Syd Publish time 17-12-2020 04:19 PM

Pengawal peribadi berusia 37 tahun yang menembak mati ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua yang lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dikatakan berang dengan majikannya yang mempersoalkan dia mengeluarkan senjata api di sebuah restoran, kira-kira dua jam sebelum insiden berlaku.

Datuk Ong Teik Kwong dan rakan niaganya selama sembilan tahun, Lim Boon Leng, kedua-duanya berusia 32 tahun sedang minum bersama seorang rakan di sebuah restoran pada Khamis lalu.

Pengawal peribadi yang memulakan tugas hari pertama untuk Teik Kwong pada hari kejadian, secara tiba-tiba mengeluarkan pistol semi-automatik Glock 19 dan meletakkannya di atas meja.

Sumber memberitahu Teik Kwong dan Boon Leng yang terkejut dengan tindakan pengawal itu, dengan segera menyembunyikan senjata api berkenaan.

Sewaktu ketiga-tiga mereka sedang berjalan ke kereta pada kira-kira pukul 6.30 petang, Teik Kwong yang tidak fasih berbahasa Melayu meminta rakannya untuk menanyakan pengawalnya kenapa pistol tersebut dibawa keluar.

Sumber menambah, pengawal peribadinya menjawab: "Itu tugas saya."

"Ong (Teik Kwong) kemudiannya memandu bersama Lim (Boon Leng) yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, manakala pengawal peribadinya duduk di belakang.

"Sebaik sahaja melalui lebuh raya, pengawal peribadi kedengaran membisikkan sesuatu seperti berdoa, sebelum melepaskan beberapa tembakan ke arah Ong," tambah sumber.

Menurut sumber, pengawal peribadi itu kemudiannya menghentakkan kepala Boon Leng menggunakan pistol beberapa kali selepas kereta BMW hitam yang dinaiki mereka melanggar beberapa kenderaan lain.

"Lim berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri tetapi dikejar dan ditembak pengawal peribadi," katanya.

Beberapa tembakan yang dilepaskan mengenai pengguna lebuh raya, mengakibatkan dua lagi maut dan empat cedera.

Sumber memberitahu Boon Leng mendapat bantuan daripada seorang pemandu wanita yang kemudian menurunkannya di stesen minyak sebelum menghubungi rakan untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Boon Leng menerima dua jahitan akibat kecederaan di bahagian kepala.

Dia kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Boon Leng dan pengawal peribadi direman sehingga 8 Disember.

Pemandu wanita, 42, turut membuat laporan polis selepas mendengar Boon Leng yang meminjam telefonnya bagi menghubungi dua rakannya dan memberitahu mengenai apa yang berlaku.

Wanita itu pada awalnya mengingatkan Boon Leng merupakan mangsa kemalangan.

Polis mengenal pasti Teik Kwong yang juga dikenali sebagai "Datuk M" atau Datuk Muda sebagai ketua Geng 24, yang dikatakan terlibat dengan aktiviti kongsi gelap. -mStar

ipes2 Publish time 18-12-2020 05:43 AM

Syd replied at 17-12-2020 04:19 PM
Pengawal peribadi berusia 37 tahun yang menembak mati ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua yang la ...

aih? bila ni?

ipes2 Publish time 18-12-2020 05:46 AM

Syd replied at 17-12-2020 04:19 PM
Pengawal peribadi berusia 37 tahun yang menembak mati ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua yang la ...

ohhh dah baca dah baca..
ok syd terima kasih

tak tahu langsung benda ini ada berlaku
sure heboh masa tu

Syd Publish time 18-12-2020 08:25 AM

ipes2 replied at 18-12-2020 05:46 AM
ohhh dah baca dah baca..
ok syd terima kasih



Nanti i letak pic.

Bz ni sblm cuti panjang.

Paksa gak nak kena habiskan coti.

Carry forward nak 5 hari je boleh.

Syd Publish time 18-12-2020 01:14 PM

Harimau Malaya kehilangan 'Spiderman'
18 Disember 1988

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#HarimauMalaya

"Legasi legenda

Membakar semangat jiwa

Legasi legenda dikenang

Yang kini dijulang"

Hari ini, 18 Disember, pada tahun 1988, pasukan bola sepak negara kehilangan seorang pemainnya yang berkaliber iaitu penjaga gol, Datuk R. Arumugam.

