lanesra Publish time 28-6-2019 07:37 PM

NASA temui asteroid emas boleh jadikan komuniti dunia kaya

https://www.thesun.co.uk/wp-content/uploads/2019/06/416_16_psyche_main.jpg?w=620

https://static.businessinsider.com/image/586d5706f10a9a1d008b69ee/image.jpg
Nasa mengkaji penemuan Asteroid bersaiz 140 batu yang dikatakan kaya dengan logam galian emas mampu jadikan 7 bilion manusia di bumi menjadi bilionair.- Foto: NASA
NEW YORK – Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) sedang mengkaji sebuah asteroid gergasi yang didapati penuh dengan emas dan bahan logam berharga.

Asteroid emas itu digambarkan bagi cukup menjadikan komuniti dunia menjadi bilionair.

Asteroid yang dikenali sebagai 16 Psyche mempunyai massa kurang 1 peratus bulan kita dan mengandungi timbunan platinium, besi, nikel dan emas.

Jumlah nilai gabungan semua logam berharga itu adalah bersamaan dengan nilai $700 quintilion (mempunyai 18 kosong).

Jika anda membawa kembali ke bumi dan berkongsi keuntungan secara sama rata, ia akan menjadikan tujuh bilion penduduk dunia ini bilionair berlipat ganda.

Malangnya, ia dilihat agak mustahil daripada segi ekonomi.

Nilai gabungan ekonomi dunia ialah sekitar £59.9 trilion pound.

Maka menyuntik dengan nilai beberapa quintilion (dengan 18 sifar di belakang satu angka) ke dalamnya akan menyebabkan semuanya hancur.

Logiknya membawa balik batu asteroid gergasi itu memerlukan beberapa tindakan dan kaedah terbaik.

Kedudukan Asteroid ’emas’ adalah antara Mars dan Musytari dan berukuran kira-kira 140 batu (225.30816 kilometer) secara keseluruhannya.

NASA sedang merancang untuk menlancarkan pesawat ke bulan pada Ogos 2022 untuk melawat asteroid itu.

Pesawat khas itu dijangka tiba di orbit pada tahun 2026 dan mengambil masa selama 21 bulan untuk mengkaji sepenuhnya asteroid ’emas’ itu dengan peralatan seperti ultispectral imager, sinar gamma, spektrometer neutron dan magnetometer.

Sudah tentunya hasil kajian itu adalah bertujuan saintifik dan NASA tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi untuk menghasilkan wang daripada asteroid berkenaan.

Tetapi mereka yang lain berkeyakinan ia berpotensi untuk perlombongan di asteroid itu.

“Itu adalah industri besar seterusnya.. sebaik sahaja anda menubuhkan infrastruktur maka potensinya adalah infiniti (tidak terbatas).

Pengasas Syarkat Perlombongan Asteroid yang berpangkalan di United Kingdom, Mitch Hunter-Scullion memberitahu, BBC bahawa terdapat sejumlah wang yang besar untuk dihasilkan sekiranya mana-mana pihak yang mampu menyahut cabaran asteroid emas berkenaan.

Syarikat perlombongan asteroid itu merancang untuk memulakan operasi perlombangan di Angkasa lepas menjelang tahun 2030.

Sementara itu, NASA berpendapat bahawa 16 Psyche mungkin terbentuk akibat perlanggaran dengan planet semasa pembentukan sistem suria di alam semesta.

Penerokaan asteroid emas akan menjawab persoalan saintis bagaimana teras bumi terbentuk.

Dalam batuan planet-planet, ahli sains menyimpulkan kehadiran metalik tetapi ia tidak dapat dicapai di bawah planet berbatu, jelas NASA.

NASA dan Saintis yakin 16 Psyche menawarkan ‘tingkap unik’ untuk meneroka sejarah ganas perlanggaran dan pertambahan yang mewujudkan planet yang digelar sebagai terestrial.- MalaysiaGazette

sharlenetexas Publish time 28-6-2019 08:06 PM

Kat lubuk mandi dah ada yg melombong semula.

weezerfan Publish time 28-6-2019 09:06 PM

Meluat pulak aku jisim jd massa

Catpaw Publish time 28-6-2019 09:26 PM

weezerfan replied at 28-6-2019 09:06 PM
Meluat pulak aku jisim jd massa

jisim ke, tukar jadi massa dah kenapa puihhhh

elaisyah Publish time 29-6-2019 01:20 AM

Edited by elaisyah at 8-5-2023 08:39 AM

-------------

AbukRokok Publish time 29-6-2019 10:32 AM

melucukan
kompeni yg melombong nti agih agih hasil kestiap manusia ke?

epuepy Publish time 17-8-2019 05:32 PM

Mntk2 la asteroid ni jtuh belakang uma I. Bole melombong emas gitew. ;P

Lalalili66778 Publish time 21-8-2019 08:36 PM

Seriousla? Cmna tu nak ubah tu? Tahun 2022? Belum tentu berjaya weh

abcdotcom Publish time 6-12-2020 07:45 AM

Dah jatuh kat Kedah kot ..sampai bertrilion 2 MB depa kata ;P

abcdotcom Publish time 6-12-2020 07:46 AM

elaisyah replied at 29-6-2019 01:20 AM
Kalau semua kaya sapa nak jadi miskin.

Semua manusia miskin .Manusia yg berak keluar taik adalah miskin. ...
Pages: [1]
View full version: NASA temui asteroid emas boleh jadikan komuniti dunia kaya


ADVERTISEMENT