OttoVonBismark Publish time 23-6-2019 03:11 PM

August Landmesser - The Man Who Refused To Salute Hitler

Edited by OttoVonBismark at 23-6-2019 07:25 AM

https://allthatsinteresting.com/wordpress/wp-content/uploads/2013/05/august-landmesser-no-salute.jpg
Siapa lelaki yang tak nak bagi salute pada Hitler dalam gambar kat atas tu ? Pakcik yakin, ramai diantara kita yang pernah melihat gambar ni kan ? Baiklah, jadi hari ni pakcik nak cerita pasal dia ni. Serba sedikit dari pembacaan di wikipedia dan beberapa website, pakcik jamu korang dengan cerita ni dalam bahasa yang mudah difahami.

Pada tahun 1936, Tentera German telah membuat satu mejlis pelancaran sebuah kapal perang pelatih yang diberi nama "Horst Wessel". Dalam ceremony tu, ramai para pekerja kilang buat kapal Blohm+Voss hadir bagi memeriahkan suasana mejlis. Majlis pelancaran diadakan dengan amat meriah sekali dan Adolf Hitler sendiri hadir keupacara tersebut. Bilamana Hiler selesai memberi ucapan padu beliau dalam menaikkan semangat nasionalisme keatas bagsa German, semua yang hadir memberikan tanda "salute" hormat kepada Hitler, KECUALI sorang je yang tak bagi salute seperti dalam gambar tu, August Landmesser. Dia membuat bantahan berseorangan ditengah-tengah keriuhan orang ramai.

https://images.findagrave.com/photos250/photos/2015/187/148787673_1436308606.jpg
Siapa August Landmesser ni ? Dia adalah salah seorang ahli dalam parti Nazi German sejak dari tahun 1931. Lahir pada tahun 1910 dan menjadi anak tunggal kepada pasangan August Franz Landmesser dan Wilhelmine Magdalane. Dia joint parti Nazi pada tahun 1931 dengan harapan boleh dapat kerja untuk menyara diri dan keluarga. Itu jam, kerja cukup susah nak dapat. Bukan hari ni je susah nak cari kerja, dari dulu lagi problem ni dah ada.

So, pada tahun 1934, dia berkenalan dengan Irma Eckler, sorang pompuan YAHUDI. Lalu jatuh cinta dengan Irma atas dasar cinta pandang pertama maybe. Pakcik kurang pasti. Dan bilamana pakcik sebut YAHUDI, korang dah boleh agak dasar parti Nazi keatas kaum yahudi kan ? Bagaimana pihak Nazi German ingain menghapuskan kaum yahudi ni dari muka bumi dan dasar dasar anti-semitic Hitler yang lain.

https://images.findagrave.com/photos250/photos/2015/187/148771846_1436308732.jpg
Hubungan antara August dengan Irma ni dapat dihidu oleh ahli parti Nazi yang lain, jadi hubungan mereka berdua ni membuatkan August ditendang keluar dari menjadi ahli parti Nazi. Walau bagaimanapun, August dan Irma tak kesah pada itu semua. Cinta tetap cinta, mereka ambik keputusan untuk kawin walau apa pun yang orang keliling cakap. So, pada tahun 1935 mereka berdua ni mohon untuk berkahwin.

Tapi.... permohonan mereka telah ditolak dibawah akta rasis "Nuremberg Law"..... Nuremberg law ni adalah satu undang undang anti-semitic yang dibuatkhas oleh pihak Nazi pada tahun 1935 bagi memelihara darah keturunan orang German dari bercampur baur dengan darah keturunan orang yahudi. Demi memelihara bangsa German yang superior Aryan dan merosakkan genetik mereka.
https://allthatsinteresting.com/wordpress/wp-content/uploads/2013/05/august-landmesser-irma-kids.jpg
Jadi, dalam diorang berdua tak dapat nak meneruskan pendaftaran perkahwinan mereka, lahirlah seorang budak pompuan hasil dari hubungan August dan Irma ni. Ingrid namanya. Anak mereka yang pertama. August mula sedar yang keluarga dia dalam bahaya bila anak pertama mereka lahir. Dia perlu lari keluar dari pihak Nazi German. Dua tahun kemudian, dia ambik keputusan untuk lari ke Denmark bersama sama dengan isteri dan anak perempuan dia yang beru lahir tu. Malangnya mereka bertiga ditangkap semasa cuba keluar dari sempadan oleh pengawal sempadan Nazi German pada tahun 1937.