Mendiang Arumugam meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Perseketuan dekat Petaling Jaya.

Wong Hee Kok, Chow Chee Keong, Wong Kam Fook, dan Lim Fung Kee adalah antarapenjaga gol hebat yang bemain untuk pasukan negara di penghujung 1960an dan awal 70-an. Tidak keterlaluan jika dikatakan ketangkasan Arumugam adalah setara dengan mereka, jika tidak lebih baik. Beliau mendapat nama jolokan 'Spiderman' kerana ketangkasan dan gaya beliau mengawal gawang gol.

Pada mulanya beliau bermain di bahagian serangan dengan kelab Starbrite yang ditubuhkannya sendiri. Bakat sebagai penjaga gawang terserlah dan dikenal pasti apabila beliau terpaksa menjaga goldisebabkan pilihan utama tidak hadir.

Setelah mula mewakili Selangor dalam Piala Burnley,pertama kali Arumugam menyarung jersi kebangsaandalam pasukan Malaysia B di kejohanan Kemerdekaan Vietnam pada tahun 1972.

Dari situ, beliau bekerja keras untuk merebut slot utama sehinggakan tiada siapa yang dapat menghalangnya dari menjadi penjaga gol utama. Kali terakhir berbakti sebagai penjaga go Malaysia adalah di Sukan Asia 1986.

MendiangR. Arumugam se-era dengan legenda Shukor Salleh, Santokh Singh, Soh Chin Aun dan Allahyarham Mokhtar Dahari. Beliau juga bersama dengan skuad Harimau Malaya yang memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 1974 dan yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Semoga pengorbanan dan kejayaan mendiang R. Arumugam menjadi inspirasi dan pemangkin untuk generasi muda dalam memburu cita-cita mereka.

.........................................................

The day Harimau Malaya lost their ‘Spiderman’
December 18, 1988

On this day - December 18 - in 1988, our national football team lost a player of high caliber, goalkeeper Dato’ R. Arumugam.

The late Arumugam died in a car accident on the Federal Highway near Petaling Jaya.

Wong Hee Kok, Chow Chee Keong, Wong Kam Fook, and Lim Fung Kee were among the notable national goalkeepers who played in the late 1960s and early ‘70s. It would not be too extreme to say that Arumugam’s agility matches theirs, if not better than. He was given the nickname ‘Spiderman’ for his swiftness and style when guarding the goal.

Initially, Arumugam played as a striker for the Starbrite Club, which he formed himself. His talent as a goalkeeper came to shine when he was forced to play as one due to his teammate not in attendance.

After representing Selangor at the Burnley Cup, Arumugam first wore the national jersey in the Malaysian B team at the 1972 Vietnam Independence Games.

From there, he evidently worked hard to grab the coveted position and no one could stop him from being the team’s main goalkeeper. The last time he served at his post was at the 1986 Asian Games.

The late R. Arumugam was a legend alongside Shukor Salleh, Santokh Singh, Soh Chin Aun, and the late Mokhtar Dahari. He was also in the Harimau Malaya squad that won bronze at the 1974 Asian Games and qualified for the 1980 Moscow Olympic Games.

May the sacrifices and successes of the late R. Arumugam be an inspiration and a catalyst for the younger generation to pursue their ambitions.

Syd Publish time 18-12-2020 01:16 PM

Spiderman Malaysia

c===8 Publish time 18-12-2020 02:57 PM

Geologist brutally murdered in ambush
Managing director, believed to be victim of business rivalry, slashed to death by suspected hired killers

THROUGH sheer hard work and sharp business acumen, geologist Gunasilan Ramajee built from scratch six companies specialising in land survey, soil testing and construction over 10 years.

Partnering with both local and foreign businessmen on a few of his ventures, the 39-year-old managing director was the envy of his competitors.

However, the huge success had not gone to his head.

Gunasilan was known to be humble, generous and friendly.

He was well-liked by his staff and often showed concern for their welfare.

