aijinmisaki Publish time 2-7-2019 05:23 PM

Lelaki ni memang cepat perasan ke?

Nak bukak kat bod tanya lelaki tapi bod tu sendu so hakak bukak kat sini.

Tak tahu lah kalau akuke yang unfortunate asik jumpa lelaki kuat perasan! Aku rasa aku takde pulak cakap atau buat something yang nampak flirty.

Contohnya, kalau kat socmed aku memang jenis yang suka like je apa2 yang aku rasa kelakar atau berkaitan aku tak tengok pun siapa yang post. So ada sorang lelaki ni, memang jenis teda life kot asik post every 5 minutes kat fb. Jadi secara tak langsung banyak lah post dia yang aku like. Dia pi dm tanya kenapa asik like dia punya post.

Lagi sorang mangkuk kat ig ni badan ketak2 muka out habis. Since aku nak kuruih aku follow dia, selalu tengok ig story dia post fitness tips. Boleh pulak dia pi complain kenapa asik tengok ig story dia. Terus aku block! Tu yang kat socmed. Kat real life ni takyah cakap la banyak dah banyak kena dari zaman sekolah bbnu sampailah mid 20s ni ada je lelaki hanat yang fitnah hakak syok kat diorang.

Ni thread suka2 je yach harap tak ada yang sentap. Walaupun agak merunsingkan jugak kenapa asik ada lelaki yang ingat aku nak syok kat diorang.

PristineOne Publish time 2-7-2019 06:38 PM

Edited by PristineOne at 2-7-2019 06:40 PM

Susah Pokchik nak tolong semangkok nak jawap bagi pihak khalifah khalifah serta imam imam pembimbing kaum wanita ke sorga.

Maka Pokchik komen atas pribadi ja ya..

Lelaki Rede (RD) atau Rendah Diri serta Lelaki Pede (PD) atau Percaya Diri ...yang jenis ini la yg selalu perasan nih... Jadi ketegori yg sis jumpa dialam maya dan realiti tu jenis yg Rede dan Pede la..

Pokchik lak jenis Pemburu dan MT -- muka tembok... Kami ni jenis ... lagi pompuan nyampah lagi kami suka... Lagi pompuan tak minat lagi kami kasi dia minat dan jatuh hati... Kami akan buru dan tak suka diburu.ekekeekeke :lol:

Laa ni...Pokchik suka buru yg ibu tunggal mid forties....tapi figura masih seluar jeanz size 26...most 27. Pakai tudung dan suka kari mamak. Sehati sejiwa gitu ngan Pokchik

Cuba sis kenali lelaki spesies Pokchik...Pasti sis bahagia gitu bila diburu

:lol::lol:

Veneer Publish time 2-7-2019 06:41 PM

Lelaki atau perempuan sama sahaja rasanya. Orang lelaki pun
ada pengalaman yang sama juga. Yang membuatkan kita rasa
menyampah adalah yang cepat perasan ni mostly tak handsome / cantik pun.
Yang handsome handsome dan cantik cantik tak cepat perasan sebab
mereka sudah mendapat perhatian yang cukup. Kebiasaannya.

Ini adalah pendapat dan perkongsian aku selaku seorang lelaki yang tak kacak.
Ye, aku cepat perasan.

Aku ingatkan thread ni pasal aku tadi.

aijinmisaki Publish time 2-7-2019 06:42 PM

PristineOne replied at 2-7-2019 06:38 PM
Susah Pokchik nak tolong semangkok nak jawap bagi pihak khalifah khalifah serta imam imam pembimbing ...

Saya belum mid forties dan tak suka kari mamak. Acane tuh :lol:

cekgihani Publish time 2-7-2019 06:43 PM

Maaf tanya tt... tt ni dalam golongan mana. Cantik, sederhana atau kurang menarik. Biasa lelaki suka kalo ppuan cantik kawan ngn dia. Bangga gitu. Walopun sekadar kawan

PristineOne Publish time 2-7-2019 06:46 PM

aijinmisaki replied at 2-7-2019 06:42 PM
Saya belum mid forties dan tak suka kari mamak. Acane tuh

Itu Pokchik dan kriteria buruan Pokchik.... Lain pemburu lain spesifikasi buruan dia...hehehehe..:lol:

Pokchik pun dah tua....tu buru ibu tunggal mid forties....dia nak lari pun tak jauh.....:lol:

Cam sis...muda..masih banyak stamina...mengah Pokchik nak buruhahahahahahaha :lol::lol:

aijinmisaki Publish time 2-7-2019 06:49 PM

cekgihani replied at 2-7-2019 06:43 PM
Maaf tanya tt... tt ni dalam golongan mana. Cantik, sederhana atau kurang menarik. Biasa lelaki suka ...

Sederhana kott

aijinmisaki Publish time 2-7-2019 06:52 PM

Veneer replied at 2-7-2019 06:41 PM
Lelaki atau perempuan sama sahaja rasanya. Orang lelaki pun
ada pengalaman yang sama juga. Yang mem ...

