sarukhan Publish time 26-6-2019 11:34 PM

Terserempak dia yang tak patut aku jumpa.

Setelah bertahun-tahun mematikan dia dalam hidup aku, harini ditakdirkan terjumpa tanpa sengaja. Sedang aku bergurau bergelak ketawa dengan rakan semeja, dia sedang duduk dengan di sudut kedai dengan kekasih barunya.

Aku pernah bercadang, andai ditakdirkan aku terserempak atau berjumpa secara tak sengaja, maka aku akan extra gelak ketawa, extra bahagia, extra segala-galanya. Supaya dia tahu, aku sedang menikmati hidup aku dengan sempurna dan bahagia walaupon tanpa dia.

Aku mengaku, aku selalu rasa dia masih menunggu aku. Mungkin kerana setelah bertahun-tahun, dia masih tidak mengahwini kekasihnya, walaupon telah 5 tahun bercinta. Entahlah..

Aku harap, dengan kebahagiaan yang aku tonjolkan hari ni, dapat buka hati dia untuk berkahwin dan berbahagia.

Berhenti mengejar harapan yang dulu,
Kerana ia hanya angan angan masa lalu.

Kita berpisah dulu bukan kerana tiada cinta,
Cuma telah ditakdirkan untuk tidak bersama.

Maka, percayalah bahawa takdir itu adalah selama-lamanya.

PristineOne Publish time 27-6-2019 01:14 AM

The feelin bila terserempak dgn ex...shud be bekgroun kena ada lagu latar..

:lol:

bintangct Publish time 27-6-2019 01:53 AM

Iols pun pernah terfikir apa yg iols akan buat kalau tiba2 terserempak hmm.. so far masih blm pernah lg wlpon dah berbelas tahun campak perasaan tu
Raya tahun ni iols 1st time terserempak kakak dia kat kenduri.. neves gila iols tp maintain buat derkk je dn tak bertegur siapa..
Huhu sedih la pikir pasal ni

noraidil_06 Publish time 27-6-2019 05:38 AM

Haishhhh. Hurmmm x terkomen plak di subuh hr ni

sarukhan Publish time 27-6-2019 07:16 AM

PristineOne replied at 27-6-2019 01:14 AM
The feelin bila terserempak dgn ex...shud be bekgroun kena ada lagu latar..

Wehhhhh masa jumpa tu mmg betol2 ada lagu background.. Lagu john legend Hahahahaha

sarukhan Publish time 27-6-2019 07:17 AM

noraidil_06 replied at 27-6-2019 05:38 AM
Haishhhh. Hurmmm x terkomen plak di subuh hr ni

I tot ai akan menangis sedu sedan sis. Tapi sampai tertidur pon i x nangis. Adakah ai dah betol2 move on? Just because kt x bole lupa or buang ingatan je, so that sesekali teringat.

sarukhan Publish time 27-6-2019 07:26 AM

bintangct replied at 27-6-2019 01:53 AM
Iols pun pernah terfikir apa yg iols akan buat kalau tiba2 terserempak hmm.. so far masih blm pernah ...

Ai pon x sangka boleh terserempak. Tapi masa awal2 dulu selalu la duk fikir kalau la terjumpa what should i do.. Smalam masa 2 minit pertama, ai gigil debar neves sampainai terpaksa cover and ckp "sejuk sgt la" sbb mmg obvious tgn menggeletar, and ai mcm tiba2 diam... Xsangka ai mampu gak buat seperti ai rancang. Harap2 gelak ai x nampak fake hahhahahahahhahaha

noraidil_06 Publish time 27-6-2019 08:21 AM

sarukhan replied at 27-6-2019 07:17 AM
I tot ai akan menangis sedu sedan sis. Tapi sampai tertidur pon i x nangis. Adakah ai dah betol2 m ...

Kite dh move on. Teringat tu biasalah

Banunro Publish time 27-6-2019 11:04 AM

Bila teringat dan terkenang - kenang kisah lama dengan ex adakah kita dikira telah 'curang perasaan' dengan pasangan kita sekarang?

espritvin Publish time 27-6-2019 11:07 AM

buat2 tak nampak..bagaikan angin lalu.. hahaha

bellaa Publish time 27-6-2019 11:34 AM

Edited by bellaa at 27-6-2019 11:36 AM

omg! baca kes tt. teringat peristiwa 2 weeks ago

ceritanya.. i dgn dia ni kes tarik tali..
lepas tu, ego dan dingin. dan terus tak kontek..

dia pulak buat keputusan, bawak diri p middle east.
utk jaga projek powerplant kat sana.
i pulak, teruskan hidup mcm bese :$

cuma kami masing2 hanya mampo stalk stories ig jer.
setiap hari lak tu kalo ada pape update. ;P

dlm 2-3bulan, ada la 1x dia balik mesia.
lepak2 kl jap, pastu balik kg kat kedah sana.