Coming from a large family of eight siblings, Gunasilan, who was married and had a baby son, had just attended his youngest brother’s wedding in Shah Alam, Selangor where he met up with a large number of friends and relatives.

The next day on March 5, 2001, the businessman left for his office in Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail from his plush condominium near the Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Subang, not knowing a deadly ambush was awaiting for him just kilometres away.

As parking space was scarce at his office area, Gunasilan would park his car at a private carpark next to a petrol kiosk, before walking to his workplace a stone’s throw away.

He routinely did so at about 9.15am that day.

As he walked away from his car with his document bag, a motorcyclist and his pillion rider, both not wearing helmets, rode up behind him.

The pillion rider got off and unsheathed a parang that was covered with a newspaper before swinging the weapon at the victim’s head and then repeatedly stabbing his body.

As the attacker walked away, Gunasilan staggered for several metres before collapsing.

The attackers sped off on their motorcycle.

As the victim laid motionless, police arrived at the scene within minutes.

Gunasilan, who suffered multiple slash wounds to his head and hands, had died at the scene.

News of his death reached his wife within minutes and it was heart-wrenching when she arrived at the scene in tears.

The wife, who was seven months pregnant with the couple’s second child, was unconsolable and had to be restrained by police and relatives when she wanted to see her husband’s body.

Investigators ruled out robbery as motive for the murder as his valuables were intact.

It is believed that Gunasilan was a victim of hired killers, and business rivalry was suspected to be the motive for the killing.

At his funeral the following day, it was a touching sight when dozens of Gunasilan’s staff turned up.

They were in disbelief over his death as he was not known to have any enemies.

Almost two decades later, the case is yet to see closure.

Syd Publish time 18-12-2020 09:20 PM

c===8 replied at 18-12-2020 02:57 PM
Geologist brutally murdered in ambush
Managing director, believed to be victim of business rivalry, ...

Terima kasih atas perkongsian.

Syd Publish time 22-12-2020 01:43 PM

Pesara PASKAL dihukum gantung sampai mati
MyMetroMutakhir

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my


Kota Bharu: Seorang pesara Pasukan Khas Laut (PASKAL) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas kesalahan membunuh wanita warga emas dalam kejadian samun pada 2017.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili tertuduh, Zarmayade Abdullah, 44, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sepanjang prosiding, pihak pendakwaan memanggil seramai 27 saksi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Zarmayade didakwa membunuh Rokiah Mamat, 61, di sebuah rumah di Kampung Mengkebang, Jalan Batu Lada dekat Kuala Krai antara jam 11 pagi hingga 6 petang pada 12 April 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam tertuduh, Wan Abdullah Thani, dalam rayuannya memohon supaya mahkamah meneliti latar belakang tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman.

Media sebelum ini melaporkan, Rokiah ditemui dalam keadaan berlumuran darah dipercayai disamun sebelum dibunuh di rumahnya.

Mangsa ditemui mati oleh anak keduanya yang bertugas sebagai seorang guru ketika pulang dari mengajar kira-kira jam 3.30 petang.

Susulan kejadian itu, tertuduh yang juga berasal dari Kuala Krai ditahan dan polis turut menemui sebentuk cincin emas dipercayai milik mangsa yang ada bersama suspek.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 12:47 PM

Syd Publish time 22-12-2020 01:43 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gantungsmpmati_1608612430.jpg

ko biasa bunuh orang ye bang

Syd Publish time 22-12-2020 01:44 PM

Enam Kesan Tikaman Pada Mayat Warga Emas
Khamis, 13 April 2017 3:00 PM

KOTA BHARU: Siasatan polis mendapati terdapat enam kesan tikaman pada bahagian belakang badan seorang warga emas yang mati dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Mengkebang, Kuala Krai, Rabu.

Rokiah Mamat, 61, ditemui di bahagian dapur rumahnya selepas dipercayai ditikam oleh penjenayah dalam kejadian bermotifkan samun kira-kira 3.30 petang di Kampung Mengkebang.