Well maaf cakap lelaki yang selalu tuduh hakak tu memang semuanya tak ensem

Veneer Publish time 2-7-2019 07:01 PM

PristineOne replied at 2-7-2019 06:38 PM
Susah Pokchik nak tolong semangkok nak jawap bagi pihak khalifah khalifah serta imam imam pembimbing ...

Pokchik, aku budak baru belajar. Jadi ingin tahu apakah keistimewaan ibu tunggal mid forties?
Dan, dimanakah aku boleh daftar kelas berburu tersebut. Ingin mengasah bakat, mana tahu
boleh buka bisnes. Haha

Veneer Publish time 2-7-2019 07:05 PM

aijinmisaki replied at 2-7-2019 06:52 PM
Well maaf cakap lelaki yang selalu tuduh hakak tu memang semuanya tak ensem

Kami tak cukup perhatian, aku wakil pihak lelaki perasan dan tak kacak ingin memohon maaf.

aijinmisaki Publish time 2-7-2019 07:09 PM

Veneer replied at 2-7-2019 07:05 PM
Kami tak cukup perhatian, aku wakil pihak lelaki perasan dan tak kacak ingin memohon maaf.

Actually kuat perasan takde masalah pun.
Tapi macam kes saya ni pelik tuduh2 syok pulak. Mungkin cara saya cakap macam flirty tanpa disedar kot :lol:

Veneer Publish time 2-7-2019 07:17 PM

aijinmisaki replied at 2-7-2019 07:09 PM
Actually kuat perasan takde masalah pun.
Tapi macam kes saya ni pelik tuduh2 syok pulak. Mungkin...

Mungkin. Lelaki memang tak boleh kena flirt walaupun sedikit, tambah tambah yang jiwa kesunyian
dan inginkan keseronokan. Kalau dah hari hari jumpa, goyang juga keteguhan hati itu. Yang tak perasan
pun jadi perasan. Kurangkan lah kau punya flirt tu, kami lelaki tak kuat.

aijinmisaki Publish time 2-7-2019 07:27 PM

Veneer replied at 2-7-2019 07:17 PM
Mungkin. Lelaki memang tak boleh kena flirt walaupun sedikit, tambah tambah yang jiwa kesunyian
d ...

Akan hakak cuba kurangkan kebirahan. Mengelike ngelike ni pun bahaya tengoklah macam mana boleh putus hubungan girlpreng boipreng hanya disebabkan button like :lol:

CiliPadiSedap Publish time 2-7-2019 07:28 PM

lawa sangat kut sis, ada jenis lelaki dia baca buku cinta, kalau perempuan selalu jeling dan selalu silang kaki ada maksud tertentu. lepas ni buat bodoh je sis, senyum sekadar bertegur sapa.

p/s : yang tulis buku cinta tu pun cerai berkali kali sibuk nak nasihat orang.

ikanmasin Publish time 2-7-2019 08:37 PM

rasanya selepas ini tt kene kurangkan menglike gitu..:lol::lol:

noraidil_06 Publish time 2-7-2019 08:44 PM

Edited by noraidil_06 at 2-7-2019 08:46 PM

PristineOne replied at 2-7-2019 06:38 PM
Susah Pokchik nak tolong semangkok nak jawap bagi pihak khalifah khalifah serta imam imam pembimbing ...

Kojaq la pak cik yg mid fourties tu. Eeeeeeee. X nakkkkkk

noraidil_06 Publish time 2-7-2019 08:46 PM

Edited by noraidil_06 at 2-7-2019 08:47 PM

aijinmisaki replied at 2-7-2019 06:52 PM
Well maaf cakap lelaki yang selalu tuduh hakak tu memang semuanya tak ensem

Hahahahhahaha. Lari sis, nanti ank x comel
Uils cantik berwibawa sgt kut

noraidil_06 Publish time 2-7-2019 09:01 PM

Veneer replied at 2-7-2019 07:01 PM
Pokchik, aku budak baru belajar. Jadi ingin tahu apakah keistimewaan ibu tunggal mid forties?
Dan ...

Mid forties x nak kut bbnu mcm awak.
Thread urgent tip hari tu, x membantu ke? Sian awak

AbukRokok Publish time 2-7-2019 09:08 PM

mesti akak sgt lawa sampai ramai jejaka terperasan
mohon sangkal penfitnahan saya iney dengan nunjuk bukti fb ke ig :lol:

Veneer Publish time 2-7-2019 09:09 PM

noraidil_06 replied at 2-7-2019 09:01 PM
Mid forties x nak kut bbnu mcm awak.
Thread urgent tip hari tu, x membantu ke? Sian awak

Kau ni, janganlah cakap macam tu. Kau tahu tak betapa sedihnya aku bila teringatkan kisah lama. Dah la aku ni jenis susah nak move on. Masa menaip ni pun rasa nak muntah. Sikit. Hmmm
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Lelaki ni memang cepat perasan ke?


ADVERTISEMENT