Mereka bertiga ditahan atas kesalahan "menghina bangsa dan keturunan". Bilamana ditangkap, August Landmesser diarahkan untuk menghentikan segera perhubungan dia dengan Irma sekaligus diarah untuk meninggalkan anak beranak tersebut. Kali ini, sekali lagi August menentang regim Nazi tetapi dengan terang dan keras. Dia refuse untuk meninggalkan keluarga dia. Tindakan ini menyebabkan dia dipenjara pada tahun 1938 beserta tiga tahun bersama tahanan perang yang lain. Dan bermula dari saat ini, August Landmesser tidak dapat lagi berjumpa dengan isteri dan anak dia selama-lamanya. Never..
http://socialistreview.org.uk/sites/default/files/field/image/holocaust.jpg
Irma Eckler pulak, semasa ditahan, dia sarat mengandungkan anak yang kedua. Dia ditahan dan dijatuhkan hukuman kerja berat selama 13 bulan dikem tahanan khas untuk bangsa yahudi. Semasaa dalam tahanan, di melahirkan anak kedua dia dan August, diberinama Irene. Tidak beberapa lama selepas tu, Irma dihantar ke salah satu German Nazi punya "Death Camp" di Bernburg, German. Dia tak dapat berjumpa dengan anak anak dan suami dia lagi. Dia dimasukkan kedalam bilik gas beracun bersama sama dengan 14,000 orang yahudi yang lain. Manakala kedua dua anak dia dihantar ke rumah asuhan anak yatim.

Berbalik kepada August Landmesser, selepas tamat dari menjalankan hukuman, August telah dipaksa untuk menyertai tentera Nazi German pada tahun 1944. Nak tak nak August terpaksa jugak joint sojar pada waktu itu, tapi dua bulan kemudian dia didapati MIA ( Missing In Action ) semasa menjalankan tugas di Croatia oleh platun regiment dia. 6 Bulan sebelum pihak Nazi German menyerah kalah secara rasmi. Dan pada tahun 1949 mayat dia telah dijumpai dan disahkan mati semasa bertugas (KIA).
Lama selepas semua kejadian ni berlaku, Irene Eckler Landmessser.... anak kedua mereka yang dah besar panjang menulis sebuah buku bertajuk "A Family Torn Apart By Rassenschande" yang menceritakan kepada dunia kisah tragik keluarga beliau. Didalam buku tersebut ada dinyatakan semua dokumen dokumen berkaitan seluruh peristiwa berkaitan ibu dan bapa dia sebelum mati. Termasuk lah gambar "lone protest" dari ayah dia yang berani yang sangat popular hari ini.

Begitulah serba sedikit yang pakcik dapat ceritakan pada korang semua bagaimana kuasa cinta dapat menyatukan dua bangsa. Even pakcik sendiri seorang yang anti-semitic dari beberapa sudut pandangan pakcik, akan tetapi dengan cerita sebegini membuatkan pakcik berfikir sejenak. Moral of the stori korang pikir lah sendiri ye.Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.

       - Otto Von Bismark -






OttoVonBismark Publish time 23-6-2019 03:28 PM

Antara gambar terakhir moment happy family ni sebelum masing masing berpisah dan Irma Eckler dibunuh didalam gas chamber


https://allthatsinteresting.com/wordpress/wp-content/uploads/2013/05/august-landmesser-whole-family.jpg


Foxey Publish time 23-6-2019 04:15 PM

Thanks Pakcik Otto. Fox memang tingin nak tau pasal mamat ni. Tapi kan pakcik, dalam gambar anak mereka dah dua orang (gambar kat artikel dan gambar terakhir mereka happy). Dalam artikel pakcik, dinyatakan Irma melahirkan anak kedua ketika dalam tahanan. Yang mana satu pakcik? {:1_515:}

KIM.K Publish time 23-6-2019 06:00 PM

Gambar dia tak salute Hitler sangat popular. Begitu kesudahannya..adat waktu perang
Wife dia so short. Dan nampak distressed

Ivysaur Publish time 23-6-2019 07:06 PM

Lama dah tengok gambar the man who refused to salute Hitler. Tapi tak pernah ada caption kenapa dia tak salute. Maklumat baru yang merungkai segala persoalan. TQ

system_failure Publish time 23-6-2019 09:32 PM

pakcik von bismark...

bolehkah sy bertanyakan satu soklan....

knpa kita x boleh buat salute cara nazi?... padahal salute nazi ada 3 jenis...
kalau salute yg satu tu boleh guna knpa yg lg satu tuh x bole guna..


https://qph.fs.quoracdn.net/main-qimg-e2bcc967e64b5efa98320010134464c3

OttoVonBismark Publish time 23-6-2019 09:42 PM

Foxey replied at 23-6-2019 08:15 AM
Thanks Pakcik Otto. Fox memang tingin nak tau pasal mamat ni. Tapi kan pakcik, dalam gambar anak mer ...