Susulan kejadian itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan termasuk mengambil dan mengenal pasti bukti fizikal di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata polis menahan empat lelaki berusia di antara 30 dan 40 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

"Kesemua lelaki terbabit ditahan mulai 10 malam hingga 4 pagi tadi di lokasi berasingan di Kuala Krai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner (ACP) Baharom Abu kepada penggantinya, ACP Ismail Mat Sidik di sini, Khamis.

Din berkata polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh lebih daripada seorang individu dan penjenayah memasuki rumah melalui pintudapur rumah mangsa.

"Polis percaya penjenayah cuba melakukan samun namun, wanita itu mungkin melawan menyebabkan dia dibunuh.

"Setakat ini, siasatan mendapati mangsa kerugian RM200 sahaja kerana penjenayah mungkin tidak menjumpai barang kemas di dalam rumahnya.

"Apa yang kita ketahui, mangsa tinggal bersama anak dan menantunya yang juga guru. Ketika kejadian, hanya mangsa yang berada dalam rumah itu," katanya.-- Bernama

Syd Publish time 22-12-2020 06:06 PM

Bapa tertuduh boleh 'tengok' siapa curi komputer riba
MyMetroMutakhir

BERNAMA

Kuala Lumpur: Seorang tertuduh yang didakwa mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa bapanya mempunyai kebolehan untuk 'tengok' siapa yang mencuri komputer riba di universiti itu.

Muhammad Ashraf Abdullah, 24, berkata rakannya yang juga bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah berjumpa dengannya dan memaklumkan bahawa sebuah komputer riba kepunyaan Muhammad Akmal Zuhairi Azmal yang merupakan tertuduh pertama hilang.

"Syafiq meminta untuk bercakap dan meminta bantuan ayah saya, Haji Abdullah untuk 'tengok' kan siapakah yang mencuri komputer riba tersebut. Ada segelintir rakan-rakan yang tahu bahawa ayah saya ada sedikit ilmu berkaitan perkara ini.


"Syafiq turut memberitahu nama-nama orang yang disyaki iaitu Nazmi, Izzat Amir dan arwah Zulfarhan Osman. Saya bersetuju meminta bantuan ayah saya dan telah pulang ke bilik untuk membuat panggilan telefon," katanya semasa membacakan penyataan saksi pada pada prosiding bela diri 18 pelajar UPNM terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Dia yang kini bekerja sendiri berkata, selepas lebih kurang 30 minit ayahnya menelefon dan menyatakan bahawa kemungkinan arwah Zulfarhan yang mengambil komputer riba tersebut, namun tiada apa-apa bukti diberikan ayahnya.

"Ayah saya juga sempat berpesan, supaya jangan mengambil sebarang tindakan memandangkan tiada 'petunjuk' yang jelas. Saya akur dengan nasihat ayah dan meminta Syafiq untuk turut akur," katanya.

Ketika pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim adakah ayahnya menyebut nama (Zulfarhan) saksi itu berkata, ayahnya ada menyebut nama (Zulfarhan) dan Mohd Syafiq tahu mengenai perkara itu, kerana beliau membuat 'loud speaker' semasa perbualan telefon dengan ayahnya.

Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Ariff Azami Hussein, mengenai mengapa tertuduh tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mengetahui bahawa Zulfarhan disyaki mencuri komputer riba itu, Muhammad Ashraf berkata beliau mengambil kira pesanan ayahnya supaya tidak membuat apa-apa tindakan, kerana tiada bukti arwah Zulfarhan mengambil komputer riba itu.

Dalam prosiding sebelum ini, Mohd Syafiq memberitahu mahkamah bahawa beliau yang mencadangkan kepada Muhammad Akmal Zuhairi, supaya menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional sebagai ikhtiar mencari komputer ribanya yang hilang.

Mohd Syafiq yang juga saksi pendakwaan ke-25 itu memberitahu mahkamah bahawa cadangan itu juga timbul, kerana beliau mengetahui bahawa bapa kepada Muhamad Ashraf Abdullah, tertuduh ke-18 yang dituduh mencederakan Zulfarhan Osman, dikatakan mempunyai 'kelebihan' mencari barang hilang.

