trunks Publish time 1-7-2019 10:38 AM

Membawang dengan lebih pantas,Status WhatsApp Bakal Boleh Dikongsi Terus Ke Face

Edited by trunks at 3-7-2019 10:21 AM

Aplikasi sistem kiriman ringkas, WhatsApp antara pilihan ramai pada hari ini. Penggunaannya ringkas, asal ada internet sudah boleh digunakan tanpa sebarang caj tambahan.Pada 2017, WhatsApp memperkenalkan ciri ‘status’ yang membolehkan penggunanya memuat naik gambar, videodan catatan yang akan berkekalan dalam tempoh 24 jam. Fungsinya sama sahaja dengan Facebook Story dan Insta Stories.
Menerusi laporan The Verge, WhatsApp kini sedang dalam tempoh percubaan ciri terbaharu yang membolehkan pengguna update status di WhatsApp dan akan terus dikongsi ke Facebook Story dan Instastory.https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2019/07/whatsapp_dpa.jpgBiarpun begitu, ciri terbaru dari WhatsApp itu tidak akan menghubungkan akaun pengguna dengan semua media sosial lain secara automatik walaupun ada pautan terus. Ini bermakna kesemua platform media sosial ini tidak akan mengabungkan data yang ada. Jadi anda tidak perlu risau jika nombor telefon anda ‘bocor’ di platform media sosial itu.
Pendek kata pengenalan ciri terbaru ini hanya sebagai memaksimumkan perkongsian data iOS dan Android APIs yang digunakan oleh semua aplikasi lain.https://himpunanceritalawak.com/app/uploads/2019/07/2016_06_13_6384_1465811019._large.jpgSelain itu WhatsApp turut mahu pengguna yang membuat keputusan sama ada berkongsi status di platform sosial media lain atau pun tidak.Setakat ini WhatsApp mempunyai 500 juta pengguna setiap hari dan dilaporkan bakal menjadi antara platform aplikasi pesanan ringkas yang pertama mempunyai iklan tahun depan.Sumber: The Verge

trunks Publish time 1-7-2019 10:39 AM

saya tak minat nak upload status whatsapp.boring ..
tapi,kawan2 saya ada yang update setiap hari.yela
minat masing2..cuma yang terkini dah boleh share ke
facebook dan Intagram..mudah lah untuk dia orang.

espritvin Publish time 1-7-2019 11:49 AM

mcm makin semak jela pasni....

trunks Publish time 1-7-2019 11:53 AM

espritvin replied at 1-7-2019 11:49 AM
mcm makin semak jela pasni....

kan ? hehe saya rasa bagi peniaga online suka la
fungsi itu.yela mudah nak update jualan..boleh
share ke sana sini.

trunks Publish time 1-7-2019 05:13 PM

share ke facebook
Pages: [1]
View full version: Membawang dengan lebih pantas,Status WhatsApp Bakal Boleh Dikongsi Terus Ke Face


ADVERTISEMENT