M.P Publish time 19-6-2019 05:55 PM

Duit ikat jamin

Saya nak tanya tentang duit ikat jamin ni....adakah duit ikat jamin tu akan dikembalikan sama ada tertuduh didapati bersalah atau tak..persoalannye
(Bersalah atau tak tetap dapat tak duit tu)

sehirkedi Publish time 19-6-2019 07:09 PM

Edited by sehirkedi at 19-6-2019 09:07 PM

Wang penjamin tetap akan dikembalikan sama ada tertuduh bersalah atau tidak. Tetapi harus di ingatkan :

Apakah tanggungjawab penjamin pula?
Tanggungjawabnya hanya satu: iaitu memastikan tertuduh hadir ke mahkamah pada setiap tarikh perbicaraan yang ditetapkan tanpa gagal.

Jika penjamin gagal menunaikan tanggungjawabnya?
Risikonya ialah wang jaminan akan dilucuthak oleh Mahkamah dan dijadikan sebagai hasil kerajaan.

Pun begitu penjamin akan diberikan peluang untuk mengemukakan representasi atau memberikan penjelasan kepada Mahkamah mengapa ikat jamin tersebut tidak patut dilucuthak oleh Mahkamah.

Mahkamah pula mempunyai budibicara untuk memutuskan samada melucuthak keseluruhan jumlah jaminan atau sebahagiannya sahaja atau tidak sama sekali. Jika Mahkamah membatalkan jaminan tertuduh namun tidak melucuthak wang jaminan, maka jumlah cagaran tadi akan dikembalikan semula kepada pemiliknya iaitu penjamin tersebut.

Utk rujukan lebih mendalam sila rujuk blog ni :
https://bakalpeguam.blogspot.com/2017/06/perihal-jaminan-mahkamah.html?m=1

Loh_83 Publish time 20-6-2019 09:28 AM

Kalau x bersalah, mahkamah melepas dan membebaskan OKT- dapat balik duit jaminan.

Kalau bersalah, and dijatuhkan hukuman denda - duit jaminan lebur bayar denda. Biasanya mahkamah akan jatuhkan hukuman bersamaan dengan jumlah duit jaminan atau lebih.
Pages: [1]
View full version: Duit ikat jamin


ADVERTISEMENT