Dalam prosiding 16 Mei 2018, bapa Muhamad Ashraf, Abdullah Md Seh, 56, yang merupakan saksi pendakwaan ke-13, memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat 'petunjuk' bahawa Zulfarhan Osman mencuri komputer riba dan petunjuk itu diperoleh melalui gerak hatinya serta melihat nama mangsa timbul dipandangannya.

Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.

Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mod Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan, juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 28 Disember ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 4:54 PM

Syd Publish time 22-12-2020 06:09 PM

https://pbs.twimg.com/media/DBcjr8gV0AEis5b.jpg

Syd Publish time 24-12-2020 08:53 AM

Kronologi kes pembunuhan CEO Cradle Fund
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA | | 04 Mac 2019


SHAH ALAM - Hari ini, isteri dan dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihak Peguam Negara telah mengeluarkan arahan pertuduhan untuk kesemua mereka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Berikut merupakan kronologi kes Nazrin yang ditemui maut dalam kebakaran di rumahnya sebelum kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

14 Jun 2018 - Nazrin ditemui maut dalam kebakaran di rumah teres di Mutiara Damansara

14 Jun 2018 - Mesej tular daripada keluarga Nazrin mendakwa letupan telefon bimbit yang sedang dicas di bilik mangsa menjadi punca kebakaran itu berlaku

15 Jun 2018 - Jenazah Allahyarham Nazrin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 6 Kota Damannsara

16 Jun 2018 - Pengurusan Cradle Fund juga mendakwa punca kecederaan disebabkan letupan telefon bimbit yang diletakkan di sebelah mangsa

25 Jun - Laporan forensik mengesahkan terdapat kesan petrol pada tubuh, katil, tilam dan telefon bimbit mangsa

6 Ogos - Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdasarkan laporan bomba serta laporan bedah siasat

14 Ogos 2018 - Isteri Allahyarham Nazrin dakwa siasatan polis tidak telus termasuk laporan media tidak konsisten dengan laporan bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur

4 September 2018 - Isteri Allahyarham Nazrin dan bekas suami pertamanya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan

7 September 2018 - Bekas suami kepada isteri Allahyarham Nazrin dibebaskan

9 September 2018 - Dua anak tiri Allahyarham Nazrin direman tujuh hari bagi membantu siasatan

10 September 2018 - Polis mendapat perintah mahkamah untuk melanjutkan tiga hari tempoh tahanan reman isteri Allahyarham Nazrin

8 Oktober 2018 - Mahkamah Rayuan membenarkan kubur Allahyarham Nazrin digali semula supaya bedah siasat kedua dapat dijalankan bagi mencari bukti baharu mengenai kematiannya.

8 Oktober 2018 - Jenazah Allahyarham Nazrin digali semula untuk proses bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

15 Oktober 2018 - Jenazah Allahyarham Nazrin dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Seksyen 6 Kota Damansara.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/16142/BERITA/Mahkamah/Kronologi-kes-pembunuhan-CEO-Cradle-Fund
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Syd Publish time 24-12-2020 08:59 AM

Edited by Syd at 24-12-2020 09:04 AM

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/03/04/210088.jpg



Syd Publish time 28-12-2020 01:28 PM

Tsunami: 16 tahun peristiwa hitam berlalu
2020-12-26 Nilam Oshman

GENAP 16 tahun hari ini kejadian gempa bumi berukuran 9.2 magnitud skala Richter yang mencetuskan ‘ombak raksasa’ Tsunami hingga mengorbankan lebih 230,000 nyawa di 14 negara termasuk Malaysia.

Menurut Cawangan Khidmat Awam (CKA), pada 26 Disember 2004, bencana Tsunami itu telah menyebabkan lebih 5,000 orang kehilangan tempat tinggal, 68 disahkan maut dan enam lagi masih hilang di Malaysia membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.


Jumlah tertinggi kematian adalah di Pulau Pinang iaitu 52 orang, diikuti Kedah (12 orang), Perak (dua orang) dan Selangor (seorang), manakala, 2,486 nelayan dan 86 petani mengalami kerugian akibat bencana dahsyat itu.

Malaysia ketika itu mengalami kerosakan dan kerugian ekonomi sebanyak US$500,000.