And yet, you the only one yang persan. Not even me sedar pasal ni. Baiklah. Trimasss foxey. Pakcik cari lagi maklumat pasal ni malam ni jugak. Thanksss for this foxey.

sharlenetexas Publish time 23-6-2019 09:57 PM

OttoVonBismark replied at 23-6-2019 03:28 PM
Antara gambar terakhir moment happy family ni sebelum masing masing berpisah dan Irma Eckler dibunuh ...

Design swimming suit zaman nazi ;P

Muka Irma ni sepesen macam anne frank.

calc Publish time 23-6-2019 10:15 PM

Foxey replied at 23-6-2019 04:15 PM
Thanks Pakcik Otto. Fox memang tingin nak tau pasal mamat ni. Tapi kan pakcik, dalam gambar anak mer ...

Ada terbaca pasal cerita versi lain sikit dari pakcik otto. Katanye Irma sedang sarat mengandung anak nombor 2 mase mereka rancang untuk lari ke Denmark.

Berdasarkan artikel tu, August lari ke Denmark untuk dapatkan pekerjaan. Maknanye kat German tu dia takda kerja. Jd mcm mane nak sara keluarga. Sedih.

noraidil_06 Publish time 23-6-2019 11:05 PM

Tq sayang for the Thread:loveliness:

Foxey Publish time 23-6-2019 11:38 PM

OttoVonBismark replied at 23-6-2019 09:42 PM
And yet, you the only one yang persan. Not even me sedar pasal ni. Baiklah. Trimasss foxey. Pakcik ...

You are most welcome pakcik. Looking forward to your findings. :loveliness:

Foxey Publish time 23-6-2019 11:40 PM

calc replied at 23-6-2019 10:15 PM
Ada terbaca pasal cerita versi lain sikit dari pakcik otto. Katanye Irma sedang sarat mengandung a ...

Oh, which version yang betul then?

Memang kesian. But walau dalam keadaan macam tu, they were still happy as potrayed in the last photo :D

calc Publish time 24-6-2019 12:11 AM

Foxey replied at 23-6-2019 11:40 PM
Oh, which version yang betul then?

Memang kesian. But walau dalam keadaan macam tu, they were...

If referring to the picture, then the version that ive read seems more reasonable.

sarah82 Publish time 24-6-2019 01:58 AM

Hanya sebab peperangan.. Anak2 kehilangan ibu bapa depa

Count_Romanov Publish time 24-6-2019 04:24 AM

gigih login sebab nak tinggal komen. kenapa gambar no 2 diorang semua ada. dalam cerita lain dalam gambar lain ?

Orix Publish time 24-6-2019 10:10 AM

Ank diorg ad lg x

OttoVonBismark Publish time 24-6-2019 04:53 PM

system_failure replied at 23-6-2019 01:32 PM
pakcik von bismark...

bolehkah sy bertanyakan satu soklan....


By history, pihak German nazi telah mencerminkan satu contoh kekejaman antara yang paling tak bermoral didunia sepanjang penglibatan mereka didalam perang dunia kedua dahulu. Kalau ikut moraliti, apa yang telah dilakukan oleh pihak German dikebanyakan negara meninggalkan kesan dan mimpi buruk kepada masyarakat dunia. Ye memang betul, salute nazi ada banyak. tapi yang paling obvious sekali adalah cara yang Hitler selalu gunakan sepanjang kempen perang beliau. Jadi dunia hari ni recognize salute dengan angkat tangan kanan kedepan ( seperti yang kita sedia maklum ) tu sebagai tanda utama kepada pihak Nazi. and tha is why ianya diharamkan.


Penggunaan salute sebegitu sebenarnya dah lama digunakan, jauh sebelum Hitler sendiri menggunakannya. Even Hitler sendiri sedar perkara tu. Dia pun cuma mengikut saja. Gambar dibawah ni menunjukanlukisan sekitar tahun 1784 yang bertajuk "The Oath Of Horatil" by Jacques Louis David. Menceritakan tiga orang adik beradik salute kepada bapa derang sebagai tanda setuju dan janji untuk mempertahankan tanah Rom dari dijajah. In-Fact, salute ni dahulu lamaaaa sebelum Hitler pakai kita namakan sebagai "Roman Salute"


https://assets.atlasobscura.com/article_images/25717/image.jpg

OttoVonBismark Publish time 24-6-2019 04:55 PM

nak pau kredit dari @halimi78 pulak. :lol: bak kredit sejuta :lol:

OttoVonBismark Publish time 24-6-2019 04:59 PM

dah hilang balik dah budak limi ni. Mod mod kat sini unik. semua last name theyall ada nombor.

@winamp05
@noraidil_06
@halimi78


:lol:

yuki812 Publish time 24-6-2019 05:10 PM

tersentuh...
agungnya cinta diorg ni...
Pages: [1] 2 3
View full version: August Landmesser - The Man Who Refused To Salute Hitler


ADVERTISEMENT