melnanzz Publish time 24-6-2019 07:31 PM

ADAM CHEMPAKA [Lestary TV3: Adam Lee, Sweet Qismina]

Adam Chempaka
slot Lestary TV3
setiap Rabu hingga Jumaat, 9.00 malam



Bersiaran di saluran TV3 sekarang ialah drama bersiri bertajuk "Adam Chempaka" yang menemukan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama 13 episod terbitan Creative Skill Solution dibawah arahan Idora Abdul Rahman.Disiarkan di slot Lestary TV3 bermula 12 Jun, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.

JUDUL : ADAM CHEMPAKA
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Jun 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar & Jue Zurhanisza
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Adam Lee, Sweet Qismina, Zera Hariz, Raja Afiq, Balkisyh Semundur Khan, Dhia Ly, Roy Azman, Ku Faridah, Kazar Saisi, Sharul Kamal, Riena Diana, Nada Nursyuhada, Alif Hadi, Syafnida Shuhaimi

WATAK PELAKON
Adam Lee sebagai Adam Mirza
Sweet Qismina sebagai Chempaka
Zera Hariz sebagai Laila
Raja Afiq sebagai Khairil
Balkisyh Semundur Khan sebagai Che Shima
Dhia Ly sebagai Shasha
Roy Azman sebagai En Lutfi
Ku Fridah sebagai Zubaidah
Kazar Saisi sebagai Pak Dan
Sharul Kamal sebagai Syukri
Riena Diana sebagai Bella
Nada Nursyuhada sebagai Ayu
Alif Hadi sebagai Luqman
Syafnida Shuhaimi sebagai Shelly

LAGU SISIPAN
Sarah Suhairi - Nyawa Raga
Bidadari - Ismail Izzani
Yang Pertama - The Faith
Saat Kau Perlukanku - Lutfan

SINOPSIS ADAM CHEMPAKA
Kisah Chempaka Eryna, pemegang ijazah yang sangat pandai membancuh air teh tarik, tinggal dengan abangnya Khairil dan neneknya Zubaidah setelah kematian ibu dan bapa. Khairil kemudian bernikah dengan Laila dan mempunyai seorang anak 6 tahun, Shasha.

Adam Mirza, anak tunggal En Luthfi mempunyai sebuah galeri seni sendiri. Dengan tidak sengaja mereka bertemu ketika Chempaka cuba melarikan diri dari Pak Dan Duda dan mengaku bahawa Chempaka kekasihnya. Sejak itu Adam mula jatuh cinta dan mendekati Chempaka. Tatkala Laila yang sentiasa dengki dengan Chempaka selalu cuba menghasut Khairil untuk membenci adiknya.

GAMBAR PELAKON


miszclassique Publish time 24-6-2019 07:55 PM

Ada tertengok haritu tapi macam geli lah adegan dia...dan i dah lama tak tengok drama melayu so agak terkejut la dengan dialog dia part yang dia suruh perempuan tu tukar baju dalam bilik je tak perlu gi tandas...terkezuttt ya iols

nadna Publish time 24-6-2019 08:49 PM

Cerita yang tak boleh hadam

zuuu Publish time 24-6-2019 10:11 PM

Drama ni la aq tertengok khamis lepas,scene yg heroin mnjerit then hero tu cakap sebab ada lipas...aiyohhh krik2 snggt...terus aq tukar chanel

DandelionW Publish time 24-6-2019 10:36 PM

Owhh crita ni...iols tertgk hari tu sbb teman anak2 tgk.....yg laki tu chinese ke?nama lee mcm cina tp muka tak mcm cina sgt.
   Lakonan dia biasa je tapi iols suka tgk mimik muka part kening dan mata dia.ada kecomelan tersendiri di situ spjg tontonan.sekian...

melnanzz Publish time 24-6-2019 10:53 PM

DandelionW replied at 24-6-2019 10:36 PM
Owhh crita ni...iols tertgk hari tu sbb teman anak2 tgk.....yg laki tu chinese ke?nama lee mcm cina...

Melayu jer dia ni... nama penuh dia Muhammad Arif Adam bin Mohamed Fadlee (rujukan: wikipedia), dipendekkan jadi Adam Lee shj. Dia ni selalunya jadi pelakon pembantu, last one is Curi-Curi Cinta. Rasanya this is his first time jadi lead.

xtahumenahu Publish time 25-6-2019 12:27 AM

Adam ni yg berlakon curi2 cinta jd abg bad kann?klako tgk sbb poyo jah dok setinggan tp anak org kaya kononnnn..siap bawak bmw...pehtu minat kat bini org

umbut Publish time 25-6-2019 08:56 AM

Sweet punya jerawat batu bertebaran:lol:

umbut Publish time 25-6-2019 08:57 AM

DandelionW replied at 24-6-2019 10:36 PM
Owhh crita ni...iols tertgk hari tu sbb teman anak2 tgk.....yg laki tu chinese ke?nama lee mcm cina...

Sepupu janna nick.. janna pun cam siam,cina

aleesyasofia Publish time 25-6-2019 10:55 AM

miszclassique replied at 24-6-2019 07:55 PM
Ada tertengok haritu tapi macam geli lah adegan dia...dan i dah lama tak tengok drama melayu so agak ...

waktu tue kan diorg baru kawin.. tp, yg perempuan jenis malu2.. gitulah..

Mulotkoyak Publish time 25-6-2019 11:16 AM

Hero n heroin kayu

mawar_mustika Publish time 25-6-2019 12:50 PM

adam lee ni dlu2 tgk die xdelh cerah mn..skrg makin cerah plak...dlu2 die slalu blakon jd driver je..skarng dh jd hero...tp i xske tgk sgt ni die blakon mcm bajet2 hot je;P

huehue Publish time 25-6-2019 01:11 PM

I tertengok teaser dekat instagram pun macam dah tak sanggup nak tengok sbb both acting and video (cinematography ke apa entah nama dia) tak best

jagung5 Publish time 25-6-2019 04:35 PM

comel2 budak2 ni

jagung5 Publish time 25-6-2019 04:35 PM

tapi cerita sendu

kaoru44 Publish time 25-6-2019 05:56 PM

Ttgok jgk aritu..tp xminat lah sweet tu..rasa cm tgok bdk2 blakon jah..

melnanzz Publish time 25-6-2019 05:58 PM

Sweet best berlakon masa dia jadi budak autistic dalam drama "Cinta Tiada Ganti" tu.

putericahaya999 Publish time 25-6-2019 06:27 PM

I suka hero ni macan i suka janna nik

FY08 Publish time 30-6-2019 04:54 PM

Drama cringey... tua dh nk tgk bajet hot ni.. euwww

phalanx Publish time 11-7-2019 04:17 PM

Drama tah pape. Kalau drama kategori remaja remaji ni yg best ialah drama sein n luna.
Pages: [1] 2
View full version: ADAM CHEMPAKA [Lestary TV3: Adam Lee, Sweet Qismina]


ADVERTISEMENT