Sementara itu, angka korban tertinggi di negara lain adalah Indonesia iaitu seramai 170,000 orang diikuti Sri Lanka (35,322 orang), India (18,045 orang) dan Thailand (8,212 orang), manakala kematian di negara lain adalah di bawah 100 orang.

Berdasarkan kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), jumlah korban mencecah 283,000 orang dengan 14,000 lagi hilang dan 1,126 juta hilang tempat tinggal.

Tsunami Lautan Hindi 2004 itu merupakan bencana alam keenam yang mengakibatkan jumlah kematian tertinggi dan merupakan gempa bumi kelima terkuat dalam sejarah dunia sejak 1900.

Dalam pada itu, Banda Acheh di Indonesia paling terjejas teruk ibarat padang jarak padang tekukur selepas digegarkan gempa bumi dalam tempoh 15 dan 20 minit kemudian disusuli ombak raksasa setinggi 30 meter.

Ombak tsunami ini mempunyai kelajuan seperti sebuah kapal terbang berkelajuan sehingga 5,000 kilometer dan menyebabkan kerosakan serta kematian sehingga ke pesisir timur Afrika.

Di Acheh juga mempunyai perkuburan Massal (perkuburan besar) iaitu tempat bersemadi lebih 45,000 korban tsunami. Jenazah dikebumikan dalam satu lubang besar tanpa dikafankan kerana jumlah mayat terlalu banyak.

Menurut Kompas.com, kerajaan Indonesia turut mengalami kerugian yang mencapai puluhan trilion dan terpaksa melakukan pinjaman dengan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (ADB).

Bagaimanapun, sejak 2018, Aceh dan sekitarnya sudah bersih dengan baik. Wilayah kota dan perdesaan sudah teratur, manakala insfratruktur juga telah pulih sepenuhnya dan psikologi warga yang selamat juga telah
kembali.

Untuk mengenang memori mereka terhadap bencana itu, dibangunkan Muzium Tsunami. Di dalam muzium itu terdapat suara rakaman perempuan yang menyanyikan lagu dalam bahasa Aceh.

Selain itu, dipaparkan juga keadaan Aceh ketika terjadinya bencana tsunami. Malah, kerajaan juga menetapkan tanggal 26 Disember sebagai hari cuti daerah serta meminta rakyat untuk melakukan peringatan dengan aneka aktiviti agama dan refleksi setiap tahun. – Malaysiapost

Syd Publish time 28-12-2020 01:29 PM

https://malaysiapost.com.my/wp-content/uploads/2020/12/li-houses-shore620-rtr2jqxc-744x370.jpg


Syd Publish time 4-1-2021 01:29 PM

Peristiwa malang punca kematian Nora Anne

Oleh Mohd Amin Jalil - Januari 4, 2021 @ 12:52pm
bhnews@bh.com.my



Nora Anne Quoririn, 15, remajalembam dilaporkan hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Kampung Pantai, Negeri Sembilan pada Ogos 2019. Foto fail

SEREMBAN: Mahkamah Koroner Seremban hari ini memutuskan bahawa kematian remaja perempuan Ireland-Peranchis, Nora Anne Quoirin disebabkan oleh peristiwa malang.

Koroner Mamoonah Aid memutuskan dalam hujahnya bahawa kematian remaja berusia 15 tahun pada waktu kejadian itu juga bukan berpunca daripada unsur jenayah.

Malah, beliau juga berkata, tiada pembabitan pihak ketiga dalam kes berkenaan sekali gus menolak sebarang andaian pelbagai pihak mengenai punca kematian remaja terbabit.

ipes2 Publish time 8-1-2021 08:12 AM

Syd replied at 22-12-2020 06:09 PM


Hmmm ayah dia tak ''nampak'' kah siapa yg deliver the killer blow pada simati? adakah anak dia atau orang lain? patut dakwa ayah dia ni, kerana ini fitnah, hasutan dan incitement for harming

Syd Publish time 13-1-2021 09:00 AM

Matpon replied at 4-7-2019 03:40 PM
boleh saya masukkan cerita di sauk..saya dah dapat sumber dari orangperak.com

yes.
boleh.

nak baca jugak. pls.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10
View full version: [ Vol. 2 ] Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia


ADVERTISEMENT