anak2 dan ahli keluarga serta sahabat terdekat kaka kuatkan semangat
insyaAllah adik pasti mampu menghadapinya
rs sedih tu adalah normal dan jgn biar diri bersendirian selalu
kaka doakan yg terbaik utk adik di masa depan


takayama Publish time 4-7-2019 10:47 AM

Bila musibah dtg bertimpa2 mmg kita akan rs down sekejap
dan jln terbaik sebg muslim adalah amik wudhu dan buat solat sunat then mengaji
itu adalah ketenangan yg terbaik utk kita
bykkan beristighfar dan berzikir dan minta Allah lapangkan dada kita
jgn biarkan setan tu semua menguasai kita sbb nnt hati kita mula berbisik dan pasti kita akan menyalahkan ialhi knp kita diuji sebegitu rupa
dan kaka terigt apa kata DMFK hr tu Allah xkan menguji kita melangkaui diri kita iaitu ujian yg kita hadapi tu adalah yg pasti kita akan mampu berdepan

MYviHaZz Publish time 4-7-2019 12:00 PM

nishikido replied at 4-7-2019 08:04 AM
Thanks for sharing..saya sendiri sedang dilanda musibah yg sangat besar..suami saya baru meninggal s ...

Salam Takziah sis..semoga sis terus kuat mengharung dugaan hidup yang memang takkan ada penghujungnya..


fahdramli Publish time 4-7-2019 12:55 PM

nishikido replied at 4-7-2019 08:04 AM
Thanks for sharing..saya sendiri sedang dilanda musibah yg sangat besar..suami saya baru meninggal s ...

Saya doakan adinda diberikan lekuatan untuk hadapi keadaan sukar ini. InshaaAllah, Allah sentiasa ada untuk kita, tunduk dan rayulah pada DIA mintak dikurniakan kekuatan agar adinda terus kuat,

Sasakim Publish time 4-7-2019 01:04 PM

nishikido replied at 4-7-2019 08:04 AM
Thanks for sharing..saya sendiri sedang dilanda musibah yg sangat besar..suami saya baru meninggal s ...

salam takziah sis.moga diberikan kekuatan untk meneruskan kehidupan.

duricinta Publish time 4-7-2019 07:54 PM

nishikido replied at 4-7-2019 08:04 AM
Thanks for sharing..saya sendiri sedang dilanda musibah yg sangat besar..suami saya baru meninggal s ...

Salam takziah...semoga tabah, jgn terlalu meruntun hiba, sentiasa doakan dia

I plak yg sedih
Pages: [1] 2 3
View full version: Dan apabila musibah dan ujian datang bertimpa-timpa,


ADVERTISEMENT