setelah setahun lebih tak berjumpa. dan.. pada 15.06.19 4am..
dia update ig stories tgkap gambar papan tanda kedai mamak
yg i baru je singgah sat tadi sbb nak tgk lauk.
lauk tak menyelerakan lah pulakk. so nak p mekdi. :funk:

waktu i tgk stories dia tu, i dah ke mekdi yg 1 deret dgn mamak tu!
baru je 5mins lepas

i cakap kat member, uuu kansel la makan mekdi.
nak lepak mamak tu.
naseb la member i tu layankan je :$

mesti dia tak sangka, i p balik kat mamak tu.
kami hanya selang 1 meja jer.
tapi i buat2 tak nampak dia lah.

jenuh dia bangun duduk tak henti2 p masok mamak.
nak i alert kehadiran dia la tu. ;P

puas tgk dari jauh, i cakap kat member jom la balik.
and i cakap kat member, thanks la sanggup jadi props.

bhahaha. mesti dia menyampah jer.
i kapel dgn laki lain. tapi lepak pagi buta dgn laki lain pulak.
bella bella.. perangai tak berubah ;P:lol:

putericahaya999 Publish time 27-6-2019 11:52 AM

sarukhan replied at 27-6-2019 07:16 AM
Wehhhhh masa jumpa tu mmg betol2 ada lagu background.. Lagu john legend Hahahahaha

Pastu mesti ada gesekan biola
Dan daun kering berguguran
Seperti dalam cerita Mohabbatein

dewi_rina Publish time 27-6-2019 01:48 PM

Dah mcm drama ;P

Pernah jugak terserempak
Pastu buat tak kenal je
Ada aku kisah?
Biar dia rasa

dewi_rina Publish time 27-6-2019 02:09 PM

bintangct replied at 27-6-2019 01:53 AM
Iols pun pernah terfikir apa yg iols akan buat kalau tiba2 terserempak hmm.. so far masih blm pernah ...

Tu baru kakak dia, belum dia lagi
Klu terserempak dia tak tau lah mcm mana perasaan kan ;P

dewi_rina Publish time 27-6-2019 02:10 PM

sarukhan replied at 27-6-2019 07:17 AM
I tot ai akan menangis sedu sedan sis. Tapi sampai tertidur pon i x nangis. Adakah ai dah betol2 m ...

I kalau dengar lagu achik nana terus teringat dia
:'(

dewi_rina Publish time 27-6-2019 02:20 PM

bellaa replied at 27-6-2019 11:34 AM
omg! baca kes tt. teringat peristiwa 2 weeks ago

ceritanya.. i dgn dia ni kes tarik tali..


Mesti dlm hati dia cakap
Dia tak nampak aku ke? :L
Tu yg tak diam tu kan haha


bellaa Publish time 27-6-2019 05:47 PM

dewi_rina replied at 27-6-2019 02:20 PM
Mesti dlm hati dia cakap
Dia tak nampak aku ke?
Tu yg tak diam tu kan haha

dia up kat ig, konon dia nampak i la tuu.
tu yg berani up papan tanda kedai mamak.

bila i dtg balik mamak, terkejut dia. :lol:

tapi ada la dlm 2jam kami duk curik2 pandang.

see, da setahun lebih pom weols still ego.
bhahaha. koser nak wasap2 tanya khabar bagai lepas inciden tu.

life must go on. stalk ig stories seperti biasa jela. takda yg berubah lepas terserempak :P

bintangct Publish time 27-6-2019 10:55 PM

dewi_rina replied at 27-6-2019 02:09 PM
Tu baru kakak dia, belum dia lagi
Klu terserempak dia tak tau lah mcm mana perasaan kan

Kann
Lepas tu dlm 2 hari lepas tu.. deng... iols mimpi dia pulakkkk Benci la pulak..
Situasi dia still dalam kenduri kawen.. lps tu adik iols pgil suh masuk dalam bilik.. tgok2 dlm bilik tu ada adik dan si dia.. muka iolss merah padam bila ternampak si dia then lepas tu iols lari keluar terus Tak ckp sepatah apa pun... tiba2 terjaga tidor
Fuh nasib mimpi je

dewi_rina Publish time 28-6-2019 07:04 AM

bellaa replied at 27-6-2019 05:47 PM
dia up kat ig, konon dia nampak i la tuu.
tu yg berani up papan tanda kedai mamak.



Kalau 2 jam tu bukan curi pandang dah tu

Tu tatap
:drool3:

dewi_rina Publish time 28-6-2019 07:05 AM

bintangct replied at 27-6-2019 10:55 PM
Kann
Lepas tu dlm 2 hari lepas tu.. deng... iols mimpi dia pulakkkk Benci la pulak..
Situasi dia ...

Kalau i kan, memang selalu doa mintak dia datang dalam mimpi
Indah betul
Kalau depan2 iols takut
Nanti jadi kaku
:lol:


Pages: [1] 2 3 4
View full version: Terserempak dia yang tak patut aku jumpa.


ADVERTISEMENT